Pesara

- Home
- Pension Services
- Pesara
DEDIKASI MENINGKATKAN KEHIDUPAN ANDA
Penyata Pencen
Pesara atau penerima pencen terbitan boleh mencetak penyata mereka, di sini.
Pertukaran Akaun Bank
Bagi mengelakkan gangguan terhadap pemprosesan bayaran pencen, pertukaran akaun bank dihadkan kepada sekali dalam 12 bulan. Kelulusan untuk pertukaran akaun bank adalah tertakluk kepada budi bicara KWAP. Setiap borang permohonan perlu dikemukakan bersama dengan salinan penyata bank.
Klik di sini untuk Muat Turun
Senarai Bank pembayar Pencen
Berikut ialah senarai bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen (SBP) :
-
1Bank Muamalat (M) Berhad
-
2Malayan Banking Berhad (Maybank)
-
3Bank Simpanan Nasional
-
4Affin Bank Berhad
-
5CIMB Bank Berhad
-
6Bank Islam Malaysia Berhad
-
7Public Bank Berhad
-
8Alliance Bank Berhad
-
9RHB Bank Berhad
-
10HSBC Bank Malaysia Berhad
-
11Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
-
12Hong Leong Bank Berhad
-
13Agro Bank Berhad
Catatan :
Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan.
Kemaskini Maklumat Perkahwinan / Penceraian / Anak
Pengemaskinian maklumat perkahwinan dan penceraian serta maklumat anak boleh dibuat dengan memaklumkan Bahagian ini secara bertulis dengan dilampirkan sesalinan sijil nikah, sijil penceraian atau sijil kelahiran (yang mana berkaitan).
PENYELARASAN PENCEN
Berkuatkuasa 1 Januari 2013, kaedah penyelarasan pencen ditambah baik yang dengannya para pesara akan menikmati kenaikan pencen sebanyak dua peratus (2%) setahun. yang dibuat pada Januari setiap tahun.
Terdahulu, mulai 1 Julai 1980 sehingga tahun 2012, penyelarasan pencen dilakukan apabila berlakunya semakan gaji penjawat awam. Semakan gaji penjawat awam berlaku sekali dalam tempoh empat atau lima tahun.