Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Tinjauan

Persiapan untuk Bersara

Antara jutaan rakyat Malaysia yang masih bekerja, hanya segelintir yang bersungguh-sungguh membuat perancangan untuk bersara. Kebanyakan daripada mereka hanyalah menabung persaraan secara pasif melalui skim caruman wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk sektor swasta atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) untuk perkhidmatan awam. Walaupun skim-skim persaraan yang diwajibkan oleh kerajaan ini terbukti bermanfaat kepada sebahagian besar daripada kita, namun tanpa disedari, ia menjadi sebab kebanyakannya tidak aktif menyimpan untuk persaraan. Ramai yang percaya bahawa tabungan KWSP atau pencen yang diterima cukup untuk menampung kehidupan hari tua mereka.

 

Walau bagaimanapun, sebagai pelengkap kepada skim persaraan, perancangan persaraan tambahan boleh menjadi faktor utama dalam menentukan kualiti hidup zaman persaraan anda. Ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda secara aktif menyediakan rancangan persaraan yang sesuai untuk anda.

 

 

Bayangkan diri anda ketika bersara nanti

 

Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila merancang strategi persaraan adalah menetapkan erti persaraan kepada anda. Bagi kebanyakan pesara, mereka lebih cenderung mengamalkan hidup yang lebih sederhana dan berhemat dengan mengurangkan perbelanjaan mewah serta penggunaan keseluruhan yang lebih sedikit. Sudah tentu hal ini adalah tidak sama kepada setiap pesara. Sesetengahnya akan terus menikmati gaya hidup yang sama, malah dengan bermewah-mewah lagi. Namun, keadaan ini agak sukar untuk dikekalkan dengan hanya simpanan persaraan biasa.

 

Setiap daripada kita melihat persaraan dengan cara yang berbeza-beza. Sesetengahnya mahu membuat perkara yang mereka tidak dapat mereka lakukan ketika mereka sedang sibuk bekerja. Ini termasuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan, belajar atau memulakan perniagaan kecil. Sesetengahnya pula ingin lagi menjelajah dunia dan pergi melancong manakala yang lain mahu menjalani hidup yang lebih santai di rumah dan meluang masa bersama keluarga dan rakan-taulan. Ada juga yang mungkin ingin terus bekerja secara sambilan atau berkhidmat secara perundingan.

 

 

Buat anggaran kos sara hidup ketika bersara

 

Dengan visi yang jelas tentang gaya hidup yang anda impikan, langkah seterusnya adalah menyediakan belanjawan yang sesuai dengan gaya hidup tersebut. Perlu diingat bahawa belanjawan ini adalah untuk masa depan dan ketika itu diharapkan anda telah menjelaskan hutang rumah anda dan anak-anak telahpun meningkat dewasa dan lebih berdikari. Apabila menyediakan belanjawan ini, usahakan agar ia lebih terperinci dan yang setepat mungkin. Ingat, kebanyakan orang tidak yakin mereka akan mampu mengekalkan gaya hidup yang dijalani sekarang.

 

Belanjawan untuk persaraan perlu berhemat dan sederhana demi untuk mengurangkan beban ke atas saiz simpanan persaraan yang diperlukan. Pokok pangkalnya, belanjawan persaraan berkait rapat dengan gambaran tentang ciri-ciri persaraan yang anda impikan. Contohnya, jika melancong adalah penting, maka belanjawan tahunan hendaklah termasuk peruntukan untuk pelancongan. Dan jika anda lebih cenderung kepada aktiviti bersosial ketika bersara kelak, maka belanjawan hendaklah mempertimbangkan perbelanjaan untuk makan di luar dan menjamu tetamu yang datang berkunjung.

 

 
Mula membina simpanan anda sekarang

 

Setelah anda ketahui jumlah wang yang diperlukan untuk menampung persaraan anda setiap tahun, anda boleh menggunakan pelbagai kalkulator dalam talian untuk menganggarkan saiz simpanan persaraan anda. Saiz simpanan anda yang ideal adalah apabila ia boleh menjana pendapatan tahunan yang sepadan dengan belanjawan perbelanjaan tahunan anda.

 

Untuk memaksimumkan saiz simpanan anda ketika bersara nanti, adalah penting untuk anda mula melabur seawal mungkin demi memanfaatkan kuasa pengkompaunan pulangan. Ada banyak cara di Malaysia untuk menyimpan dan melabur secara aktif untuk persaraan. Pada 2012, Kerajaan telah melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS), satu skim tabungan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang dirumus untuk membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan anda. Terdapat juga pelbagai pilihan pelaburan lain seperti dana bersama, unit amanah, penasihat robo (robo advisor), Bursa Malaysia dan syarikat modal teroka, yang menyediakan kepelbagaian pelaburan untuk membantu membina simpanan anda.

 

 

Ubah minda dan sikap anda mengenai persaraan

 

Kebanyakan orang tidak gemar berbicara tentang persaraan kerana ia mempunyai tanggapan bahawa seseorang itu sudah tua. Namun, salah satu aspek terpenting dalam persediaan untuk bersara adalah mengubah minda dan sikap kita tentang persaraan. Menua dengan tenang dan kemudian bersara boleh menjadi satu pengalaman yang amat indah, yang mana pesara boleh terus menyumbang bakti kepada masyarakat, menjadi produktif dan berpengaruh. Walau bagaimanapun, apa yang penting adalah pastikan anda mempunyai kewangan yang stabil ketika mengharungi hari-hari tua anda kelak dan membuat persediaan untuk itu bermula sekarang.

 

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS BERKAITAN PERSARAAN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, dan Menyelenggara Enterprise Service Management (ESM) System untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami