Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan kan) [KWAP] dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan semula premis Pejabat dan Kaunter Perkhidmatan di Cyberjaya pada 18 Januari Perkhidmatan ‘drop box’ yang disediakan di luar pejabat juga kini boleh digunakan semula oleh orang ramai.
Sila ikuti Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di kaunter perkhidmatan kami bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua.
Anda juga digalakkan untuk menghubungi talian Pusat Panggilan Pelanggan kami di 03-8887 8777 atau menghantar e-mel ke mypesara@kwap.gov.my bagi urusan berkaitan persaraan.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama dari pihak anda dalam perkara ini amat kami dihargai.
Terima kasih.