Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

PENTINGNYA ISU PERUBAHAN IKLIM IMPERATIF—PERANAN MODAL

Memang tidak dapat dinafikan perubahan iklim merupakan isu utama yang mendepani umat manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakannya sebagai ancaman terbesar kepada kesihatan global pada abad ke-21. Namun, dunia mula bertindak mengenainya. Ia mula dibangkitkan oleh Perjanjian Paris dan persidangan global tahunan, yang terkini ketika COP 26 di Glasgow, di mana negara-negara dan syarikat-syarikat telah bersatu dan berikrar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) masing-masing mengikut pelbagai tarikh sasaran. Perbincangan mengenai perubahan iklim yang dahulunya tidak diendahkan, kini ia menjadi isu hangat dan tumpuan utama yang amat perlu mendapat perhatian semua pihak.

 

Salah satu sebab utama mengapa perubahan iklim telah menarik perhatian  global tanpa diragukan lagi adalah atas faktor kewangan. Berlakunya cuaca melampau seperti taufan, ribut tropika, banjir dan kemarau telah mengakibatkan kerugian kewangan yang besar serta penderitaan manusia. Selain itu, kos yang terbabit dalam menangani isu kenaikan paras laut dan pemanasan lautan, dan perubahan iklim telah beralih daripada tujuan mempertahankannya kepada satu ancaman kepada bukan sahaja kelangsungan hidup manusia sejagat tetapi juga kepada pemilik modal.

 

Mencapai sasaran Perjanjian Paris bukan sahaja sukar, malah ia juga mahal. Dianggarkan jumlah kos di peringkat global untuk mengurangkan dengan ketara pelepasan karbon boleh mencecah trilion dolar setiap tahun. Negara-negara membangun perlu diberi bantuan dan pembiayaan daripada negara-negara yang lebih maju, manakala organisasi sektor swasta perlu melabur modal yang besar untuk mencapai sasaran sifar bersih (jumlah perbezaan pelepasan dan penyerapan gas rumah hijau). Jumlah ini memang nampaknya tinggi, namun kos yang akan ditanggung sekiranya tiada tindakan diambil adalah jauh lebih tinggi.

 

Pelabur institusi seperti dana berdaulat atau dana persaraan mempunyai beberapa trilion dolar aset bawah pengurusan. Apabila peralihan berlaku, pemilik modal ini akan menjadi pemain utama dalam mendorong syarikat-syarikat ke arah status sifar bersih. Kebanyakan dana persaraan telah memberi komitmen mereka untuk menangani isu perubahan iklim dengan memilih untuk berusaha ke arah portfolio sifar bersih. Banyak juga terlibat dengan pihak kerajaan pada semua peringkat, dan menggunakan pengaruh mereka untuk membuat perubahan.

 

Satu contoh yang jelas ialah dana pencen terbesar di dunia, California Public Employees’ Retirement System (CalPERS), yang komited untuk tidak lagi terlibat dalam pelaburan yang berkaitan bahan api fosil. Ketika COP26 di Glasgow, beberapa dana pencen Nordic dan UK telah mengumumkan untuk melabur secara kolektif sebanyak AS$130 bilion menjelang 2030 dalam tenaga bersih dan iklim. Di Bandar Raya New York, dua dana pencen terbesar telah bersetuju untuk mencapai sasaran pelepasan GHG sifar bersih dalam portfolio pelaburan mereka menjelang 2040. Di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan rancangannya untuk menyahkarbon sepenuhnya portfolionya menjelang 2050. Ini adalah hanya sebahagian daripada dana-dana pencen yang telah komited untuk menangani perubahan iklim, dan lebih banyak lagi yang akan berbuat demikian.

 

Pelabur institusi mampu memberi impak besar terhadap usaha untuk menangani perubahan iklim kerana saiz, skala dan jangkauan portfolio pelaburan mereka yang besar. Sebagai institusi kewangan, mereka akan sentiasa bersedia merujuk kepada Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TFCD) dalam membantu pelaporan berhubung paradigma baharu ini. TFCD menetapkan pelaporan tindakan perubahan iklim yang meliputi empat bidang tematik yang mewakili elemen teras cara organisasi beroperasi: tadbir urus, strategi, pengurusan risiko dan metrik serta sasaran.

 

Sebelum ini, syarikat-syarikat gergasi awam merupakan sebahagian daripada pelepas GHG yang terbesar. Adanya pemegang saham institusi utama yang komited untuk mengurangkan jejak karbon akan memberi impak yang luar biasa dalam membantu mencapai matlamat yang ditetapkan oleh COP26.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berse...

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berserta Pembaharuan Perkakasan Trend Micro

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami