Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Persaraan

- Home
- Pension Services
- Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Persaraan
Sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.
Tuntutan Perubatan / Perjalanan
Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.
Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan. Walau bagaimanapun, pemakaian ceraian tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.
Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).
Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.
Urusan Persaraan
Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.
Pesara perlu memastikan Jabatan akhir mengemukakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini ke KWAP untuk hitung semula faedah persaraan.
Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempoh perkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan.
Tarikh kuatkuasa ASK ialah sehari selepas ianya diluluskan. Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada akan dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan pula dalam tempoh 30 hari.
Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.
Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAP secepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepada balu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera. Ini juga termasuk dengan dokumen permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 dan dihantar kepada KWAP.
Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) – JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.
Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.
Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak untuk menerima pencen terbitan adalah terhad sehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.
Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penswastaan syarikat tersebut.
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.
Award Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada pegawai yang meletakkan jawatan atau pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.
Formula GCR adalah seperti berikut :
1/30 X cuti rehat terkumpul (hari) X (gaji akhir + * imbuhan tetap)
*imbuhan tetap adalah =
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
- Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Tertakluk maksimum 150 hari
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan dan membayar ‘Award’ Gantian Cuti Rehat kepada pesara perkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayar oleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.
Pembayaran GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan pegawai.
Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan, kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
Pegawai/ Pekerja boleh mengumpul cuti rehat maksimum tahun akhir mengikut kelayakan cuti rehat tahunannya.
Dokumen persaraan boleh dihantar ke:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor
Borang permohonan boleh dimuat turun di www.jpapencen.gov.my atau di https://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM-2023.pdf dan informasi lanjut mengenai BMJ ini adalah seperti di pautan http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html.
Layari http://www.jpapencen.gov.my/ dan like Facebook kami iaitu Bahagian Pencen JPA.
Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.
Permohonan BMJ perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.
Sila hubungi talian 03-8887 8777 atau emelkan kepada mypesara@kwap.gov.my.
Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:
1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:
- 1 salinan sijil mati gemulah;
- Kad Pesara yang asal;
- Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.
2. Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.
Pertanyaan Umum
Bagi faedah persaraan/ terbitan pesara ATM, status permohonan boleh disemak di Jabatan Hal Ehwal Veteran di https://www.jhev.gov.my/ atau alamat seperti berikut:
Bahagian Pencen Jabatan Hal Ehwal Veteran
Tingkat 8, Bangunan TH Perdana 101
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2050 8000
Semakan berkenaan pinjaman perumahan boleh dibuat terus ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di laman sesawang https://www.lppsa.gov.my/v3/my/ atau di alamat seperti berikut :
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya
Potongan ganjaran/ pencen bulanan untuk bayaran balik pinjaman perumahan akan dilakukan oleh Bahagian Pencen atas arahan dari pihak LPPSA. Pesara boleh merujuk kepada LPPSA untuk mengeluarkan surat arahan potongan pencen.
Pemakluman pertukaran alamat boleh dilakukan sama ada dengan melengkapkan borang melalui pautan ini : http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UMUM/JPA.BP.UMUM.B05.pdf (borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke alamat mypesara@kwap.gov.my) atau hadir ke kaunter-kaunter berikut untuk terus berurusan :
- Kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya;
- Kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya;
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu; dan
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sarawak, Kuching
Kad Pesara membolehkan pesara dan tanggungan yang layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan percuma di klinik / hospital kerajaan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan potongan bagi pembelian tiket di Keretapi Tanah Melayu. Senarai diskaun yang layak bagi pesara yang memiliki kad pesara boleh diperolehi di laman web KPDNKK.
Umur persaraan wajib (genap umur) anggota perkhidmatan awam adalah 55/ 56/ 58 atau 60 tahun tertakluk kepada opsyen umur persaraan yang dipilih anggota.
Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun boleh memohon persaraan pilihan dengan mengemukakan dokumen/ permohonan melalui Ketua Jabatan anggota berkhidmat. Kelayakan untuk menerima faeadah persaraan adalah seperti berikut;
- Jika seseorang pegawai itu dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraannya manakala bayaran pencen layak diterima apabila mencapai umur 45 tahun bagi perempuan / 50 tahun bagi lelaki; dan
- Bagi lantikan pada atau selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun bagi lelaki atau perempuan.
Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
Pencen maksima adalah tempoh perkhidmatan yang mempunyai tempoh 30 tahun atau lebih (360 bulan) yang boleh diambilkira. Formula bagi pengiraan pencen maksima adalah 3/5 atau 60 peratus dari gaji akhir Pegawai/ Pekerja.
Berkenaan dengan tuntutan bayaran balik pakaian istiadat, sila rujuk kepada Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8872 6670 / 6672 atau 03-8000 8000, 1MOCC
KWAP, Cyberjaya
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor
Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: mypesara@kwap.gov.my
Bahagian Pencen Cawangan Sabah, JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS – Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
Fax : 088 488664 / 088 488665
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak, JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak,
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
Jalan Tun Dato’ Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
93050 Kuching
Sarawak.
Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
Fax : 082 250126
Tidak boleh. Hanya balu/ duda dan anak yang layak sahaja boleh menerima pencen terbitan.
