Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Soalan Lazim Tentang Caruman

Sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.

1. Siapakah Majikan KWAP?

Majikan terdiri daripada Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) (BB), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Peminjam (AG) yang mempunyai pekerja berstatus tetap dan berpencen.

 

2. Bilakah Pendaftaran Majikan perlu dibuat dan apakah dokumen yang diperlukan?
  1. Majikan perlu mendaftar dengan KWAP apabila terdapat pekerja berstatus tetap dan berpencen.
  2. Majikan hendaklah melengkapkan Borang CN1 – Pendaftaran Majikan dan sertakan bersama dokumen sokongan berikut:
    1. Salinan Warta Kerajaan (bagi PBT); atau
    2. Salinan Akta Penubuhan (bagi BB); atau
    3. Salinan dokumen pendaftaran syarikat (bagi Agensi berstatus syarikat yang didaftarkan di bawah SSM) ATAU sebarang dokumen sokongan lain seperti surat, memo, minit mesyuarat dan sebagainya.

Nota: Setelah pendaftaran majikan diluluskan pihak KWAP, majikan akan diberi nombor majikan. Nombor ini hendaklah digunakan di dalam semua urusan dengan KWAP.

 

Rujukan:
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk video :

Tatacara Pendaftaran Majikan dan Ahli

atau e-buletin :

 Edisi 1 : Pendaftaran Majikan dan Ahli.

 

3. Perlukah majikan mengemaskini profil majikan dan ahli? Bagaimanakah caranya?

Ya, majikan perlu mengemaskini profil majikan dan ahli dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan maklumat.
Permohonan pengemaskinian boleh dibuat dengan mengemukakan maklumat yang hendak dikemaskini kepada KWAP melalui e-mel atau surat.

 

Contoh pengemaskinian maklumat:

  1. Profil Majikan : Naik taraf majikan, perubahan pegawai yang menguruskan caruman, pengemaskinian maklumat bank dan lain-lain.
  2. Profil Ahli : Tarikh PTB, KGT, No. Kad Pengenalan dan lain-lain.
1.  Siapakah Ahli KWAP?

Ahli KWAP adalah pekerja berstatus tetap dan berpencen yang berkhidmat di Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) (BB), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Peminjam (AG).

 

2. Bilakah seseorang pekerja itu perlu didaftarkan sebagai ahli KWAP?

Seseorang pekerja hendaklah didaftarkan sebagai ahli KWAP apabila :

  1. Pekerja mendapat status tetap dan berpencen daripada JPA
  2. Majikan menerima pegawai pinjaman yang berstatus berpencen mulai dari tarikh peminjaman berkuatkuasa atau tarikh melapor diri

Nota: Majikan adalah bertanggungjawab untuk menguruskan pendaftaran ahli sebelum caruman dibuat kepada KWAP untuk pekerja tersebut.

 

3. Apakah kaedah pendaftaran ahli yang disediakan?

Terdapat 2 kaedah untuk mendaftarkan ahli:

Kaedah 1Kaedah 2

Mengemukakan permohonan menggunakan Borang CN2 -Pendaftaran Ahli beserta dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dari JPA ; ATAU
  2. Salinan Buku Perkhidmatan (mukasurat Profil Ahli, catatan tarikh PTB dan KGT yang terkini);
  3. Salinan Kontrak Peminjaman bagi pekerja pinjaman sahaja.

Borang dihantar kepada KWAP melalui e-mel, faks atau pos.

Permohonan melalui Portal  Caruman KWAP melalui pautan: https://www.icms.kwap.my.

Nota: Setelah pendaftaran ahli diluluskan pihak KWAP, majikan akan menerima senarai nombor ahli KWAP untuk digunakan di dalam semua urusan caruman dengan KWAP.

 

Rujukan: Untuk keterangan lanjut, sila rujuk video:

Tatacara Pendaftaran Majikan dan Ahli

atau e-buletin: 

Edisi 1 : Pendaftaran Majikan dan Ahli.

 

4. Bolehkah ahli memohon Nombor Ahli kepada KWAP?

Tidak, hanya majikan boleh memohon maklumat berkenaan nombor ahli kepada KWAP dan ahli perlu merujuk kepada majikan untuk mendapatkan maklumat mengenai nombor ahli.

1. Bilakah majikan perlu mula mencarum kepada KWAP?
a.  Pekerja tetap dan berpencenMulai dari tarikh kuatkuasa pemberian taraf berpencen (PTB).
b.Pegawai PinjamanMulai dari tarikh peminjaman pegawai.
c.Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa  Tempatan yang baru di tubuhkanMulai dari tarikh penubuhan  BB/PBT yang mempunyai pekerja berstatus tetap dan berpencen.
 
2. Berapakah kadar caruman kepada KWAP?

a. Caruman Bulanan Pekerja Berstatus Tetap dan Berpencen
17.5% daripada gaji hakiki bulanan pekerja. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) )

Contoh :
Gaji Hakiki
Bantuan Sara Hidup (COLA)
Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Khidmat Awam

 

:
:
:
:

 

RM1,867.03
RM   300.00
RM   300.00
RM   160.00

Jumlah:RM2,627.03
Caruman bulanan:RM1,867.03 x 17.5%
  RM  326.73

Nota: Gaji Hakiki adalah gaji bulanan tidak termasuk elaun.

 

b. Caruman Bulanan Pegawai Pinjaman Berstatus Tetap dan Berpencen

17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki (secara isyarat). (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008)

Contoh :
Gaji Hakiki Jawatan Asal (Secara Isyarat)
Gaji Peminjaman

 

:

:

 

RM4,810.36

RM5,260.36

   
Caruman bulanan:RM4,810.36 x 17.5%
 :RM   841.81

Nota: Gaji secara isyarat merujuk kepada gaji jawatan asal pegawai termasuk kenaikan gaji yang layak diterima sepanjang tempoh peminjaman.

 

c. Caruman Tunggakan Gaji

17.5% daripada jumlah tunggakan gaji yang dibayar kepada pekerja.

Contoh 1

Kenaikan Gaji Tahunan
Tunggakan 3 bulan (Jan – Mac) x Tempoh

 

:
:

 

RM100.00

RM100.00 x 17.5% x 3 Bulan

Jumlah tunggakan:RM 52.50

Contoh 2

Pelarasan gaji dari tahun 2016 -2021 (5 tahun)
Gaji telah dibayar (A)
Gaji patut dibayar (B)

:
:

RM1,000.00
RM1,100.00

Jumlah pelarasan yang perlu dibayar (B-A):
:
RM   100.00
RM   100.00 x 17.5% x 60 bulan
 :RM1,050.00

Nota : Tunggakan berlaku apabila kenaikan gaji pekerja disebabkan kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat atau lain-lain sebab yang mana tarikhnya dikebelakangkan, atau jika terdapat apa-apa bayaran yang tertinggal semasa membuat caruman bulanan. Tunggakan ke atas gaji hakiki tidak termasuk tunggakan elaun pekerja.

 

Rujukan:
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk contoh pengiraan caruman di e-buletin:

Edisi 3: Pengiraan Caruman Bulanan dan Tunggakan.
 
3. Adakah caruman perlu mengambil kira Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pekerja?

Ya, caruman yang dibayar kepada KWAP perlu mengambil kira KGT pekerja samada pada bulan Januari, April, Julai atau Oktober.
Sekiranya majikan tidak membayar caruman mengambil kira KGT, tunggakan KGT perlu dijelaskan dengan menggunakan Borang CN4 – Tunggakan Caruman.

 
4. Bilakah tarikh akhir bayaran caruman bulanan kepada KWAP?

Caruman bulanan samada melalui EFT/TT, RENTAS atau cek hendaklah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya. (Sila rujuk Seksyen 8(3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990)

 

Contoh 1:
Caruman bulan Januari 2021 hendaklah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 atau 29 Februari 2021 (yang berkenaan).

Contoh 2:
Caruman bulan Februari 2021 hendaklah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Mac 2021.

 
5. Bilakah tarikh akhir caruman ke atas tunggakan gaji dibayar kepada KWAP?

Caruman ke atas tunggakan gaji hendaklah sampai kepada KWAP sebelum atau tidak lewat daripada hari terakhir dalam bulan berikutan dengan bulan tunggakan gaji dibayar kepada pekerja. (Sila rujuk Seksyen 8(3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990)

 

Contoh :

Tunggakan gaji dibayar kepada pekerja pada bulan Mac 2021.
Tarikh akhir bayaran caruman tunggakan hendaklah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 April 2021.

 
6. Apakah borang yang digunakan untuk membuat bayaran caruman bulanan dan tunggakan kepada KWAP?
Jenis BayaranBorang
a. Caruman BulananBorang CN3 – Caruman
b. Caruman Tunggakan GajiBorang CN4 – Tunggakan Caruman
 
7. Bolehkah bayaran caruman bulanan dan tunggakan disekalikan?

Bayaran caruman boleh dibuat bersama-sama dengan bayaran tunggakan.

