Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Bakal Pesara

BERDEDIKASI UNTUK MENINGKATKAN KEHIDUPAN ANDA

Cara Pembayaran Faedah Persaraan

Cara Pembayaran Faedah

Pencen / Pencen Terbitan / Elaun Bersara / Elaun Bersara Terbitan / Pencen Hilang Upaya / Pencen Tanggungan Kredit terus (EFT) / Waran
Ganjaran / Ganjaran Terbitan Kredit terus (EFT)
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Kredit terus (EFT)

Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank

 

Skim A

  • Pesara yang mempunyai suami / isteri yang dikahwini (masih hidup) selepas berpencen daripada perkhidmatan
  • Bayaran bulanan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pesara

Skim A Berwakil

  • Bagi pesara bujang, penerima pencen terbitan, pencen tanggungan, pesara yang berkahwin semula selepas persaraan, mereka boleh memohon untuk dibayar pencen bulanan melalui skim A berwakil dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat turun)

Skim B

  • Bayaran melalui Skim B biasanya dibuat kepada pesara uzur dan anak kurang upaya melalui akaun bersama
  • Seorang wakil dilantik untuk menguruskan pencen bulanan penerima
  • Pesara / penerima pencen perlu hadir ke kaunter bank dan mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank setiap bulan untuk membolehkan wang pencen bulanan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
  • Jika bayaran pencen tidak dituntut melebihi enam (6) bulan berturut-turut, bayaran pencen akan ditahan

 

Persaraan Pilihan Sendiri

Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239 

Permohonan melalui Ketua Jabatan. Pekerja mesti :-

  • Umur melebihi 40 tahun;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun daripada tempoh perkhidmatan yang layak;
  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberikan status

Bayaran Faedah Persaraan

Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibuat pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan dibayar seperti berikut:

Apabila mencapai umur 45 tahun Mencapai umur 50 tahun
  • Seorang pegawai perempuan
  • Seorang pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah
  • Seorang pegawai polis berpangkat rendah
  • Seorang pegawai penjara berpangkat rendah
  • Seorang Jururawat lelaki di hospital mental
Seorang pegawai lelaki

Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR dibayar pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

 

MENGELAKKAN KELEWATAN PEMBAYARAN FAEDAH PENCEN

  • Sila Semak dan kemas kini Buku Rekod Perkhidmatan serta Rekod Cuti dua (2) tahun sebelum bersara. Jika ada yang bermasalah, mohon dijelaskan dalam surat iringan;
  • Bakal pesara dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan dan KWAP dalam urusan memproses persaraan;
  • Untuk memudahkan prosedur, sila hantar dokumen persaraan yang lengkap kepada Jabatan dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum tarikh bersara;
  • Semua dokumen perlu dikemukakan sekaligus.
 

PENSWASTAAN SYARIKAT

Terdapat empat (4) opsyen yang ada untuk penamatan perkhidmatan bakal pesara apabila berlaku penswastaan iaitu:

  • Bersara Setelah Menerima Tawaran untuk Berkhidmat dalam Organisasi Lain
  • Ditamatkan Perkhidmatan
  • Bersara Pilihan
  • Bersara kerana Jawatan yang Dipegang Dihapuskan

[Seksyen 12A Akta 227 / Seksyen 13 Akta 239]

Seseorang pekerja yang bersara atas peruntukan di atas perlu berkhidmat dengan syarikat selama 5 tahun secara berterusan kecuali disebabkan oleh keadaan berikut :

  • Sakit yang disahkan oleh Lembaga Perubatan Kerajaan;
  • Meninggal dunia, atau;
  • Dasar pengurangan pekerja yang dipersetujui oleh Kerajaan.

Skim yang ditawarkan :

Skim A

  • Gaji, elaun, bonus, cuti & perubatan ikut kadar Kerajaan;
  • Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun (selepas 2 tahun, hanya boleh tukar jika ditawarkan kenaikan pangkat);
  • Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat diambil kira untuk faedah persaraan; dan
  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 55/56/58/60 mengikut opsyen.

Skim B

  • Gaji, Elaun, Imbuhan, Cuti, Perubatan ikut kadar syarikat;
  • Tidak boleh bertukar ke Skim A;
  • Tempoh perkhidmatan dan gaji akhir di syarikat tidak diambil kira untuk faedah persaraan; dan
  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada umur 50(L)/45(P).

Faedah yang diperoleh anggota yang ditamatkan perkhidmatan:

  • Tiada faedah persaraan;
  • Tertakluk di bawah Skim KWSP;
  • Bagi pegawai tetap & sementara, syarikat mesti menawarkan opsyen pelantikan semula mengikut terma & syarat syarikat; dan
  • Bagi pegawai kontrak dan sambilan pula, terpulang kepada syarikat sama ada mahu menawarkan opsyen untuk dilantik semula atau tidak.
[Seksyen 12 Akta 227/239]
  • Ganjaran & kad pesara diterima pada tarikh pengkorporatan; dan
  • Bagi anggota yang dilantik sebelum 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 50(L)/45(P), manakala bagi anggota yang dilantik selepas 12.4.1991, pencen akan diterima pada umur 55.
[Seksyen 10(5)(b) Akta 227/239]
  • Ganjaran, kad pesara & pencen diterima pada tarikh pengkorporatan;
  • Tidak tertakluk kepada umur/tarikh lantikan; dan
  • Tidak dibenarkan memasuki syarikat / dilantik semula oleh syarikat kecuali bagi pegawai yang telah mencapai umur 50(L)/45(P) ke atas. Namun mereka yang telah berkhidmat selama kurang dari 10 tahun, boleh dipertimbangkan untuk memasuki syarikat dengan kelulusan khas Kerajaan.

Peletakan Jawatan

Bagi anggota yang meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib buang kerja, mereka tidak layak menerima faedah persaraan.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Centralised Application Monitoring Tools (CAMT) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pen...

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pengendalian Teknikal, Produksi dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara KWAP Inspire Conference 2024

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami