A. Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP
Semua perkhidmatan KWAP masih beroperasi dan berjalan seperti biasa.
Kebanyakan operasi akan dijalankan dengan konsep berkerja dari rumah. Sehubungan dengan itu, mungkin akan terdapat kelewatan dari segi pengurusan dan pemprosesan.
Berikutan pengumuman terkini pihak Kerajaan mengenai pelaksanaan PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan negeri-negeri berisiko tinggi di Malaysia, Kaunter Perkhidmatan KWAP di Cyberjaya akan terus beroperasi tetapi dengan kapasiti tenaga kerja yang dikurangkan.
Sehubungan dengan itu, pengunjung mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dalam layanan perkhidmatan.
Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan KWAP akan terus beroperasi seperti biasa dan sebarang permohonan dan urusan perkhidmatan boleh juga diemelkan ke mypesara@kwap.gov.my
KWAP telah menyediakan ‘drop box’ di hadapan pintu masuk Kaunter Perkhidmatan di Cyberjaya bagi membolehkan pesara atau jabatan untuk menghantar sebarang borang permohonan, jika perlu.
Kami menyarankan agar sebarang dokumen permohonan dihantar ke emel mypesara@kwap.gov.my
Sehubungan dengan itu juga, semua penghantaran dokumen keluar dari pejabat KWAP mungkin akan mengalami sedikit kelewatan.
Tiada sebarang perkhidmatan yang ditangguhkan buat masa ini
Bayaran pencen bulanan akan dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Sila muat turun aplikasi mudah alih MyPesara untuk mengemaskini maklumat peribadi (alamat / no. telefon / emel).
Sila layari pautan berikut untuk semakan status permohonan persaraan: http://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan
Sebarang permohonan persaraan pilihan hendaklah dihantar tidak kurang dari tiga (3) bulan daripada tarikh persaraan. Kelulusan pengecualian kelewatan dari Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA perlu diperolehi untuk sebarang penghantaran yang lewat.
Permohonan pembiayaan rawatan dialisis bagi Pesara Awam Persekutuan dan tanggungan yang layak perlu dibuat oleh panel dialisis berdaftar melalui medium Sistem e-Hemodialisis [menu Permohonan Surat Jaminan (GL)]. Surat kelulusan pembiayaan boleh dimuat turun oleh panel dialisis berdaftar melalui Sistem e-Hemodialisis.
Semua dokumen fizikal permohonan tersebut masih perlu dikemukakan kepada pihak KWAP bagi tujuan rekod. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel di medical.pesd@kwap.gov.my
Arahan ini berkuatkuasa mulai jam 12:00 malam, 13 Januari 2021 sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
B. Jabatan Caruman, KWAP
Setakat ini, tiada perubahan kepada pembayaran caruman oleh majikan.
Oleh itu, caruman KWAP oleh majikan masih kekal seperti ketetapan berikut:
a. Caruman majikan selaras dengan Seksyen 8, Akta Pencen PIhak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239)
b. Caruman pegawai pinjaman selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)
c. Caruman majikan selaras dengan Seksyen 12B, Akta Pencen 1980 (Akta 227)
d. Terimaan syer kerajaan mengikut akta Agensi masingmasing
Proses caruman majikan oleh KWAP masih berjalan seperti biasa.
Walau bagaimanapun, oleh kerana kakitangan KWAP kini menjalankan tugas dengan konsep bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP ini, terdapat akses yang terhad kepada dokumendokumen tertentu dan juga sistem yang digunapakai. Ini berkemungkinan akan menyebabkan sedikit kelewatan kepada proses tersebut.
Majikan boleh membuat bayaran kepada KWAP seperti biasa melalui carapembayaran berikut:
a. Elektronik (EFT/TT/RENTAS)
b. Cek
Borang-borang caruman (CN3/CN4 dan/atau CN6) perlu dihantar melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk membolehkan peresitan bayaran dibuat.
Ya, majikan boleh menghantar cek bayaran caruman melalui pos seperti biasa.
Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang kelewatan,, kami menyarankan agar majikan mendepositkan cek terus di kaunter bank RHB atau mesin deposit cek RHB ke akaun KWAP.
Jika majikan ingin mendepositkan cek terus ke akaun KWAP, sila emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk mendapatkan butiran akaun KWAP.
Setelah cek didepositkan ke akaun KWAP, borang-borang caruman (CN3/CN4 dan/atau CN6) boleh dihantar melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my
Ya, resit pembayaran akan dikeluarkan secara e-notification melalui emel seperti biasa.
Walau bagaimanapun, oleh kerana kakitangan KWAP kini menjalankan tugas dengan konsep bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP ini, terdapat akses yang terhad kepada dokumendokumen tertentu dan juga sistem yang digunapakai. Ini berkemungkinan akan menyebabkan sedikit kelewatan kepada proses tersebut.
Semuaperkhidmatan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan akan berlaku sedikit kelewatan yang mungkin tidak dapat dielakkan memandangkan kakitangan kami kini bekerja dari rumah.
Majikan boleh memaklumkan kepada KWAP untuk menggunakan EFT/TT atau RENTAS melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk mendapatkan butiran akaun KWAP.
Borang Pendaftaran Portal Caruman boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KWAP di www.kwap.gov.my.
Sila lengkapkan borang tersebut dan emelkan kepada enquiry.contribution@kwap.gov.my untuk tindakan selanjutnya.
Setelah ID pengguna majikan diaktifkan, majikan boleh mula menggunakan Portal Caruman untuk:
1. Pendaftaran Ahli
2. Menghantar data caruman