Walaubagaimanapun, majikan perlu mengisi pecahan bayaran di dalam Borang CN6 – Maklumat Bayaran Caruman Melalui Bank untuk tujuan peresitan.

 
8. Adakah majikan boleh menggunakan borang yang sama untuk data caruman bulanan dan tunggakan?

Tidak boleh. Data caruman perlu diasingkan dengan menggunakan Borang CN3 – Caruman bagi caruman bulanan dan Borang CN4 – Tunggakan Caruman untuk pembayaran tunggakan.

 
9. Adakah majikan boleh menggunakan kaedah kontra di dalam caruman bulanan semasa sekiranya berlaku pelarasan gaji pegawai bagi bulan terdahulu?

Majikan tidak boleh menggunakan kaedah kontra dan masih perlu membayar caruman pada kadar 17.5% daripada gaji bulanan pekerja. Sekiranya terdapat pelarasan gaji pekerja seperti dibawah, berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan majikan :

a. Gaji terlebih bayar – Majikan boleh membuat permohonan tuntutan bayaran balik.

b. Gaji terkurang bayar – Majikan perlu membayar tunggakan secara berasingan.

 
10. Bagaimanakah cara penghantaran dokumen pembayaran tersebut?
Mod BayaranDokumen Yang Perlu DisertakanCara Penghantaran Dokumen
a. CekBorang CN3 – Caruman
Borang CN4 –  Tunggakan Caruman
Melalui pos.
b. Secara atas talian (EFT/ TT/ RENTAS/Cek Deposit)Borang CN3 – Caruman
Borang CN4 – Tunggakan Caruman
Melalui pos, e-mel dan portal.
  Borang CN6 – Maklumat Bayaran Caruman Melalui BankMelalui e-mel ke eft.contribution@kwap.gov.my.
(Sekiranya e-mel tidak berfungsi majikan boleh menghantar dokumen melalui faks di talian faks 03-2174 8192)
Nota:
Borang yang lengkap dan disahkan oleh pihak majikan hendaklah di kemukakan kepada KWAP sebaik sahaja bayaran dibuat.
 

Rujukan:
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk video:

Cara Pembayaran Caruman KWAP

atau e-buletin

Edisi 2: Pembayaran Caruman.
 
11. Apakah kod-kod caruman yang digunapakai dalam borang CN3 oleh majikan?

Kod Caruman digunakan sekiranya berlaku perubahan pada caruman ahli:

09Mencarum SemulaMencarum semula setelah tamat tempoh cuti tanpa gaji / tahan gaji

KodKeteranganDeskripsi
00Tiada PerubahanGaji hakiki terkini dan bulan sebelumnya adalah sama.
01Ahli Baru Mencarum

Ahli baru mendapat PTB.

Contoh: Pegawai mendapat PTB pada 1 Februari 2022 dan mula mencarum ke KWAP mulai Februari 2022.

02Kenaikan/Pelarasan GajiPelarasan gaji pegawai kerana KGT / kenaikan pangkat dan lain-lain yang melibatkan kenaikan gaji pegawai.
03BersaraBulan caruman terakhir bersama amaun : kod 03
Bulan berikutnya tanpa amaun : kod  03
Bulan seterusnya gugurkan nama pekerja daripada CN3
04Meninggal DuniaBulan caruman terakhir bersama amaun : kod 04
Bulan berikutnya tanpa amaun : kod  04
Bulan seterusnya gugurkan nama pekerja daripada CN3
05Berhenti/Dibuang Kerja/ BertukarBulan caruman terakhir bersama amaun : kod 05
Bulan berikutnya tanpa amaun : kod  05
Bulan seterusnya gugurkan nama pekerja daripada CN3
06Cuti Separuh Gaji (CSG)

Caruman perlu dibayar 17.5% dari gaji bulanan pekerja selaras dengan Seksyen 8(1) Akta 239. Kelayakan Cuti Separuh Gaji (CSG) diberikan kepada pekerja atas sebab-sebab tetentu yang dibenarkan. Potongan caruman adalah berdasarkan jumlah gaji perkerja sebulan selepas ditolak Cuti Separuh Gaji (CSG).

 

Contoh:

Pegawai diluluskan CSG pada 1 April 2022
Gaji hakiki bulan Mac 2022  : RM6,000
Caruman bulan Mac 2022     : RM1,050

Gaji hakiki bulan April 2022 : RM3,000 (CSG)
Caruman bulan April 2022    : RM525

07Cuti Tanpa Gaji /Tahan Gaji (CTG)

Caruman perlu dibayar 17.5% dari gaji bulanan pekerja selaras dengan Seksyen 8(1) Akta 239. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji / Tahan Gaji (CTG) diberikan kepada pekerja atas sebab-sebab tetentu yang dibenarkan. Tiada potongan caruman bagi pekerja yang mengambil Cuti Tanpa Gaji / Tahan Gaji (CTG)

 

Contoh:

Pegawai mengambil CTG atas sebab kesihatan pada Januari 2020.
Gaji hakiki bulan Januari 2020 : RM0.00
Caruman Januari 2020               : RM0.00

08Peminjamana. Caruman pertama untuk pekerja pinjaman yang mula mencarum bagi BB dan PBT
b. Caruman terakhir untuk pekerja pinjaman yang tamat tempoh peminjaman bagi BB, PBT dan AG
99Lain-LainSekiranya ada transaksi selain daripada kod-kod diatas.

Nota: Sila hubungi KWAP sekiranya menghadapi sebarang masalah untuk menggunakan kod-kod caruman ini.

 

Rujukan:
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di e-Buletin:

Edisi 3: Penggunaan Kod Caruman.
 
12. Adakah KWAP menghantar Penyata Caruman Tahunan kepada majikan yang mencarum?

Pihak KWAP tidak menyediakan Penyata Caruman Tahunan kepada majikan yang mencarum.

 
13. Adakah ahli membuat bayaran caruman?

Tidak. Hanya majikan sahaja yang membuat bayaran kepada pihak KWAP untuk caruman majikan dan tiada caruman daripada ahli.

 
14. Adakah pegawai pinjaman perlu mengambil kira perubahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di majikan asal?

Ya. Pihak Agensi Peminjam hendaklah mengambil kira sebarang perubahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT), kenaikan Khas Untuk Penyandang (KUP) dan kenaikan pangkat dari majikan asal sepanjang tempoh peminjaman.

Nota : Majikan perlu menghubungi majikan asal pegawai pinjaman untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

 
15. Bolehkah Agensi Peminjam memilih untuk mencarum ke KWSP bagi pegawai pinjaman yang berstatus tetap dan berpencen?

Tidak boleh. Agensi peminjam bertanggungjawab untuk mencarum kepada KWAP bagi pegawai pinjaman yang berstatus tetap dan berpencen sepanjang tempoh peminjaman. (Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008).

1. Apakah mod bayaran caruman ke KWAP?
  1. Secara atas talian (EFT/ TT/ RENTAS/Cek Deposit)
  2. Cek

Nota : KWAP menggalakkan pembayaran secara elektronik. Walau bagaimanapun sekiranya ingin menggunakan mod bayaran melalui RENTAS, pembayaran adalah bagi jumlah caruman RM10,000 dan ke atas sahaja.

 

2. Apakah syarat bayaran menggunakan cek?
  1. Nama Penerima Bayaran  : KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)
  2. Tandatangan mestilah mencukupi mengikut syarat yang telah ditetapkan dan bersamaan dengan contoh tandatangan yang disimpan dibank
  3. Amaun bayaran (dalam Ringgit Malaysia) di ruangan nombor dan perkataan adalah sama
  4. Tarikh pada cek adalah betul dan masih dalam tempoh sah laku cek. Tarikh cek ke hadapan dari tarikh semasa tidak dibenarkan

 

3. Bagaimanakah tatacara bayaran menggunakan EFT/TT atau RENTAS?
  1. Menghantar Borang CN6 – Maklumat Bayaran Caruman Melalui Bank  pada hari yang sama bayaran dibuat kepada KWAP melalui emel ke eft.contribution@kwap.gov.my
  2. Menghantar Borang CN3 – Caruman dan Borang CN4 – Tunggakan Caruman dalam masa satu (1) hari daripada tarikh transaksi  EFT/ RENTAS dibuat.

Nota: Sekiranya tiada CN6 diterima, bayaran tidak akan diproses dan majikan boleh dikenakan denda atas kelewatan mencarum.

 

4. Bagaimanakah cara bagi majikan yang ingin membuat pembayaran menggunakan saluran EFT/TT atau RENTAS buat pertama kali?

Memaklumkan kepada pihak KWAP melalui e-mel ke eft.contribution@kwap.gov.my atau surat rasmi.

 

5. Apakah nombor pendaftaran syarikat KWAP bagi tujuan pembayaran melalui EFT?

Nombor pendaftaran KWAP yang digunakan bagi tujuan pembayaran melalui EFT adalah KWAPACT2007.

 

Nota: KWAP tidak didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

6. Apakah maklumat yang perlu dikunci masuk dalam ruangan description/reference di skrin bank semasa membuat pembayaran caruman secara EFT?
Jenis BayaranNo. MajikanKod BorangTempoh Bayaran
( Bulan/Tahun)
Contoh Paparan di skrin
(No.Majikan/Kod Borang/Tempoh)
Caruman Bulanan123456CN31021123456/CN3/1021
Tunggakan123456CN40821-0921123456/CN4/0821-0921
Denda123456PENALTY1020123456/PENALTY/1020
 


1. Adakah bayaran caruman yang lewat akan dikenakan denda?

Rujuk Seksyen 8(4) Akta 239

Jenis BayaranKenaan DendaCatatan
a. Caruman BulananYa0.5%  bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tarikh akhir bayaran selama mana amaun tersebut tidak dijelaskan
b. Caruman Tunggakan GajiTidakTidak berkenaan

 

2. Bolehkah majikan memohon pengecualian denda yang dikenakan?

Ya. Dengan mengisi Borang Permohonan Pengecualian Denda (CN7). Pengecualian denda hanya diberikan bagi sebab kelewatan yang bukan disengajakan atau di luar kawalan majikan. (Rujuk Seksyen 8(6) Akta 239)

1. Apakah jenis tuntutan bayaran balik yang boleh dibuat oleh majikan/individu kepada KWAP? 

a. Tuntutan Bayaran Balik Majikan

Sebab TuntutanDokumen Sokongan
Tuntutan bayaran balik caruman majikan yang terlebih atau tersalah caruma.Borang CN5 – Tuntutan Bayaran Balik
b.Surat rasmi yang menyatakan sebab tuntutan dibuat
c.Salinan Borang CN3 – Caruman  / Borang CN4 – Tunggakan Caruman  bagi bulan yang dituntut
d.Salinan resit bayaran caruman bagi bulan yang dituntut
e.Dokumen lain (jika berkaitan)

 

b. Tuntutan Bayaran Balik Syer Kerajaan KWSP (Individu)

Sebab TuntutanSyarat-syarat Tuntutan
Kakitangan awam yang hilang kelayakan berpencen akibat perletakan jawatan atau dibuang kerja dan syer kerajaan mereka telah dipindahkan dari KWSP ke KWAPa.Mencapai umur 55 tahun. Walau bagaimanapun, bayaran sebelum mencapai umur 55  tahun boleh dibuat sekiranya bekas kakitangan awam bukan lagi warganegara Malaysia dan akan berhijrah meninggalkan Malaysia.
b.Bagi kakitangan yang meninggal dunia, tuntutan hendalah dibuat oleh pewaris yang sah disisi undang-undang dan disokong dengan dokumen perundangan yang berkaitan.
c.Surat pengesahan dari Kementerian/Jabatan terakhir tempat berkhidmat.
d.Tiada dividen akan dibayar bagi tempoh syer kerajaan KWSP dipegang oleh KWAP.

 

2. Berapa masa yang diambil untuk pemprosesan tuntutan bayaran balik dengan dokumen yang lengkap?
Jenis TuntutanTempoh Pemprosesan
a.Tuntutan Bayaran Balik Majikan
(Dengan  dokumen yang lengkap)
5 hari bekerja
b.Tuntutan Bayaran Balik Syer Kerajaan KWSP (Individu)
(Dengan  dokumen yang lengkap)
14 hari bekerja

 

3. Apakah mod bayaran bagi tuntutan bayaran balik?

KWAP akan membuat pembayaran tuntutan melalui pemindahan secara elektronik (EFT), kecuali atas permintaan khas majikan/individu untuk menggunakan cek.

 

4. Adakah ahli boleh membuat tuntutan bayaran balik caruman majikan sekiranya ahli hilang kelayakan berpencen?

Ahli tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada KWAP kerana tiada caruman ahli dibuat kepada KWAP.

Walau bagaimanapun ahli yang hilang taraf berpencen hanya boleh membuat tuntutan bayaran balik Syer Kerajaan KWSP.

