Wakil Pesara

- Home
- Pension Services
- Wakil Pesara
TAKRIFAN DAN TANGGUNGJAWAB WAKIL PESARA
Seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen sebagai wakil yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.
Takrifan Wakil Pesara
Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi sebagai wakil untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.
Tanggungjawab Wakil
- Memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa;
- Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat daripada kegagalan wakil memberikan maklumat kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian; dan
- Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan.
Jenis-Jenis Wakil Pesara
Terdapat 2 jenis wakil iaitu wakil pesara Skim A dan Wakil pesara Skim B.
Wakil Diri Skim A | Wakil Diri Skim B | |
---|---|---|
Syarat |
|
|
Tempoh Kuatkuasa |
|
|
Tanggungjawab Wakil |
|
|
PEMBATALAN PELANTIKAN WAKIL
Permohonan pembatalan pelantikan wakil pesara (Skim A/Skim B) boleh dibuat oleh pesara / penerima pencen atau oleh wakil pesara yang dilantik Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada dengan dinyatakan sebab-sebab permohonan pembatalan tersebut.
PENUKARAN PEMBAYARAN PENCEN DARIPADA SKIM B KEPADA SKIM A
Pesara / penerima pencen terbitan boleh menukar skim bayaran secara kredit terus ke dalam akaun setiap bulan iaitu melalui Skim A (Berwakil) yang dengannya penerima pencen tidak perlu hadir ke kaunter bank untuk menuntut wang pencen, sebaliknya mereka boleh mengeluarkan pencen bulanan di mana-mana cawangan bank terpilih (yang menyertai SPB) dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan (Akaun Simpanan/GIRO atau Akaun Semasa).
Pesara / Penerima pencen terbitan boleh menukar skim bayaran secara kredit terus ke dalam akaun setiap bulan iaitu melalui Skim A (Berwakil) yang dengannya penerima pencen tidak perlu hadir ke kaunter bank untuk menuntut wang pencen, sebaliknya mereka boleh mengeluarkan pencen bulanan di mana-mana cawangan bank terpilih (yang menyertai SPB) dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan (Akaun Simpanan/GIRO atau Akaun Semasa).
Wakil Pesara
Tanggungjawab utama wakil pesara adalah untuk memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah undang-undang pencen.
Pelantikan Wakil Skim A boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat turun di sini). Salinan kad pengenalan wakil perlu dilampirkan bersama dengan permohonan yang telah dilengkapkan. Permohonan boleh dikemukakan sama ada melalui pos atau serahan di kaunter Perkhidmatan Pencen KWAP di Cyberjaya.
LAPORAN BERKAITAN KEMATIAN PESARA/PENERIMA PENCEN TERBITAN
Wakil boleh melaporkan kematian pesara dengan:
- Menghubungi Khidmat Pelanggan KWAP di talian 03-8887 8777
- Melaporkan terus di kaunter perkhidmatan Bahagian Pengurusan Pencen KWAP
*Sila kemukakan salinan sijil kematian arwah semasa laporan dibuat.