Komuniti 2017
- Home
- Prima Ekuiti
- Komuniti 2017
KWAP DI PESTA KERJAYA GRADUAN UKEC 2017
Dalam acara yang diadakan secara tahunan bagi pasukan ini, Prima Ekuiti (UK) Limited membantu dan mewakili KWAP di gerainya untuk mempromosi KWAP sebagai majikan pilihan di Pesta Graduan UKEC tahunan. Pada tahun ini, Ketua Pegawai Pelaburan KWAP menghadiri acara tersebut sebagai ahli panel bagi Forum ‘New Economics & Corporate Models’ (Model Ekonomi & Korporat Baharu). Sekali lagi tahun ini mencatatkan kejayaan kerana pasukan bertemu dengan ramai pelajar dan lebih daripada 10 orang pelajar menyertai program Bakat Muda KWAP pada tahun ini.
SEPETANG BERSAMA DENGAN PRIMA EKUITI (UK) LIMITED
Bagi meraikan kejayaan perpindahan pejabat, kami menganjurkan majlis masuk ke pejabat baharu yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama, Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi dan ramai dalam kalangan rakan sejawat Malaysia yang dihormati. Pejabat baharu di Suite 2, Berkeley Square House menandakan pencapaian kami dalam tempoh lima tahun yang lepas, dan juga bertindak sebagai tanda aspirasi kami yang berkembang untuk pencapaian utama pada masa hadapan.
CABARAN MELABUR PEUK 2017
Berlangsung pada tahun kedua, Prima Ekuiti (UK) Limited menganjurkan Cabaran Melabur bagi para pelajar di UK. Pada tahun ini, kami menghargai bilangan pemohon yang ramai diterima untuk menyertai pertandingan ini. Semua pasukan mencatatkan prestasi yang luar biasa pada tahun ini, memberikan gambaran yang berguna dalam syarikat-syarikat tersenarai U.K. FTSE 250. Memandangkan kejayaan ini, kami berhasrat untuk mengembangkan lagi cabaran ini pada tahun-tahun akan datang.
PENYERTAAN CABARAN PELABURAN M-EQUITY 2017
Pada tahun ini, rakan sekerja kami yang amat dihormati Pradeeban Letsumanasingam telah dijemput untuk menghakimi Cabaran Pelaburan M-Equity yang dianjurkan oleh Warwick MSA di Warwick University.
LATIHAN INDUSTRI PRIMA EKUITI 2017
Prima Ekuiti (UK) Limited terus menawarkan penempatan latihan industri pada tahun 2017. Sebanyak empat latihan industri akan berlangsung selama 4 minggu di pejabat Prima Ekuiti untuk memperoleh pengalaman secara dekat dan langsung tentang pengurusan aset industri. Kami sedang mencari lebih ramai pelatih untuk tahun akan datang dengan ruang tambahan yang ada.
FORUM JUBLI INTAN ASLI MALAYSIA – U.K.
Pada 14 September 2017, Prima Ekuiti (UK) Limited menyertai program ASLI sebagai pembiaya korporat. Majlis ini menghimpunkan bersama-sama penceramah berpengaruh dan beraspirasi untuk membincangkan hubungan pada masa lampau dan pada masa depan antara Malaysia dengan U.K., yang tepat pada waktunya memandangkan fokus U.K. terhadap hubungan pasca dunia Brexit (Britain keluar dari Kesatuan Eropah).
BENGKEL PEMBINAAN & PENGURUSAN PORTFOLIO
Pada 22 November 2017, bekerjasama dengan ASPIRE, kami berjaya mengadakan bengkel pelaburan tentang pembinaan & pengurusan portfolio untuk para pelajar. Penganalisis kami; Manavaalan Ramasamy memberikan pandangan yang hebat tentang industri. Tambahan lagi, Pengurus Portfolio kami; Nik Amnani Nik Ahmad Fathil memberikan gambaran tentang syarikat induk kami dan Program Bakat Muda KWAP. Terima kasih kepada ASPIRE, kami menerima ramai pelajar dengan minat memberangsangkan dalam pelaburan. Ia merupakan acara yang hebat bagi melabuhkan tirai tahun ini dan kami sentiasa berharap untuk bekerjasama dengan para pelajar.