

RAKAN KONGSI YANG DIPERCAYAI DALAM USAHA MENCARI PERTUMBUHAN

Prima Ekuiti (UK) Limited ialah syarikat subsidiari milik penuh KWAP. Diperbadankan dan didaftar di England (no. pendaftaran syarikat 7800059) pada 6 Oktober 2011, Prima Ekuiti telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada inisiatif KWAP untuk mempelbagaikan pelaburan pada peringkat antarabangsa dengan menggalakkan pengurusan pelaburan asing secara aktif serta membangunkan dan mengekalkan bakat dalam organisasi.
OBJEKTIF KAMI
Menjadi alat untuk KWAP melabur dalam pasaran modal asing secara terus dan menjana pulangan pelaburan optimum
Melengkapi strategi kepelbagaian KWAP dengan meluaskan pelaburan dan kehadiran geografi KWAP di luar pasaran Malaysia
Memenuhi strategi KWAP untuk membangunkan dan menarik bakat dengan memberikan pendedahan dan pengalaman antarabangsa kepada kakitangan
Pejabat London dilancarkan secara rasmi pada 30 April 2012. Pelancaran ini dirasmikan oleh Pengerusi KWAP pada waktu itu, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, dan disaksikan oleh Dato’ Sri Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke U.K. pada waktu itu, Dato’ Mohammed Azlan Hashim, Pengerusi Prima Ekuiti (UK) Limited, dan tetamu kehormat daripada industri.
Visi
Rakan kongsi yang dipercayai dalam usaha memperoleh pertumbuhan.
Misi
Untuk memberikan pulangan yang unggul dan prestasi yang menjadi teladan, menerusi strategi pelaburan optimum dan kepelbagaian serta pengurusan bakat.
NILAI
Bagi butiran lanjut tentang strategi cukai Prima Ekuiti, sila rujuk pendekatan firma terhadap cukai berikut:
Sila layari laman web rasmi Prima Ekuiti untuk maklumat lanjut.