Transformasi berterusan amat penting terutamanya dalam perubahan zaman yang memperlihatkan perkembangan penduduk dalam ketidaktentuan keadaan ekonomi ini, bagi menjamin keselamatan sosial yang mampan. Apabila jangka hayat populasi global meningkat, cabaran untuk mencari keseimbangan dalam memastikan kestabilan kewangan untuk pesara dan cara untuk mengukuhkan sistem pencen semakin meningkat. Penerokaan penyelesaian alternatif menjadi penting untuk menjaga kesejahteraan pesara sedia ada dan bakal pesara, di samping mengekalkan kemampanan jangka masa panjang dana pencen. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, dana pencen seperti KWAP melaksanakan pelbagai strategi untuk memastikan kemampanan dana pencen.
1. Menceburi Dunia Kepelbagaian Dalam Pelaburan
Kepelbagaian pelaburan ialah pendekatan strategik yang melibatkan penyebaran portfolio pelaburan anda merentasi pelbagai aset yang berbeza seperti saham, bon, hartanah dan ekuiti persendirian, bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan potensi pulangan. Premis asas yang menyokong pendekatan kepelbagaian ialah bagi mengelakkan penumpuan kepada satu jenis pelaburan agar dapat mengurangkan kesan pelaburan yang kurang memberangsangkan. Pendekatan ini dapat membantu melindungi portfolio daripada perubahan mendadak dalam nilai aset individu dan juga perubahan yang sukar diramalkan bagi pasaran tertentu. Walaupun pendekatan kepelbagaian dapat mengurangkan risiko, ia tidak dapat menghapuskan keseluruhan risiko tersebut. Pemantauan berterusan dan pelarasan secara berkala masih perlu dilakukan sebagai satu langkah asas untuk mengekalkan portfolio pelaburan yang berdaya tahan. Sebahagian besar dana KWAP dialokasikan untuk pelaburan domestik, manakala peruntukan untuk pelaburan antarabangsa adalah lebih kecil.
2. Memanfaatkan Daya Pemilikan Aktif
Pemilikan aktif berkait rapat dengan keterlibatan aktif bersama syarikat yang memegang pelaburan untuk mempengaruhi strategi dan hala tuju mereka. Penglibatan secara aktif ini membawa dua manfaat utama, iaitu meningkatkan nilai jangka masa panjang bagi dana pencen dan para penerima faedah, serta menggalakkan kemampanan dan akauntabiliti dalam portfolio dana syarikat. Melalui pemanfaatan pengaruh dan sokongan terhadap perubahan positif, dana pencen dapat berperanan dalam persekitaran perniagaan yang lebih telus dan bertanggungjawab. Melibatkan diri dalam pemilikan aktif bukan sahaja membantu dana pencen mencapai hasil kewangan yang lebih baik, malah menekankan komitmen terhadap masa hadapan yang lebih saksama. Antara dana pencen yang giat menjalankan strategi pemilikan aktif ialah dana pencen Sweden AP7 dan Scottish Widows.
3. Menerajui Kepintaran Inovasi dan Teknologi
Pengadaptasian inovasi dan teknologi dalam konteks dana pencen merupakan langkah transformasi ke arah peningkatan kecekapan dan ketelusan secara keseluruhan. Integrasi penyelesaian teknologi terkini akan menyelaraskan proses pentadbiran dan menambah baik keputusan pelaburan. Platform digital dan analitik data membolehkan pemantauan semasa prestasi portfolio dan pelarasan peruntukan aset bagi membantu pengurusan dana dengan pemerhatian yang lebih tepat untuk perancangan yang lebih strategik. Selain itu, inovasi seperti algoritma pemacuan AI dapat menawarkan khidmat nasihat pelaburan yang berguna bagi memastikan penjajaran strategi pelaburan yang lebih baik. Oleh itu, pengadaptasian digital dapat meningkatkan penglibatan dan pemahaman dalam perancangan persaraan, disamping membantu menyesuaikan diri dengan dinamik pasaran yang berkembang untuk jaminan kewangan yang lebih baik dalam era digital kini.
Demi mencapai kemampanan sistem pencen, komitmen KWAP terhadap perancangan yang bertanggungjawab dan dasar yang bernas adalah asas untuk menjamin masa hadapan yang sejahtera untuk para pesara. Dalam usaha daya sama ini, ia menjadi asas untuk membina sebuah masyarakat dimana persaraan membawa ciri keselamatan kewangan yang bernilai.