Tidak. Tiada sebarang amaun daripada ganjaran persaraan ditolak ke atas segala tuntutan atau perbelanjaan yang pernah dituntut oleh penjawat awam semasa sedang berkhidmat.
Tidak benar. Semua penjawat awam layak pencen dengan syarat jawatan tetap, sah jawatan, diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan bersara di bawah undang-undang pencen.
Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.
Urusan Pembayaran
Urusan Pembayaran Pencen
Berkuatkuasa Ogos 2012, penukaran akaun bank bagi pesara/penerima pencen hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank seperti di http://www.jpapencen.gov.my/penukaran_akaun.html
Setelah dilengkapkan, hantaran pos boleh dibuat ke alamat seperti berikut ;-
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Skytech Tower 2, Jalan Teknokrat 2,
Cyberjaya, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia
a. Skim A
- Bayaran secara automatik setiap bulan ke dalam akaun bank persendirian sama ada akaun simpanan atau akaun semasa.
- Pesara mempunyai pasangan yang dikahwini dalam perkhidmatan (iaitu pasangan yang layak diberi pencen terbitan selepas kematian pesara).
b. Skim B
- Bayaran secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap bulan kepada pesara atau penerima pencen. Walau bagaimanapun, penerima perlu menandatangani borang tuntutan pencen di mana-mana cawangan bank yang dipilih sebelum duit pencen tersebut dikreditkan ke akaun.
- Pesara/ penerima pencen tunggal (bujang/ duda/ balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara/ penerima pencen.
- Penerima pencen yang uzur, OKU atau anak di bawah umur 12 tahun.
- Bagi pesara/ penerima pencen yang tidak berupaya untuk hadir ke bank pada setiap bulan, Wakil Diri boleh dilantik dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B07: Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara atau Penerima Pencen dan Borang JPA.BP.SPT.B06: Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen (dibenarkan penggunaan akaun perseorangan atau akaun bersama).
c. Skim A Berwakil (dengan permohonan)
- Pesara/ penerima pencen (bujang/ duda/ balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara/ penerima pencen.
- Pesara/ penerima pencen boleh membuat penukaran cara bayaran pencen dari Skim B ke Skim A Berwakil (Pengkreditan Automatik Ke Bank) dengan syarat melantik Wakil Diri dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B08: Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan).
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.
Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A dengan dilampirkan bersekali salinan kad pengenalan wakil yang dilantik.
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang Bantuan Mengurus Jenazah
http://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM-2023.pdf
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad
Boleh. Sila isi borang perlantikan wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang boleh dimuat turun di http://www.jpapencen.gov.my
Pemberian Ex-Gratia Kematian
Ex-Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
Bagi membantu tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.
Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.
Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:
Tempoh Perkhidmatan (Bulan) | Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM) |
---|---|
≤ 60 | 150,000 |
61 hingga 120 | 100,000 |
121 hingga 180 | 75,000 |
181 hingga 240 | 50,000 |
Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.
Tidak. Ex-Gratia Kematian adalah tambahan kepada faedah persaraan yang sedia ada.
Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan. Bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam CERAIAN PP.1.2.8 Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus Kepada Waris Yang Layak Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan.
Pelarasan Pencen
Penyelarasan Pencen 2% Setahun Mulai Tahun 2013
Pesara/ penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan bagi perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah menerima pencen berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.
Bayaran akan dibuat mulai Januari 2013 bagi pesara/ penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan yang telah menerima pencen bulanan pada tahun 2012.
Penyelarasan pencen 2 peratus akan dikira daripada amaun pencen semasa yang diterima.
Tidak layak. Mereka akan menerima penyelarasan pencen 2 peratus mulai tahun 2017.
Tidak. Sebaliknya pesara/ penerima pencen terbitan dan pencen tanggungan akan menerima penyelarasan pencen setiap tahun dengan kadar kenaikan 2 peratus.
Formula Pengiraan : [Amaun pencen semasa + (Amaun pencen semasa x 2/100)] Contoh pengiraan penyelarasan setiap tahun dengan kadar kenaikan 2 peratus:-
Encik Ahmad telah menerima pencen sebanyak RM1000.00 sebulan pada tahun 2012. Berapakah jumlah pencen Encik Ahmad selepas menerima kenaikan 2 peratus pada tahun 2013 hingga tahun 2016?
Pencen bulanan tahun 2013 :
RM1000.00 x 2/100 = RM20.00 (kenaikan 2 peratus)
RM1000.00 + RM20
= RM1020.00 (jumlah pencen bulanan yang diterima)
Pencen bulanan tahun 2014 :
RM1020.00 x 2/100 = RM20.40 (kenaikan 2 peratus)
RM1020.00 + RM20.40
= RM1040.40 (jumlah pencen bulanan yang diterima)
Pencen bulanan tahun 2015 :
RM1040.40 x 2/100 = RM20.80 (kenaikan 2 peratus)
RM1040.40 + RM20.80
= RM1061.20 (jumlah pencen bulanan yang diterima)
Pencen bulanan tahun 2016 :
RM1061.20 x 2/100 = RM21.23 (kenaikan 2 peratus)
RM1061.20 + RM21.22
= RM1082.43 (jumlah pencen bulanan yang diterima)
Ya, mereka layak diberi penyelarasan 2% tertakluk kepada Akta dan undang-undang yang terpakai kepadanya.