Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Jabatan Mengurus

Peranan dan Tanggungjawab Jabatan Mengurus

Jabatan Mengurus adalah sebuah agensi atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal persaraan dan pencen anggota-anggotanya. Jabatan ini juga mengemas kini rekod dan memaklumkan anggota-anggotanya tentang sebarang perubahan.  Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyelenggara dan mengemas kini rekod perkhidmatan seseorang anggota dengan tetap sehingga sehari sebelum anggota bersara. Penyelenggaraan dan pengemaskinian hendaklah selaras dengan peraturan dan amalan  pentadbiran sedia ada, dengan diberikan penumpuan kepada perkara-perkara yang memberikan kesan kepada pengiraan faedah persaraan, antaranya:

  • perubahan gaji; 
  • perubahan imbuhan tetap atau elaun; 
  • perubahan tempoh perkhidmatan; 
  • kenaikan pangkat; dan 
  • cuti

 

Membekalkan Borang dan Dokumen Persaraan yang Lengkap kepada KWAP

Jabatan Mengurus dikehendaki menyediakan borang dan dokumen yang lengkap sebelum permohonan persaraan atau faedah pencen dikemukakan kepada KWAP dalam waktu yang ditetapkan.

 

Bantuan Mengurus Jenazah

Bantuan Mengurus Jenazah (RM3000) bagi kematian anggota dalam perkhidmatan dibayar oleh jabatan akhir anggota tersebut berkhidmat. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 tahun 2010 adalah berkaitan.

 

Persaraan Wajib

Seseorang anggota hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur persaraan 55/56/58 atau 60 tahun. Borang dan dokumen yang perlu dikemukakan Ketua Jabatan:
  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara (muat turun)
  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan (muat turun)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang (jika ada) (muat turun)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan) (muat turun)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Kurang Upaya Mental / Fizikal  (jika berkenaan) (muat turun)
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  • Salinan sijil nikah; sekiranya tiada, surat akuan sumpah diterima
  • Salinan kad pengenalan anggota dan suami / isteri
  • Salinan sijil kelahiran anak di bawah umur 21 tahun. Tiada had umur bagi anak kurang upaya
  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank

Persaraan Pilihan

Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239

Syarat kelayakan:

  • Umur melebihi 40 tahun;
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasuk kira;
  • Pegawai mesti telah disahkan ke dalam jawatan dengan status

Bayaran Faedah Persaraan

1. Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12/4/1991, bayaran ganjaran dan Ganti Cuti Rehat (GCR) akan dibuat pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan dibayar seperti berikut:

Apabila mencapai umur 45 tahun Mencapai umur 50 tahun
  • Seorang pegawai perempuan;
  • Seorang pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah;
  • Seorang pegawai polis berpangkat rendah;
  • Seorang pegawai penjara berpangkat rendah;
  • Seorang jururawat lelaki di hospital mental.
Seorang pegawai lelaki.

2. Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12/4/1991, pencen dan GCR dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

 

PERSARAAN DISEBABKAN OLEH MASALAH KESIHATAN

Anggota berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan tugas mereka kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan mengikut lunas-lunas Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995 dan Perintah Am, Bab F (1974).

 

Persaraan Atas Sebab Perubatan

 

STATUS PERMOHONAN PERSARAAN

Untuk semakan status permohonan persaraan pilihan, klik sini.

 

 

PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB ATAU DALAM PENJARA

Seseorang anggota yang dikenakan tindakan tatatertib dan telah dibuang kerja tidak layak untuk dibayar faedah persaraan.

 

Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib:
Seseorang pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dan telah dibuang  kerja tidak layak untuk dibayar faedah persaraan.

 

Pegawai yang sedang dalam Prosiding Mahkamah:
Jika seseorang pegawai mencapai umur persaraan semasa sesuatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin menyebabkan dia disabitkan atau dibuang kerja, maka perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur itu, dan dikira cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperoleh.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS BERKAITAN PERSARAAN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, dan Menyelenggara Enterprise Service Management (ESM) System untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Menyokong dan Menyelenggara Sistem Pengurusan Pelaburan ‘Front Office’ untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami