Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

Pelantikan Baharu Jawatan Utama Selaras Pelaksanaan TERAS 5 KWAP

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2022 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini mengumumkan pelantikan Haizad Rizal A Aziz dan Maz Mirza Mohd Aminurashid sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Digital baharu KWAP, berkuatkuasa 3 Oktober 2022.

 

Haizad Rizal mempunyai pengalaman luas menjangkau lebih 20 tahun dengan kepakaran dalam membuat keputusan korporat, penambahbaikan perniagaan, pembangunan strategi kewangan, memacu transformasi, dan tanggungjawab fiskal, integriti dan ketelusan.

 

Beliau pernah bertugas selama sedekad di Ireland dan sekembalinya ke tanahair, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam Kumpulan Perbankan RHB, dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Kumpulan Syarikat Johawaki. Sebelum menyertai Sime Darby Oils pada November 2021 dengan memegang jawatan yang sama, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di SME Bank.

 

Haizad Rizal merupakan Felo Institut Akauntan Bertauliah (Institute of Chartered Accountants, ICAI), Ireland dan memegang ijazah BA (Kepujian), Perakaunan dan Kewangan dari Dublin Business School. Beliau juga telah berjaya menamatkan Program Lanjutan Pengurusan dan Kepimpinan Oxford (Advanced Management and Leadership Programme, OAMLP) di Said Business School, University of Oxford, United Kingdom.

 

Maz Mirza mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat dan Keselamatan Siber. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Teknologi Maklumat di Puspakom sebelum menyertai Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sebagai Ketua Jabatan Teknologi Maklumat. Pada awal kerjayanya, beliau juga telah berkhidmat di beberapa anak syarikat Kumpulan Sime Darby selama 13 tahun.

 

Maz Mirza merupakan pemegang ijazah kepujian Sains Komputer dari University of Cambridge pada tahun 1997.

 

Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, berkata, “Dengan pengalaman dan pemahaman mereka yang mendalam tentang keperluan bagi pertumbuhan mampan, KWAP yakin bahawa TERAS 5, yang bertujuan untuk mengukuhkan asas KWAP di dalam menghadapi masa hadapan, akan disokong dan mampu dicapai di bawah kepimpinan yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi.”

 

TERAS 5 adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang KWAP untuk memastikan komponen yang tepat disediakan untuk menyokong pertumbuhan yang mampan bagi memanfaatkan pesara hari ini dan juga pada masa hadapan.

 

TERAS 5 merupakan program tiga tahun yang berasaskan lima tunggak utama iaitu Struktur, Tadbir Urus, Modal Insan, Proses dan Digital yang akan memacu lapan aliran kerja.

 


 

Mengenai Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

KWAP menguruskan sumbangan daripada Kerajaan persekutuan dan agensi yang berkaitan untuk mendapatkan pulangan optimum atas pelaburanya melalui pengurusan yang baik dan pelaburan dana dalam pasaran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662). Dana ini akan digunakan untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan.  Pada tahun 2015, KWAP secara rasminya dilantik sebagai ejen Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembayaran pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan KWAP.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my 

 


 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: 

Amirah Kamarulzaman

Perhubungan Awam dan Komunikasi, Jabatan Hal Ehwal Korporat 

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] 

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8669 

Emel: nurulamirah.k@kwap.gov.my 

Nazlin Amirudin

Perhubungan Awam dan Komunikasi, Jabatan Hal Ehwal Korporat 

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] 

Nombor telefon: +603-2174 8000, ext 8679 

Emel: nazlin.a@kwap.gov.my

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Centralised Application Monitoring Tools (CAMT) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pen...

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pengendalian Teknikal, Produksi dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara KWAP Inspire Conference 2024

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami