Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAPI dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mulai hari Isnin, 18 Oktober 2021, Kaunter Perkhidmatan KWAP di Cyberjaya akan beroperasi seperti biasa dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari bekerja, tidak termasuk cuti umum.
Sila patuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berada di premis KWAP untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua.
Selain mengunjungi Kaunter Perkhidmatan, orang ramai juga digalakkan untuk menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan KWAP di talian 03-8887 8777 pada waktu operasi atau menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my bagi sebarang urusan berkaitan persaraan.
Kerjasama dan perhatian anda dalam perkara ini amat kami hargai. Terima kasih.