PENCALONAN BAGI ANUGERAH MyPESARA 2024 KINI DIBUKA

NANTIKAN MAJLIS ANUGERAH MyPESARA PADA

14 Disember 2023

trophy.png

MENGENAI ANUGERAH

Anugerah MyPesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana yang disediakan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Keusahawanan, Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat. Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan kepentingan untuk kekal aktif dan positif walaupun sudah bersara.

Kategori Anugerah

KEUSAHAWANAN

Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah mempamerkan kemahiran keusahawanan yang cemerlang melalui perniagaan yang mampan dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perkhidmatan, pembuatan, makanan & minuman, dan lain-lain lagi dimana peluang pekerjaan diwujudkan dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Pendidikan

Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah terlibat secara aktif dalam mempertingkatkan proses pembelajaran dan membuka jalan untuk akses pendidikan kepada golongan yang terpinggir.

SOSIAL Dan KHIDMAT MASYARAKAT

Anugerah ini diberikan kepada pesara yang telah menyumbang dalam penyediaan bantuan kepada komuniti yang kekurangan sumber disamping meningkatkan kesedaran sosial di platform negeri hingga antarabangsa.

Kelayakan

Anugerah MyPesara adalah sebuah penganugerahan peringkat perdana yang disediakan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Keusahawanan, Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat.

 

Dengan mengenal pasti individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara akan kepentingan untuk kekal aktif dan positif walaupun sudah bersara.

Warganegara Malaysia berumur 55 tahun dan ke atas.

Telah bersara daripada perkhidmatan awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, tidak termasuk pesara Angkatan tentera Malaysia (Veteran ATM). Pesara hendaklah yang sedang menerima pencen bulanan daripada Kerajaan.

Seorang individu yang aktif menyumbang kepada masyarakat dan telah membuat perubahan yang mendalam sambil menunjukkan amalan yang berjaya dalam bidang masing-masing selepas bersara, untuk tempoh minimum selama 5 tahun.

Calon masih belum menerima sebarang anugerah di peringkat kebangsaan atau anugerah antarabangsa atas sumbangannya.

Pencalonan sendiri dan pencalonan oleh pihak ketiga adalah diterima.

Semua pencalonan perlu disokong oleh dokumen yang berkaitan sebagai bukti.

Penyertaan

  1. Muat turun dan isi borang pencalonan.
  2. Lampirkan dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan dan semakan dalam bentuk artikel yang diterbitkan, siaran akhbar, salinan sijil penglibatan/ keahlian/ pencapaian.
  3. Bagi kategori keusahawanan, syarikat anda hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dokumen berkenaan kewangan perlu dikemukakan.
  4. Bagi kategori sosial dan khidmat masyarakat, organisasi anda hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan dokumen berkenaan perlu dikemukakan.
  5. Borang pencalonan serta dokumen berkaitan hendaklah dihantar melalui e-mel, pos atau secara peribadi ke Pejabat KWAP di Kuala Lumpur atau Cyberjaya atau semasa program Jelajah MyPesara KWAP berlangsung.
  6. Jika borang pencalonan dihantar melalui e-mel, pastikan anda meletakkan tajuk ‘Anugerah MyPesara’ pada bahagian Perkara. Manakala untuk penghantaran borang pencalonan secara pos, penting untuk anda meletakkan tajuk ‘Anugerah MyPesara’ pada bahagian atas kiri sampul surat.

KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PROGRAM DAN INISIATIF KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Perancangan, Pengurusan, Pengendali...

Cadangan untuk Perancangan, Pengurusan, Pengendalian, Produksi dan Kerja-kerja Kreatif bagi acara Karnival dan Riadah MyPesara 2024 secara menyeluruh

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami