Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

Pengiktirafan Para Pesara Sektor Awam yang Aktif Menyumbang kepada Masyarakat:Anugerah MyPesara sebagai penutup tirai tahun 2023

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2023 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan pemenang Anugerah MyPesara pada 20 Disember 2023 di Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

Anugerah MyPesara merupakan penganugerahan peringkat perdana yang disediakan khas bagi mengiktiraf dan menghargai pesara perkhidmatan awam yang telah memberi impak positif dalam bidang Keusahawanan, Pendidikan, Sosial dan Khidmat Masyarakat. Anugerah ini  juga bertujuan untuk memberi galakan kepada pesara dan bakal pesara untuk terus terlibat dan menyumbang secara positif kepada masyarakat sepanjang fasa persaraan mereka.

 

Dengan mengenal pasti individu-individu cemerlang yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam persaraan mereka, Anugerah MyPesara menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada warga pesara dan penganugerahan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kekal aktif dan positif walaupun sudah bersara.

 

Berikut adalah pemenang-pemenang anugerah:

 

  1. Profesor Emiritus Datuk Dr Kamaruddin Bin Hussin yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memenangi Kategori Pendidikan atas penglibatan aktif beliau dalam agenda pendidikan Negara dan Negeri Perlis melalui pelbagai organisasi dan agensi secara sukarelawan. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama;

  2. Dr Loji Roji Bin Saibi yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Bintulu memenangi Kategori Sosial dan Khidmat Masyarakat atas penglibatan beliau yang aktif dalam membantu komuniti setempat dengan menjalankan aktiviti bermanfaat seperti mengadakan kelas Al-Quran, mengusahakan ladang nanas dan kawasan perumahan untuk guru-guru melalui pelbagai persatuan dan agensi, dan;

  3. Mohd Hedzir Bin Borhan yang telah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kastam memenangi Kategori Keusahawanan atas sumbangan beliau dalam membuka peluang kepada komuniti di beberapa negeri untuk menjana pendapatan melalui hasil perniagaan pembekalan kayu beliau.

 

Profesor Emiritus Datuk Dr Kamaruddin Bin Hussin sebagai pemenang hadiah utama Anugerah MyPesara telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000, trofi serta sijil penghargaan. Pemenang bagi setiap kategori telah menerima wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan sijil penghargaan setiap seorang manakala wang tunai sebanyak RM3,000, trofi dan sijil penghargaan telah diberikan kepada penerima hadiah saguhati bagi setiap kategori.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed berkata, “Pemenang-pemenang yang telah dinobatkan pada hari ini untuk Anugerah MyPesara telah mentakrifkan semula konsep persaraan melalui sumbangan luar biasa mereka, dimana mereka masih aktif menyumbang tenaga, kepakaran, ilmu dan pelbagai usaha demi kesejahteraan masyarakat meskipun telah menginjak usia emas dan menempuh alam persaraan. Kami di KWAP berharap mereka akan menjadi inspirasi kepada orang ramai dalam usaha kami untuk menggalakkan penuaan aktif dan produktif di kalangan pesara dan bakal pesara, sesuai dengan slogan kami – “Teman Persaraan Anda.”

 

-TAMAT-

 

Mengenai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

 

KWAP menguruskan caruman daripada Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan ke dalam Kumpulan Wang Persaraan (Dana) untuk mendapatkan pulangan optimum atas pelaburannya melalui pengurusan yang baik dan pelaburan Dana dalam pasaran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662). Dana ini akan digunakan untuk membantu membiayai liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan.  Pada tahun 2015, KWAP secara rasminya dilantik sebagai ejen Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembayaran pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis daripada Kumpulan Wang Disatukan yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan KWAP.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my 

 


 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi 

Amirah Kamarulzaman

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8669 

Emel: nurulamirah.k@kwap.gov.my 

 

Nazlin Amirudin

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8679 

Emel: nazlin.a@kwap.gov.my

 

Yasmin Syazwina

Nombor telefon: +6016-973 7956

Emel: yasmin.syazwina@edelmansmithfield.com

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Centralised Application Monitoring Tools (CAMT) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pen...

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pengendalian Teknikal, Produksi dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara KWAP Inspire Conference 2024

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami