LINDUNGI PENCEN UNTUK KEPUASAN SEMASA BERSARA
KOMITED UNTUK MENINGKATKAN KEHIDUPAN ANDA
KWAP komited untuk memenuhi tanggungjawab untuk menguruskan pemprosesan pencen dan faedah bagi penjawat awam dengan cemerlang. Kami memikul tanggungjawab dengan bangga dan tekun menerusi komitmen yang kukuh untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan berterusan melaksanakan penambahbaikan kepada proses-proses kami.
APLIKASI PINTAR KAMI MEMUDAHKAN ANDA!
Memanfaatkan faedah teknologi dan digitalisasi, KWAP memperkenalkan aplikasi mudah alih, MyPesara yang menyediakan platform mudah untuk memperoleh maklumat mengenai persaraan anda.
BAGAIMANA PARA PESARA KWAP MENDAPAT FAEDAH?
KWAP bersedia berkhidmat untuk para Pesara dan Bakal Pesara dengan memastikan semua hal pentadbiran berkaitan dengan pelbagai keperluan pencen dipenuhi. Jabatan Perkhidmatan Persaraan mengendalikan permohonan persaraan, mengira amaun pencen, memproses faedah pencen dan pelarasan serta memudahkan proses bagi benefisiari yang layak untuk menerima derivatif pencen. Kami sentiasa menambah baik sistem dan proses kami untuk meningkatkan kecekapan dan memberikan pengalaman pencen yang lancar.
MEMPERKAYAKAN LAGI PERSARAAN ANDA
Aspirasi kami adalah untuk memperkayakan lagi kehidupan di alam persaraan anda, bukan sekadar mengurus bayaran pencen bulanan.
LINDUNGI ORANG TERSAYANG ANDA DARIPADA KESUKARAN KEHIDUPAN
Lindungi masa depan orang tersayang dalam kes kematian ketika fasa penyimpanan atau pengeluaran, dengan menetapkan mereka sebagai waris.
PEMBAYARAN BALIK UBAT DAN PERANTI PERUBATAN
Pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan menerima pencen dan ahli keluarga mereka layak untuk mendapatkan kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan di bawah Perintah Am Bab ‘F’.
Dapatkan Sumber-sumber yang Anda Perlu
PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN
Jabatan Mengurus
Jabatan Mengurus bertanggungjawab untuk memastikan keseluruhan proses pentadbiran persaraan dikendalikan mengikut undang-undang dan peraturan seperti yang dikehendaki oleh KWAP. Jabatan ini wujud dalam setiap agensi kerajaan, dan peranan utamanya adalah untuk memastikan bahawa dokumentasi kakitangan sama ada menerusi persaraan wajib atau pilihan adalah tersusun untuk membolehkan permohonan persaraan berjaya.
Penerima Faedah Terbitan
Penerima yang layak boleh menerima pencen terbitan berikutan kematian pesara. Amaun, tempoh dan kelayakan ditentukan menerusi undang-undang, pengecualian dan peraturan yang diuruskan oleh jabatan Perkhidmatan Persaraan.
Wakil Pesara
Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.