1. Apakah kegunaan Portal Caruman KWAP?

Portal Caruman KWAP boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Pendaftaran Super Admin Portal ID.
  2. Pendaftaran ahli baru dan mengemaskini profil ahli.
  3. Muat naik data caruman.
  4. Muat turun Borang CN5 – Tuntutan Bayaran Balik.

 

Nota: Majikan bertangungjawab untuk memastikan segala maklumat yang disediakan adalah tepat dan benar.

 

2. Bagaimana majikan boleh mula menggunakan Portal Caruman KWAP?

Dengan mengisi dan menghantar Borang Pendaftaran Portal Caruman yang boleh didapati di laman web www.kwap.gov.my.Selepas permohonan diluluskan oleh pihak KWAP, majikan seterusnya boleh memohon ID pengguna untuk Super Admin Portal sebelum mengakses Portal Caruman KWAP.

 

Cara Pengaktifan ID Pengguna
Apabila Majikan telah Menerima ID pengguna sementara melalui email, majikan boleh mula mengaktifkan pengguna melalui langkah berikut:

a.Menerima ID pengguna sementara melalui e-mel.
b.Masuk ke laman web https://www.icms.kwap.my.
c.Masukkan ID pengguna sementara dan klik butang seterusnya.
d.Masukkan ID pengguna yang baru beserta kata laluan dan klik butang seterusnya (kata laluan mestilah mempunyai minima 8 karakter dan mengandungi Huruf Besar, Huruf Kecil, Simbol dan Nombor).
e.Masukkan Soalan Keselamatan dan klik butang hantar.
f.Menerima e-mel dari “MAKLUMAT CARUMAN” untuk pengaktifan ID pengguna.
g.Klik pautan ke laman web: https://www.icms.kwap.my untuk mengaktifkan ID pengguna.
h.Berjaya menggunakan Portal Caruman. Jika tidak sila hubungi KWAP untuk tindakan lanjut.

 

3. Bolehkah pembayaran dibuat melalui Portal Caruman?

Portal Caruman KWAP tidak memproses pembayaran dari majikan.

1. Adakah KWAP mengadakan lawatan pematuhan dan penguatkuasaan kepada majikan?

Ya. Lawatan pematuhan dan penguatkuasan kepada pihak majikan akan diadakan dari semasa ke semasa. Majikan akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai lawatan tersebut.

 

2. Apakah tujuan lawatan pematuhan dan penguatkuasaan dijalankan?

Lawatan pematuhan dan penguatkuasaan adalah bertujuan untuk memastikan bayaran caruman yang dibuat oleh pihak majikan adalah tepat dan teratur berdasarkan peruntukan daripada Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang berkaitan.

 

3. Apakah kaedah program lawatan pematuhan dan penguatkuasaan dijalankan?

Program lawatan pematuhan dan penguatkusaan boleh dijalankan melalui dua (2) kaedah iaitu :

  1. Lawatan secara fizikal;
  2. Lawatan secara maya.

Majikan boleh memilih mana-mana kaedah lawatan yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, pihak KWAP berhak menentukan kaedah lawatan yang bersesuaian bergantung kepada keadaan semasa.

 

4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan sebelum lawatan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Rekod bayaran caruman pencen;
  2. Buku Perkhidmatan kakitangan yang berstatus tetap dan berpencen;
  3. Senarai kakitangan yang terlibat dengan pelarasan gaji disebabkan oleh kenaikan gaji, gred dan pangkat; dan
  4. Lain-lain dokumen berkaitan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Nota: Skop semakan caruman seperti tempoh tahun semakan akan dimaklumkan oleh pihak KWAP.

 

5. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan terhadap penemuan semasa lawatan?

Tindakan yang perlu diambil oleh majikan adalah seperti berikut:

  1. Menyemak semula penemuan tersebut;
  2. Mengemukakan maklum balas (status penemuan terkini)
  3. Menjelaskan taksiran tunggakan yang telah disahkan (sekiranya ada)

 

Rujukan:
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk video:

Lawatan Pematuhan & Penguatkuasaan

atau e-buletin:

Edisi 6 Lawatan Pematuhan & Penguatkuasaan


IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Design, D...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Design, Develop, Test and Commission the Enhancement on Power Gen2 System’ untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supp...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supply, Deliver, Install, Test and Commission Integrated Contribution Management System (iCOMS)’ untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami