Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kesan pelaburan pada perhubungan teknologi dan bakat

Pelaburan impak tidak lagi terhad kepada usaha sampingan pasaran modal global. Pada suatu masa dahulu, kelas aset iniĀ  berada di bawah bidang kuasa dana modal teroka agresif dan pertubuhan bukan kerajaan dengan mandat sosial, namun sejak kebelakangan ini, idea pelaburan impak telah menjadi perbualan utama di kalangan dana dan firma pelaburan arus perdana. Kesannya, sektor pelaburan impak telah mencatatkan pertumbuhan ketara yang dianggarkan bernilaiĀ  USD715 bilion pada tahun 2021, menurut kaji selidik tahunan Global Impact Investing Network (GIIN).

Ā 

Selain daripada itu, pelaburan impak sering menyelaraskan mandatnya sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG). Tujuh belas matlamat yang saling berhubungan dengan ini meliputi pelbagai sasaran meluas untuk dicapai menjelang tahun 2030 yang menyasarkan untuk mewujudkan kehidupan dunia yang lebih baik dengan mengakhiri kemiskinan, mengatasi ketidaksamaan, dan menangani perubahan iklim. Mempercayai bahawa modal swasta akan menjadi pemacu utama kepada pendanaan kos bersama UNSDG, Yayasan Rockefeller merupakan organisasi yang pertama untuk menggunakan ungkapan pelaburan impak.

Ā 

Dalam memainkan peranannya sendiri, pelaburan impak telah menyemarakkan keseluruhan ekosistem penyelidikan dan inovasi, sehingga idea pelaburan impak sering berhubung kait dengan teknologi. Hal ini berlaku kerana kebanyakan isu global yang memberi impak kepada kemanusiaan merupakan masalah yang dapat diselesaikan dengan aplikasi inovatif teknologi, maka tarikan kepada modal swasta adalah jelas, terutamanya apabila model-model perniagaan baharu mampu menjadikannya lestari.

Ā 

Sementara itu, terdapat pelbagai teknologi baharu yang semakin matang ke arah pengkomersialan termasuk kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), bioteknologi, robotik, realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), blok rantai, dan percetakan 3D. Di KWAP, kami menyertai dalam bidang-bidang ini sewaktu kami berusaha untuk mempelbagaikan pelaburan kami untuk faedah pihak berkepentingan.

Ā 

Meskipun adanya keupayaan teknologi yang agak hebat untuk mewujudkan nilai tambahan rantaian nilai, aset paling bernilai bagi kebanyakan organisasi Ā adalah kakitangan yang membentuk bersama inventori bakat yang digunakan oleh syarikat untuk mengatur kedudukan saranan nilai dan model perniagaannya. Bakat-bakat ini memacu wajah manusia di sebalik sesuatu perniagaan serta membina strategi mengenai bagaimana caranya untuk berkembang dan mewujudkan impak dalam pasaran.

Ā 

Bakat-bakat yang diperlukan untuk membina dan mengatur kedudukan teknologi adalah besar. Bahkan kini terdapat jurang kemahiran bagi bakat, dan pelbagai syarikat berlumba-lumba untuk melengkapi tenaga kerja yang ada untuk menghadapi masa hadapan dengan melabur dalam latihan dan pembangunan keupayaan – peningkatan kemahiran dan penggantian alat. Syarikat-syarikat yang melabur dalam pembangunan bakat di samping pelaburan dalam teknologi akan menarik lebih minat para pelabur, terutamanya jika mereka dapat menjalinkan sinergi kedua-duanya untuk memacu penciptaan nilai.

Ā 

Bidang-bidang teknologi dan bakat akan menyilang untuk mencipta nilai termasuk Operasi Pembangunan yang berfungsi untuk meningkatkan ciri-ciri baharu, memastikan persekitaran IT yang stabil, dan mengurangkan waktu operasi. Automasi, teknologi awan, keselamatan siber dan platform merupakan segmen lain yang membolehkan bakat dan teknologi bekerjasama untuk mencipta nilai. Kebanyakan paradigma ini akan mempengaruhi pelbagai syarikat dan organisasi pada masa hadapan yang akan menggalas tanggungjawab yang dibawakan oleh pelbagai gerakan kelestarian dan perubahan iklim.

Ā 

Pelaburan impak sedang berkembang dengan begitu pesat dan akan mengawal peningkatan saham dalam pasaran global bagi modal swasta. Pelabur-pelabur ini mula memahami peranan penting bakat di samping teknologi dan akan memperuntukkan sumber-sumber kepada pelbagai organisasi yang berjaya menyatukan kedua-duanya.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berse...

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berserta Pembaharuan Perkakasan Trend Micro

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami