Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP Salur Bantuan Banjir Kepada Golongan Terkesan di Pantai Timur Melalui MyPESARA Prihatin

  • KWAP salurkan hampir RM350,000 bantuan fasa pertama misi banjir MyPesara Prihatin di Pantai Timur dengan bantuan keperluan asas harian seperti makanan, pakaian, barangan keperluan peribadi, perkakas rumah dan keperluan sekolah.
  • Sukarelawan KWAP turut mengambil bahagian dalam fasa pembersihan pasca banjir untuk membantu membersihkan rumah, sekolah dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
  • Misi bantuan banjir ditumpukan kepada beberapa sekolah di Tumpat dan Bachok, Kelantan serta sekolah-sekolah di bawah program Kampung Angkat MADANI di Terengganu. 

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2024 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu.


Menerusi Misi Bantuan Banjir MyPesara Prihatin fasa pertama pada kali ini, KWAP telah menyalurkan bantuan bernilai hampir RM350,000 kepada hampir 2,000 golongan yang terjejas, yang turut terdiri daripada pesara sektor awam, pelajar sekolah dan masyarakat sekeliling. Misi ini memfokuskan kepada keperluan asas harian di samping menyediakan sokongan menyeluruh kepada komuniti setempat yang juga turut terkesan. Keperluan asas harian yang diberikan termasuk barangan keperluan seperti makanan, pakaian, barangan keperluan peribadi, perkakas rumah dan keperluan sekolah. Ini merupakan bantuan fasa pertama yang dijalankan oleh KWAP.


Manakala untuk fasa kedua bantuan pula, sukarelawan KWAP turut mengambil bahagian dalam membantu kerja-kerja pembersihan rumah, gotong-royong dan baik pulih bangunan Kerajaan dan pusat komuniti seperti sekolah dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Misi bantuan banjir KWAP ini turut mengedarkan 500 bantuan Kembali ke Sekolah yang tertumpu kepada beberapa sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, Kelantan serta kawasan Kampung Angkat MADANI iaitu Kampung Keruak dan Kampung La, termasuk Sekolah Kebangsaan Keruak, Sekolah Kebangsaan Panchor dan Sekolah Kebangsaan Kampung La di Terengganu. Kampung Kubang Pak Hitam di Pasir Mas, Kelantan turut menerima bantuan banjir pada misi kali ini.


Inisiatif MyPesara Prihatin ini juga selari dengan usaha GDRN serta rakan strategiknya seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Pejabat Daerah Tumpat dan Bachok, Persatuan Pesara, wakil-wakil kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama membantu dalam menghadapi krisis bencana alam di kawasan terlibat.


Bagi meluaskan bantuan, KWAP juga telah membuka satu saluran derma rasmi melalui akaun Kelab Sukan dan Rekreasi (SPARC) yang berada di bawah tatakelola KWAP, bagi memudahkan kakitangannya untuk turut serta membuat sumbangan.


Untuk maklumat lanjut mengenai KWAP, sila layari www.kwap.gov.my.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berse...

Cadangan untuk Pembaharuan Lesen Trend Micro berserta Pembaharuan Perkakasan Trend Micro

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, ...

Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Pemulihan Bencana sebagai Perkhidmatan (DRaaS) dan Sandaran sebagai Perkhidmatan (BaaS) untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami