Tuntutan Perubatan / Perjalanan
- Home
- Pension Services
- Tuntutan Perubatan / Perjalanan
Tuntutan Perubatan / Perjalanan
Peraturan pembayaran balik perubatan kepada oleh Kerajaan Persekutuan kepada pesara adalah tertakluk kepada Perintah Am Bab F Tahun 1974 yang menetapkan bahawa pesara dan tanggungannya yang layak boleh diberikan kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan, pesara boleh mendapatkan kemudahan tersebut di hospital/klinik/agensi swasta atas. Perbelanjaan akan dibayar balik oleh Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan
Penerima Yang Layak:
- Pesara
- Suami atau isteri
- Anak*
* berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun; atau anak kurang upaya disebabkan oleh kelemahan mental atau fizikal (tiada had umur)
Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan Dan Rawatan Buah Pinggang
Â
Tatacara Permohonan Rawatan Kepakaran | Syarat-syarat Permohonan |
---|---|
Tatacara Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang |
Tatacara Permohonan
|
Terma & Syarat |
Pembekalan Ubat
Kelulusan permohonan perbelanjaan ubat adalah terhad kepada keperluan penggunaan untuk tempoh 3 bulan sahaja. Pembayaran balik untuk pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) adalah tidak dibenarkan. |
Pembayaran balik perbelanjaan bagi alat perubatan seperti berikut:
Permohonan perbelanjaan untuk tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih bagi tujuan selain dari tujuan rawatan kepada penyakit yang dihidapi adalah tidak dibenarkan. Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan. |
|
Perkhidmatan Perubatan
Permohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan dengan syarat diperakukan dan disahkan oleh pegawai/pakar perubatan Kerajaan bahawa keperluan perkhidmatan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. |
|
Rawatan Penyakit Buah Pinggang
Permohonan perbelanjaan bagi rawatan haemodialisis dan CAPD boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Pakar Nefrologi Kerajaan memperakukan keperluan rawatan tersebut dan mengesahkan ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan. Terhad kepada perbelanjaan rawatan sahaja iaitu berdasarkan perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan. |
Tatacara dan Syarat-Syarat PermohonanÂ
Jenis Rawatan | Tatacara Permohonan Rawatan Kepakaran | Syarat-syarat Permohonan |
---|---|---|
Rawatan Kepakaran |
Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan
Rawatan Kepakaran tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan Pengesahan Oleh Pakar Perubatan Kerajaan; dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) |
Keperluan rawatan diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan.
Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
|
Rawatan Kecemasan |
Mendapat rawatan di hospital/klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kerana tiada hospital/klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut;Â dan
Rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening);Â dan Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta;Â dan Borang Perubatan 2/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) |
Rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening);
Disahkan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit.
Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
|
Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. |
Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta;Â dan
Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB;Â dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) |
Pesakit telah mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB. |
Rawatan Kemandulan |
Mendapat Rawatan Di Hospital/Klinik Kerajaan atau Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN);Â dan
Kemudahan perubatan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan atau LPPKN;Â dan Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan/LPPKN;Â dan Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya) |
Bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja – tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk  mengandung.
Tidak dibenarkan : Proses mengandung bukan secara semulajadi
|
Rawatan Di Luar Negeri |
Mendapat Rawatan Di Hospital Kerajaan;Â dan
Rawatan khas diperlukan oleh pesakit dan ia tidak dapat diperolehi di dalam negeri;Â dan Pengesahan oleh Lembaga Perubatan;Â dan Perakuan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan yang diperlukan oleh pesakit tiada pada Kerajaan;Â dan Borang 3/09 dikemukakan kepada Bahagian Saraan JPA berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya);Â dan Permohonan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan Di Luar Negeri |
Permohonan perbelanjaan bagi pengiring boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa keperluan pengiring diperakukan oleh Lembaga Perubatan.
Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
|
Pembiayaan Perkhidmatan untuk Bekalan Rawatan Perubatan dan Kelengkapan Perubatan kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Tanggungan yang Layak
Kerajaan telah melantik Oratis Services Sdn Bhd menerusi tender terbuka untuk memproses pembayaran balik untuk bekalan dan peranti perubatan yang dibekalkan kepada para Pesara Kerajaan Persekutuan melalui Sistem Automasi Bekalan Perubatan Elektronik (e-MASS).
Â
Dengan e-MASS, Pesara Kerajaan Persekutuan boleh mendapatkan ubat dan peranti perubatan yang tidak dibekalkan oleh hospital / klinik Kerajaan di farmasi berdaftar tanpa sebarang bayaran.
Â
Kaedah Pelaksanaan e-MASS
Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Kerajaan persekutuan dapat memperoleh bekalan ubat dan peranti perubatan daripada mana-mana hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services Sdn Bhd tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada terma & syarat)
Pesara Kerajaan Persekutuan perlu mengemukakan Borang Perubatan 1/09 (lengkap dengan pengesahan daripada pegawai perubatan atau pakar perubatan Kerajaan) dan preskripsi sah daripada hospital / klinik Kerajaan untuk memperoleh bekalan ubat atau peranti perubatan menerusi kaedah berikut:
- Memperoleh terus daripada sebuah hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services Sdn Bhd. (Senarai hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services tersedia di laman sesawang www.oratis.com.my.); atau
- Hubungi talian bebas tol Pusat panggilan e-MASS di 1-800-88-6627 dan penghantaran akan dibuat terus oleh Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Kerajaan Persekutuan atau hospital; atau
- Lakukan pesanan anda secara dalam talian melalui Portal e-MASS di www.emass.com.my dan penghantaran akan diuruskan oleh Oratis Services Sdn. Bhd.