Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Komuniti 2018

KWAP DI PESTA KERJAYA GRADUAN UKEC 2018

Seperti biasa, pasukan di Prima Ekuiti (UK) Limited membantu dan mewakili  KWAP di gerai untuk mempromosi KWAP sebagai majikan pilihan di Pesta Graduan UKEC tahunan. Setiap tahun, KWAP menghantar bakat mudanya untuk mempromosikan program KYT (Bakat Muda KWAP) untuk memaklumkan para pelajar mengenai pengalaman secara langsung & peluang kerjaya.

 

Sekiranya anda merancang untuk menghadiri tahun hadapan, sila lawati gerai kami!

CABARAN PELABURAN 2018

Cabaran Pelaburan tahunan kami terus bertambah  dari segi peserta & hadiah wang tunai! Peserta tahun ini terus memberikan banyak idea baharu untuk pelaburan saham. Terima kasih kepada perkongsian yang berjaya dengan MACFIS, kami dapat meningkatkan bilangan penyertaan sebanyak dua kali ganda berbanding dengan tahun lepas. Kami berharap dapat terus membina momentum ini dan mendapat cabaran yang lebih besar dan lebih baik bagi tahun 2019! Sila nantikan halaman Cabaran Pelaburan kami bagi kemas kini selanjutnya.

HARI KAKITANGAN 2018 - FULLHAM REACH BOAT CLUB

Kami memilih Fulham Reach Boat Club untuk menganjurkan sesi mendayung sebagai sebahagian daripada latihan membina pasukan, dengan memasukkan kemahiran asas mendayung untuk meningkatkan semangat bekerja sebagai satu pasukan. Sesi ini juga memberikan pendedahan kepada salah satu sukan Olimpik paling berjaya Great Britain dan peluang untuk mendayung sepanjang Perlumbaan Perahu Oxford menentang Cambridge yang terkenal. Tambahan lagi, hasil yang diperoleh disumbangkan kepada projek capaian di Fulham Reach Boat Club, sebuah badan amal berdaftar UK untuk menyerlahkan potensi golongan muda menerusi mendayung.

 

Anekdot yang patut diberi perhatian, 55% daripada golongan muda  di Hammersmith & Fulham mengalami tahap deprivasi dari segi sosial dan ekonomi yang mengehadkan peluang-peluang mereka dalam kehidupan, dan program tersebut menawarkan anak muda pengalaman yang jika tidak, mereka tidak akan dapat mengakses, menerusi pendedahan kepada elemen kerja berpasukan, fokus, keyakinan dan cita-cita.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Centralised Application Monitoring Tools (CAMT) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pen...

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pengendalian Teknikal, Produksi dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara KWAP Inspire Conference 2024

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami