Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP.

Sila pilih menu di bawah untuk memudahkan

carian anda.


Choose an option...

MEMUDAHKAN PROSES CARUMAN

MENGURUS CARUMAN

Satu daripada peranan utama KWAP ialah mengurus caruman pencen daripada majikan yang terdiri daripada Badan-badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi. Dalam menunaikan tanggungjawab ini, kami memastikan bahawa majikan pencarum mematuhi perundangan dan peraturan menerusi usaha-usaha pematuhan dan penguatkuasaan tetap.

Satu daripada peranan utama KWAP ialah mengurus caruman pencen daripada majikan yang terdiri daripada Badan-badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi.

MEMAHAMI LEBIH LANJUT MENGENAI CARUMAN

Sebelum 1 Januari 1979, tanggungjawab untuk mengutip caruman pencen ini telah dijalankan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Lain-lain agensi kerajaan yang terlibat dalam mengutip caruman pencen ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara. Berkuatkuasa 1 Mac 2007 caruman pencen kini dibayar kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Majikan dikehendaki untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut:

 

Pendaftaran Pekerja sebagai Ahli KWAP
Majikan dikehendaki mendaftarkan pekerjanya dengan KWAP menggunakan Borang Pendaftaran Ahli (CN2)

 

Pembayaran Caruman Pencen

  • Majikan dikehendaki membayar caruman pencen untuk pekerja berpencen pada kadar 17.5% daripada gaji pokok
  • Majikan dikehendaki untuk menghantar borang Caruman (CN3) dengan jumlah caruman dan maklumat pekerja yang betul.
  • Caruman hendaklah dihantar pada atau sebelum tarikh terakhir bulan berikutnya.

 

Caruman Pegawai Peminjaman

  • Agensi peminjaman dikehendaki untuk memaklumkan kepada KWAP mengenai sebarang pekerjaan kakitangan yang dipinjamkan dengan memberikan butir-butir dan perincian peminjaman tersebut.
  • Majikan iaitu agensi peminjaman diwajibkan untuk membayar caruman pencen untuk kakitangannya yang telah dipinjamkan (dengan status berpencen) sepanjang tempoh peminjaman.
  • Kadar caruman pencen yang perlu dibayar ialah 17.5% daripada gaji pokok pegawai yang ditempatkan
  • Majikan diminta untuk memberitahu KWAP mengenai pemberhentian atau penamatan tempoh peminjaman

JUMLAH CARUMAN

(Berdasarkan Laporan Tahunan 2020)

0
Majikan Pencarum
0
Ahli Pencarum

MELINDUNGI PROSES

CARUMAN PENCEN

Caruman bulan untuk kakitangan tetap dengan status berpencen ialah 17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan.

Pematuhan & penguatkuasaan

Objektif lawatan pematuhan dan penguatkuasaan ke majikan-majikan yang mencarum adalah untuk memastikan majikan mematuhi peruntukan di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tem​patan 1980 (Akta 239).

Denda

Majikan yang gagal membayar caruman pencen dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda di bawah Seksyen 8 (4) Akta Pencen Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan 1980 (Akta 239). Denda dikenakan pada kadar 0.5% untuk setiap bulan lalai bagi pembayaran amaun yang masih belum dibayar.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Kenyataan Tender Julai 2023

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan Pengurusan Pengendalian Produksi Pencetakan dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara Karnival MyPesara 2023

Hubungi Kami
Ikut Kami