Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Penerima Faedah Terbitan

FAEDAH TERBITAN

Berikut ialah senarai faedah terbitan yang layak diterima oleh waris yang berkelayakan mengikut Akta Pencen:

  • Ganjaran Terbitan

Pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada tanggungan anggota yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan atau wakil yang sah di sisi undang-undang.

  • Bayaran Pencen Terbitan sebagai Gantian Cuti Rehat

Pembayaran sekaligus kepada tanggungan anggota yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan atau wakil yang sah di sisi undang-undang bagi cuti rehat yang tidak dihabiskan semasa di dalam perkhidmatan.

  • Pencen Terbitan

Pencen bulanan yang terbit disebabkan oleh kematian anggota/pesara sektor awam, dibayar kepada tanggungan anggota/pesara seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pencen.

 

WARIS YANG LAYAK MENERIMA PENCEN TERBITAN

Berikut ialah waris yang layak menerima pencen terbitan:

  • Balu atau Duda
  • Anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah dan masih belum berkahwin.

Bagaimanapun, pengecualian berikut terpakai:

  • Anak kurang upaya layak untuk menerima pencen terbitan dengan syarat kehilangan upaya tersebut dialami sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun dan kehilangan upaya tersebut menyebabkan anak tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri
  • Anak yang sedang mendapat pendidikan di institusi pengajian tinggi untuk ijazah pertama layak menerima pencen terbitan sehingga tamat pengajian tersebut.

 

PECAHAN/PENGAGIHAN FAEDAH TERBITAN

Bagi ganjaran terbitan dan bayaran terbitan Gantian Cuti Rehat, berikut adalah pecahan pengagihan syer:

  • Balu atau Duda dan Anak – 9/10
  • Ibu atau Bapa Tanggungan – 1/10

*Jika ketiadaan penerima-penerima di atas, ganjaran terbitan dan gantian cuti rehat terbitan boleh diberikan kepada wakil yang sah di sisi undang-undang.

Bayaran Pencen Terbitan diperuntukkan seperti berikut:

  • Balu / duda (dua (2) syer setiap seorang)
  • Anak (satu (1) syer setiap seorang)

 

PROSES PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN

Bagi kes kematian dalam perkhidmatan, permohonan faedah terbitan diuruskan oleh jabatan terakhir arwah (pegawai) berkhidmat. Bahagian Sumber Manusia Jabatan terakhir arwah perlu mengemukakan dokumen dan borang permohonan kepada KWAP untuk pemprosesan faedah.

Permohonan faedah terbitan boleh dibuat waris pesara dengan melengkapkan borang JPA.BP.SPT.B01d permohonan faedah terbitan disebabkan oleh kematian dalam persaraan (muat turun)

KELAYAKAN UNTUK MENERIMA PENCEN TERBITAN BAGI PERKAHWINAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PERSARAAN

Kelayakan penerima pencen terbitan:

  • Bagi pasangan yang dikahwini pegawai semasa masih dalam perkhidmatan, balu / duda layak menerima pencen terbitan seumur hidup
  • Bagi perkahwinan yang berlaku setelah persaraan pegawai, kelayakan balu / duda untuk menerima pencen terbitan adalah terhad kepada 20 tahun dari tarikh persaraan pegawai.

 

ANAK GEMULAH YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Pemberian pencen terbitan untuk anak akan dihentikan apabila anak berkenaan mencapai umur 21 tahun. Walau bagaimanapun, pembayaran pencen terbitan akan dilanjutkan jika anak berkenaan melanjutkan pelajaran sehingga peringkat ijazah pertama.

Permohonan pencen terbitan untuk anak IPT boleh dibuat dengan menggunakan Borang JPA.BP.SPT.B03A (muat turun).

MELAPORKAN KEMATIAN PESARA / PENERIMA PENCEN TERBITAN

Waris boleh melaporkan kematian pesara dengan menghubungi Unit Khidmat Pelanggan KWAP  di talian 03-8887 8777. Waris juga boleh hadir terus ke kaunter perkhidmatan Bahagian Pengurusan Pencen KWAP untuk melaporkan kematian tersebut. Sila kemukakan salinan sijil kematian arwah semasa laporan dibuat.

 

PERMOHONAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH

Bayaran bantuan mengurus jenazah di buat kepada waris Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal dunia pada dan selepas 15 Oktober 2010 termasuk pesara yang memilih skim KWSP (Sebelum tarikh ini,tiada bayaran yang diberikan apabila pesara meninggal dunia). Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang JPA.BP.UMUM.BMJ muat turun).

Sebagai makluman, pembayaran BMJ hanya dibuat apabila berlaku kematian kepada pesara sahaja dan tidak dibuat apabila penerima pencen terbitan meninggal dunia.

MENUNTUT BAKI PENCEN

Jika setelah kematian gemulah, tiada lagi balu/duda atau anak yang layak untuk menerima pencen terbitan, waris perlu mengisi borang baki pencen JPA.UMUM.BK untuk menuntut apa-apa baki bayaran pencen yang belum dibuat kepada gemulah (jika ada) (muat turun).

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berse...

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berserta Pembaharuan Perkakasan Trend Micro

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami