Latihan Industri

Latihan Industri
Serlahkan potensi anda dengan bimbingan profesional terbaik
KWAP juga menyediakan laluan yang menyokong latihan bakat muda yang cemerlang.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, kami mempelawa pelajar peringkat tinggi dari universiti / kolej / institusi awam dan swasta untuk memohon penempatan latihan industri di KWAP. Kami menerima pemohon daripada disiplin yang berkaitan dengan industri, dengan jangka masa latihan industri minimum selama tiga (3) bulan. Kriteria tersebut adalah:
-
Warganegara Malaysia sahaja
-
PNGK 3.0 ke atas
-
Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program kelayakan Ijazah
-
Keperluan oleh universiti / kolej / institusi atau inisiatif peribadi
Semua pemohon mesti mengemukakan:
Resume, surat permohonan, transkrip akademik untuk semua semester, surat rasmi dari universiti / kolej / institusi (jika berkenaan). Pemohon boleh menghantar dokumen tersebut ke internship@kwap.gov.my.
Menerima permohonan untuk Januari - Jun 2024.
Pemohon boleh memuat naik dokumen yang diperlukan jika tempoh latihan adalah antara bulan Jun hingga Disember 2024.