Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP.

Sila pilih menu di bawah untuk memudahkan

carian anda.


Choose an option...

Integriti dan Tadbir Urus

Integriti dan Tadbir Urus​

Integriti merupakan sebahagian daripada nilai korporat KWAP sejak penubuhannya sebagai dana persaraan sektor awam terbesar di Malaysia pada tahun 2007. Nilai tersebut diperkukuh melalui komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik serta amalan perniagaan yang beretika dengan melaksanakan dasar, prosedur dan mekanisme yang berkaitan.

WHISTLEBLOWING (PEMBERIAN MAKLUMAT)

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku serta tindakan yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang terhadap KWAP dan/atau anak syarikatnya, sila kemukakan laporan kepada Pejabat Integriti dan Governans (IGO) melalui saluran pemberian maklumat seperti yang dinyatakan di bawah. Identiti anda dan maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

Talian Hotline:  03-2174 8090 

Emel kepada:

whistleblow@kwap.gov.my

atau

bic@kwap.gov.my (untuk laporan terhadap IGO)

e-Borang (klik di sini)

Surat menyurat/kunjungan ke pejabat IGO di: 

Pejabat Integriti dan Governans (IGO)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Aras 36, Menara Integra, The Intermark
348, Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Para petugas KWAP sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagai panduan bagi mereka mengamalkan tatalaku beretika di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

KWAP mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Kami komited untuk mengekalkan dan memelihara piawaian tertinggi dalam tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan; serta mematuhi undang-undang dan peraturan. Komitmen ini dirangkakan dalam Dasar Anti-Rasuah dan Korupsi yang digunapakai untuk Ahli Lembaga dan Panel Pelaburan, kakitangan, anak syarikat serta rakan perniagaan KWAP.

Klik di sini untuk Dasar Anti-Rasuah dan Korupsi KWAP

KWAP mengamalkan Dasar Tanpa Hadiah, dengan pengecualian tertentu, untuk mengelakkan percanggahan kepentingan atau melanggar undang-undang anti-rasuah dan korupsi.

Semua kakitangan KWAP perlu bertindak demi kepentingan KWAP dan tidak meletakkan diri mereka di dalam kedudukan yang menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti untuk kepentingan peribadi atau melibatkan percanggahan kepentingan. Suatu percanggahan kepentingan timbul apabila kepentingan peribadi atau perhubungan menjejaskan atau kelihatan menjejaskan kebebasan mana-mana tindakan/pertimbangan yang perlu dibuat oleh seorang kakitangan dalam melaksanakan tugasnya untuk KWAP. Sebarang percanggahan kepentingan yang timbul seharusnya diisytiharkan dengan sewajarnya.

KWAP telah diperakui dengan pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) sejak 3 Disember 2021.

 

Penetapan serta pelaksanaan kawalan dan langkah pencegahan anti-rasuah di KWAP yang mematuhi piawaian ABMS akan memastikan ia mencukupi bagi menangani risiko rasuah dalam organisasi.

 

Pensijilan ini meliputi fungsi-fungsi berikut yang dilaksanakan oleh jabatan KWAP di Kuala Lumpur dan Cyberjaya, serta anak syarikatnya, KWEST Sdn. Bhd. dan Prima Ekuiti (UK) Limited:

  1. Pengurusan caruman;
  2. Pentadbiran, pengurusan dan pelaburan dana persaraan, termasuk sokongan fungsi dan operasi; serta
  3. Pengurusan dan pembayaran pencen.

 

KWAP komited untuk mengekalkan dan terus mengukuhkan kawalan dan langkah-langkah berkaitan yang telah ditetapkan, selaras dengan piawaian global bagi anti-rasuah serta amalan terbaik.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Kenyataan Tender Julai 2023

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan Pengurusan Pengendalian Produksi Pencetakan dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara Karnival MyPesara 2023

Hubungi Kami
Ikut Kami