Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP Menerokai Paradigma Baharu dengan Penganjuran Forum Pencarum KWAP 2023 Buat Julung-julung Kalinya  

Forum membincangkan konsep ‘Merintis Evolusi Corak Kerja’ dan transformasi fungsi caruman untuk masa depan yang lestari

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Forum Pencarum KWAP 2023 yang dianjurkan hari ini oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] telah membuka satu lembaran baharu dalam segmen caruman mereka. KWAP bersama-sama dengan majikan-majikan yang mencarum berganding bahu untuk membincangkan konsep ‘Merintis Evolusi Corak Kerja’ bagi memastikan caruman dapat diuruskan dengan lancar, berkesan dan lestari. Ini juga merupakan platform pertama yang seumpamanya untuk majikan yang mencarum berkumpul di bawah satu bumbung dan bertukar pendapat dan amalan terbaik antara satu sama lain bagi memperkasakan sokongan padu untuk ekosistem caruman.  

 

Dengan tema “Merintis Evolusi Corak Kerja: Antara Cabaran dan Peluang”, forum ini memberi peluang kepada para majikan yang mencarum untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan pengetahuan mereka tentang perkembangan semasa dan cabaran kerja masa depan. Para majikan perlu menguruskan tunjang utama transformasi, inovasi dan penetapan minda melalui aspek tenaga kerja, proses dan teknologi. Sekiranya perubahan ini dijalankan dengan strategik, ini dapat mempengaruhi majikan dan organisasi mereka secara amnya untuk mentransformasi operasi dan proses caruman mereka. Forum ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan dan majikan yang mencarum untuk memberi pandangan secara kreatif dan inovatif sambil membina idea dan strategi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan serta mengadaptasi proses pendigitalan dalam organisasi mereka.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed berkata, “Dalam konteks peralihan KWAP menjadi sebuah organisasi yang dinamik dalam landskap yang sentiasa berubah, amat penting untuk kami melibatkan pihak berkepentingan secara aktif. Ini adalah untuk mendapatkan pandangan, menangani kebimbangan dan menyelaraskan semula keperluan dan harapan semua pihak dalam ekosistem persaraan KWAP. Ini adalah penting untuk kami menjadi “Teman Persaraan Anda” melalui dana caruman yang mampan sebagai salah satu fokus kami, selaras dengan visi Ekonomi Madani untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk Rakyat. “

 

“Kami yakin bahawa dengan penubuhan sebuah komuniti yang aktif, yang bertujuan untuk menggalakkan dialog dan kolaborasi antara KWAP dan pihak berkepentingan, terutamanya majikan yang mencarum, ini akan menjadi platform yang berharga bagi pihak berkepentingan untuk menyuarakan sebarang kebimbangan, harapan serta idea. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menyelaraskan objektif kami tetapi juga membolehkan KWAP untuk berkomunikasi dengan berkesan dan menegaskan visi dan misinya,” tambah beliau.  

 

YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I berkata, “Transformasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan inisiatif KWAP untuk mengumpulkan agensi-agensi yang mencarum untuk memulakan perjalanan ke arah merintis corak kerja masa depan perlu dipuji. KWAP sentiasa teguh dalam memastikan dana caruman kekal lestari melalui sokongan ekosistem yang baik. Ini adalah erti sebenar “Teman Persaraan Anda” bagi memastikan perjalanan persaraan yang mampan untuk pesara sektor awam.”

 

Forum Pencarum ini mengundang penceramah daripada bidang masing-masing yang juga merupakan majikan yang mencarum untuk memberikan pandangan yang mendalam tentang gerak kerja merintis corak kerja masa depan, mentransformasi langkah kerja operasi beroperasi, yang akan didayakan melalui proses pendigitalan. Tema lain yang dibincangkan termasuklah transformasi digital, automasi, kerja jarak jauh dan teknologi baharu. Pandangan-pandangan ini bertujuan untuk memberikan solusi praktikal untuk individu serta organisasi terlibat dalam mencapai kemajuan untuk merintis corak kerja masa hadapan. Antara yang mengambil bahagian dalam forum ini termasuklah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan CyberSecurity Malaysia.

 

Melalui lima tunjang transformasi digital iaitu tadbir urus dan perkhidmatan digital, daya tahan siber, platform teknologi, pengurusan data dan sistem perniagaan digital, KWAP bergerak ke arah amalan tadbir urus yang progresif, penyelesaian yang inovatif dan juga sedang mengkaji kebolehan untuk mengautomasikan aliran kerja serta prosesnya. Ini adalah untuk memastikan akses data yang cekap, sekali gus memperkasakan proses membuat keputusan yang lebih baik yang akhirnya menyumbang kepada kelestarian dana persaraan sektor awam.

 

Sejak KWAP ditubuhkan pada 2007 hingga Julai 2023, dana caruman terkumpul KWAP adalah sekitar RM57.4 bilion daripada jumlah saiz dana kasar kira-kira RM184.5 bilion. Dana caruman itu terdiri daripada RM15.3 bilion caruman Kerajaan Persekutuan, RM25.8 bilion syer Kerajaan dan RM16.3 bilion caruman majikan yang terdiri daripada badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan pegawai Kerajaan yang dipinjamkan. Setakat ini, terdapat 482 agensi yang mencarum di Malaysia, yang mana 192 majikan terdiri daripada badan berkanun, 151 daripada pihak berkuasa tempatan, dan 139 daripada pegawai Kerajaan yang dipinjamkan. Kesemua agensi ini mencarum untuk kira-kira 177,000 tenaga kerja di seluruh negara di bawah skim persaraan sektor awam.

 

Forum yang julung-julung kalinya diadakan ini turut dihadiri oleh majikan yang mencarum daripada seluruh negara. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Libat Urus Majikan KWAP yang memberikan penekanan kepada skop semasa dan masa hadapan termasuk menangani cabaran melalui perkongsian silang pengetahuan, meluaskan kumpulan fokus yang merangkumi pembuat keputusan dan peringkat pengurusan, disamping mempergiatkan program libat urus pihak berkepentingan dengan memberikan pandangan tentang amalan terbaik dan isu semasa.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my.

 

-TAMAT-

 

Tentang Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah di bawah Akta Kum​pulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

 

Akta Kumpulan Wan​g Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan. Dengan  penggubalan Akta ini, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang ​Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan harian.

 

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwap.gov.my.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS BERKAITAN PERSARAAN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, dan Menyelenggara Enterprise Service Management (ESM) System untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami