Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Persaraan
Home Pension Services Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Persaraan
Sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.
Tuntutan Perubatan / Perjalanan
Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Skim Pencen dan pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara atas sebab-sebab berikut:
- bersara apabila mencapai pilihan umur bersara paksa;
- atas sebab kesihatan;
- apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;
- bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki;
- atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau
- mati dalam perkhidmatan
Ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 26 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani sepertimana tertakluk dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Kemudahan Perubatan Versi 1.0(2022)(CERAIAN SR.2.1.1).
Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Kemudahan Perubatan Versi 1.0 (2022) (CERAIAN SR.2.1.2.) Walau bagaimanapun, pemakaian ceraian tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
Tuntutan bayaran balik rawatan buah pinggang, serta ubat berkaitan penyakit buah pinggang boleh dituntut kepada KWAP (tertakluk kepada polisi semasa yang berkuatkuasa)
Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).
Dimaklumkan bahawa, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024, permohonan Tuntutan Dialisis (Individu) Pesara Awam Persekutuan dan tanggungan yang layak perlu dikemukakan kepada pihak KWAP dalam bulan yang berikutnya.
Mohon klik pautan untuk maklumat lanjut.
https://docs.jpa.gov.my/saraan/kemudahan/Kemudahan_Perubatan.pdf
Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.
Dimaklumkan bahawa, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024, permohonan Tuntutan Perjalanan (Rawatan Luar Stesen & Saksi Pihak Kerajaan) Pesara Awam Persekutuan dan tanggungan yang layak perlu dikemukakan kepada pihak KWAP sebelum 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya.
Mohon klik pautan untuk maklumat lanjut.
https://docs.jpa.gov.my/saraan/kemudahan/Kemudahan_Perubatan.pdf
Urusan Persaraan
Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.
Pesara perlu memastikan Jabatan akhir mengemukakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini ke KWAP untuk hitung semula faedah persaraan.
Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempoh perkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan. Ini merujuk kepada Peraturan 7, Peraturan – Peraturan Pencen 1980.
Tarikh kuatkuasa persaraan ASK adalah sehari selepas ianya diluluskan. Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada, akan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan pula dalam tempoh 21 hari.
Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.
Ahli keluarga/waris/tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAP secepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepada balu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera. Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 juga layak dibayar setelah kematian pesara (berkuatkuasa 15 Oktober 2010).
Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) – JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.
Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.
Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat untuk menerima pencen terbitan adalah terhad sehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.
Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penswastaan syarikat tersebut. Namun tidak dibenarkan untuk bertukar ke Skim A semula. Ini merujuk kepada Pekeliling MyPPSM Ceraian UP1.5.1.
Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan, kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
Dokumen persaraan boleh dihantar ke:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras G, Blok A Quill 18
Lingkaran Teknokrat 3 Barat
Cyber 4, 63000 Cyberjaya
Selangor
Borang permohonan boleh dimuat turun di pencen.jpa.gov.my atau di https://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM-2023.pdf dan informasi lanjut mengenai BMJ ini adalah seperti di pautan http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html.
Layari https://pencen.jpa.gov.my/ dan like Facebook kami iaitu Bahagian Pencen JPA.
Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.
Permohonan BMJ perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.
Sila hubungi talian 03-8887 8777 atau emelkan kepada mypesara@kwap.gov.my.
Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:
1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:
- 1 salinan sijil mati gemulah;
- Kad Pesara yang asal;
- Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.
2. Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.
Layari https://pencen.jpa.gov.my/ dan “Like” Facebook kami iaitu Bahagian Pencen JPA dan KWAP Malaysia.
Gantian Cuti Rehat
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.
Award Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada pegawai yang meletakkan jawatan atau pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.
Formula GCR adalah seperti berikut :
1/30 X cuti rehat terkumpul (hari) X (gaji akhir + * imbuhan tetap)
*imbuhan tetap adalah =
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
- Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Tertakluk maksimum 180 hari
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan dan membayar ‘Award’ Gantian Cuti Rehat kepada pesara perkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayar oleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.
Pembayaran GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan pegawai.
Pegawai/ Pekerja boleh mengumpul cuti rehat maksimum tahun akhir mengikut kelayakan cuti rehat tahunannya.
Sijil Akaun Berhutang
Fail-fail yang akan dibuka pada 1 Jun 2025 oleh pihak KWAP hendaklah menggunakan borang SAB yang baharu. Sekiranya KWAP menerima borang SAB lama perlu dikuiri mengikut format borang SAB yang baharu.
Bakal pesara/penerima pencen terbitan (mati dalam perkhidmatan) wajib mengisi borang SAB sama ada ada hutang atau tidak.
Bahagian Khidmat Pengurusan/Bahagian Kewangan dan Bahagian Pinjaman Pelajaran mempunyai data hutang yang terkini bagi penjawat awam. Sehubungan itu, pengesahan daripada bahagian tersebut diwajibkan agar hutang kerajaan dapat dikutip melalui pembayaran faedah persaraan.
Pegawai yang diberi kuasa oleh ketua jabatan.
Bahagian C dan D wajib di isi oleh pegawai yang diberi kuasa walaupun tiada hutang bagi mengesahkan tiada hutang.
Borang SAB wajib diisi oleh bakal pesara walaupun tiada hutang dan perlu disahkan oleh pegawai di Bahagian C, D dan F.
Bahagian Kewangan wajib mengisi Bahagian G bagi urusan pemulangan semula hutang yang dikutip daripada faedah persaraan.
Mohon sertakan sekali dokumen sokongan seperti penyata baki hutang.
Pertanyaan Umum
Bagi faedah persaraan/ terbitan pesara ATM, status permohonan boleh disemak di Jabatan Hal Ehwal Veteran di https://www.jhev.gov.my/ atau alamat seperti berikut:
Bahagian Pencen Jabatan Hal Ehwal Veteran
Tingkat 8, Bangunan TH Perdana 101
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2050 8000
Semakan berkenaan pinjaman perumahan boleh dibuat terus ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di laman sesawang https://www.lppsa.gov.my/v3/my/ atau di alamat seperti berikut:
LPPSA
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya
atau mana-mana agensi pembiayaan perumahan pesara (bagi pembiayaan perumahan selain dari LPPSA).
Pesara perlu melengkapkan borang Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang pada Bahagian B (b) Baki Pinjaman Perumahan dan dihantar bersama semasa mengemukakan dokumen persaraan ke KWAP. Bayaran balik pinjaman perumahan adalah berdasarkan surat arahan potongan yang dikeluarkan oleh pihak agensi pembiayaan perumahan kepada Bahagian Pencen. Pesara juga boleh merujuk kepada agensi pembiyaan perumahan masing-masing berkaitan dengan pengeluaran surat arahan potongan tersebut.
Pemakluman pertukaran alamat boleh dilakukan sama ada dengan melengkapkan borang melalui pautan ini : https://pencen.jpa.gov.my/images/borang/JPA.BP.UMUM.B05.pdf (borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke alamat mypesara@kwap.gov.my) atau hadir ke kaunter-kaunter berikut untuk terus berurusan :
- Kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya;
- Kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya;
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu; dan
- Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sarawak, Kuching
Kad Pesara membolehkan pesara dan tanggungan yang layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan percuma di klinik / hospital kerajaan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan potongan bagi pembelian tiket di Keretapi Tanah Melayu. Senarai diskaun yang layak bagi pesara yang memiliki kad pesara boleh diperolehi di laman web KPDNKK.
Umur persaraan wajib (genap umur) anggota perkhidmatan awam adalah 55/ 56/ 58 atau 60 tahun tertakluk kepada opsyen umur persaraan yang dipilih anggota.
Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun boleh memohon persaraan pilihan dengan mengemukakan dokumen/ permohonan melalui Ketua Jabatan anggota berkhidmat. Kelayakan untuk menerima faeadah persaraan adalah seperti berikut;
- Jika seseorang pegawai itu dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraannya manakala bayaran pencen layak diterima apabila mencapai umur 45 tahun bagi perempuan / 50 tahun bagi lelaki; dan
- Bagi lantikan pada atau selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun bagi lelaki atau perempuan.
Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
Pencen maksima adalah tempoh perkhidmatan yang mempunyai tempoh 30 tahun atau lebih (360 bulan) yang boleh diambilkira. Formula bagi pengiraan pencen maksima adalah 3/5 atau 60 peratus dari gaji akhir Pegawai/ Pekerja.
Berkenaan dengan tuntutan bayaran balik pakaian istiadat, sila rujuk kepada Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8872 6670 / 6672 atau 03-8000 8000, 1MOCC
KWAP, Cyberjaya
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras G, Blok A Quill 18
Lingkaran Teknokrat 3 Barat
Cyber 4, 63000 Cyberjaya
Selangor
Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: mypesara@kwap.gov.my
Bahagian Pencen Cawangan Sabah, JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS – Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
Fax : 088 488664 / 088 488665
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak, JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak,
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
Jalan Tun Dato’ Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
93050 Kuching
Sarawak.
Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
Fax : 082 250126
Ibu tidak layak untuk menerima pencen terbitan. Walau bagaimanapun ibu masih layak untuk menerima ganjaran terbitan, Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) serta Ex-Gratia Terbitan setelah kematian pegawai/pekerja. Selain itu, pemberian Ex-Gratia Kematian juga mungkin boleh dipertimbangkan.
Tidak. Tiada sebarang amaun daripada ganjaran persaraan ditolak ke atas segala tuntutan atau perbelanjaan yang pernah dituntut oleh penjawat awam semasa sedang berkhidmat.
Tidak benar. Semua penjawat awam layak pencen dengan syarat jawatan tetap, sah jawatan, diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan bersara di bawah undang-undang pencen.
Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.
Urusan Pembayaran
Urusan Pembayaran Pencen
Permohonan pertukaran bank pembayar pencen boleh dilakukan dengan mengisi borang Permohonan Pertukaran Akaun Bank (JPA.BP.PAB.01 Pin 2024) yang boleh dimuat turun di www.jpapencen.gov.my
Walau bagaimanapun, pertukaran akaun bank hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam tempoh 12 bulan.
Borang yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dipos ke alamat berikut:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras G, Blok A Quill 18
Lingkaran Teknokrat 3 Barat, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor
atau;
Dihantar melalui portal web maklum balas KWAP di pautan https://feedbacks.kwap.my/
atau;
Dihantar melalui emel ke mypesara@kwap.gov.my
atau;
Hadir ke kaunter perkhidmatan pelanggan KWAP Cyberjaya
Permohonan mestilah disertakan bersama salinan penyata bank atau salinan maklumat akaun bank yang lengkap.
a. Skim A
- Bayaran pencen akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank pesara atau penerima pencen setiap bulan..
- Pesara mempunyai pasangan yang dikahwini dalam perkhidmatan (iaitu pasangan yang layak diberi pencen terbitan selepas kematian pesara).
b. Skim B
- Pesara atau penerima pencen perlu hadir di mana-mana cawangan bank pembayar bagi tujuan pengesahan sebelum bayaran pencen tersebut dikreditkan ke akaun.
- Sekiranya bayaran pencen tidak dituntut selama tiga (3) bulan berturut-turut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan dihentikan. Pesara atau penerima pencen perlu melaporkan kepada KWAP untuk mengaktifkan semula akaun pencen tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.
- Penerima pencen yang uzur, OKU atau anak di bawah umur 12 tahun.
- Bagi pesara/ penerima pencen yang tidak berupaya untuk hadir ke bank pada setiap bulan, Wakil Diri boleh dilantik dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B07: Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara atau Penerima Pencen dan Borang JPA.BP.SPT.B06: Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen (dibenarkan penggunaan akaun perseorangan atau akaun bersama).
c. Skim A Berwakil (dengan permohonan)
- Pesara/ penerima pencen (bujang/ duda/ balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara/ penerima pencen.
- Pesara/ penerima pencen boleh membuat penukaran cara bayaran pencen dari Skim B ke Skim A Berwakil (Pengkreditan Automatik Ke Bank) dengan syarat melantik Wakil Diri dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B08: Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan).
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.
Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/penerima pencen itu.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A dengan dilampirkan bersekali salinan kad pengenalan wakil yang dilantik.
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang Bantuan Mengurus Jenazah
https://www.kwap.gov.my/documents/forms/lain_lain/JPA.BP.UMUM.BK.pdf
- Affin Bank Berhad
- Agrobank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- AmBank Malaysia Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Maybank Berhad
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
- United Overseas Bank (UOB) Malaysia Berhad
Penggunaan AmBank, Standard Chartered dan UOB hanya dibenarkan untuk bayaran secara Skim A Sahaja.
Boleh. Sila isi borang perlantikan wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang boleh dimuat turun di https://pencen.jpa.gov.my/
Penggunaan akaun bersama hanya dibenarkan bagi pesara atau penerima pencen daripada kategori berikut:
- Berumur 70 tahun dan ke atas
- Pesara kelainan upaya (OKU)
- Penerima pencen di bawah umur 12 tahun
- Uzur / Masalah Kesihatan dan berumur kurang daripada 70 tahun) (Perlu pengesahan daripada pegawai perubatan)
Pesara/penerima pencen terbitan perlu mengemukakan borang Pelantikan Wakil Skim A, yang boleh dimuat turun di pencen.jpa.gov.my dan pencen akan dibayar secara skim A.
Ex-Gratia Kematian
Dibuat kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dengan tempoh perkhidmatan tidak melebihi 240 bulan perkhidmatan.
Ex-Gratia Kematian diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dengan tempoh perkhidmatan tidak melebihi 240 bulan perkhidmatan dan bukan disebabkan membunuh diri. Jenis perkhidmatan yang layak dipertimbangkan merangkumi pegawai sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:
| Tempoh Perkhidmatan (Bulan) | Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM) |
|---|---|
| ≤ 60 | 150,000 |
| 61 hingga 120 | 100,000 |
| 121 hingga 180 | 75,000 |
| 181 hingga 240 | 50,000 |
Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.
Tidak. Ex-Gratia Kematian adalah tambahan kepada faedah persaraan yang sedia ada.
Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan. Bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam CERAIAN PP.1.2.8 Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus Kepada Waris Yang Layak Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan.
Pelarasan Pencen
Penyelarasan Pencen SSPA
Ya, Gaji akhir pesara akan diselaraskan sama seperti gaji hakiki penjawat awam yang sedang berkhidmat yang dikenali sebagai gaji akhir bersamaan. Pencen baru akan dikira berdasarkan formula pengiraan pencen menggunakan gaji akhir bersamaan tersebut. Peratus kenaikan gaji akhir adalah seperti berikut :
Fasa 1
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 4%
- Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:
Gaji Akhir > RM 3000: 8%
Gaji Akhir < RM 3000: RM240
Fasa 2
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 3%
- Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional: 7%
LANGKAH 1
Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih
dahulu.
Fasa 1
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 4%
- Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:
Gaji Akhir > RM 3000: 8%
Gaji Akhir < RM 3000: RM240
Fasa 2
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 3%
- Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional: 7%
Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:
Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan s Profesional:
- Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan x 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau
- Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan x 4%)
LANGKAH 2
Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:
[1/600 X Gaji akhir bersamaan 2024 X tempoh perkhidmatan*] + PKKP**
Perhatian:
*Jika tempoh perkhidmatan melebih 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024
PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
Melalui pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh PKKP mulai Januari hingga Disember 2025.
Pengiraan pencen baharu boleh dilakukan berdasarkan formula yang dihebahkan dengan memasukkan maklumat persaraan seperti berikut yang boleh didapati di aplikasi mudah alih MyPesara:
- Gaji akhir bersamaan;
- Jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; dan
- Jumlah amaun PKKP yang telah diterima pesara.
Semakan maklumat persaraan serta jumlah pencen yang baharu boleh disemak melalui aplikasi mudah alih MyPesara dan Portal MyPesara, termasuk aplikasi web MyPencen bagi tujuan semakan dan cetakan penyata pencen bulanan.
Gaji akhir bagi penyelarasan Pencen Fasa 1 adalah merujuk kepada gaji bersamaan tahun 2012 atau gaji akhir semasa pegawai bersara mulai 1 Januari 2013 hingga 1 Disember 2024.
Manakala, gaji akhir bagi penyelarasan Pencen Fasa 2 merujuk kepada gaji bersamaan tahun 2024 atau gaji akhir pegawai bersara mulai 2 Disember 2024 sehingga 31 Disember 2025.
PKKP adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.
PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.
Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:
Amaun pencen asal + bantuan khas PKKP = amaun semasa
= RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43
PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira untuk pengiraan faedah persaraan, diambil mulai tarikh Lantikan Tetap hingga tarikh sehari sebelum tarikh bersara.
Pesara/ penerima pencen yang layak menerima penyelarasan pencen ialah yang sedang menerima :
- Faedah Pencen
- Faedah Pencen Terbitan
- Faedah Pencen Hilang Upaya
- Faedah Pencen Tanggungan
- Faedah Elaun Bersara
- Faedah Elaun Bersara Terbitan
Adakah pengiraan baru melibatkan juga pesara yg telah pencen melebihi 1 tahun?
Tidak, berdasarkan keputusan mahkamah persekutuan pada 27 Jun 2023 tiada kenaikan pencen tahunan. Kenaikan pencen tahunan seterusnya akan dilaksanakan sekiranya terdapat semakan gaji penjawat awam.
Ya, penyelarasan pencen akan dilaksanakan kepada semua pesara perkhidmatan awam tanpa had tempoh tertentu.
Pegawai yang bersara pada 2 Disember 2024 hingga 31 Disember 2025 masih layak menerima penyelarasan pencen Fasa 2.
Pesara/ penerima pencen yang tidak layak diberikan pelarasan pencen berdasarkan SSPA adalah seperti berikut:
FASA 1
- Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran
- Setiausaha Politik
- Hakim
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS)
- Penerima Pencen Orang Tanggungan/ Pencen Angkatan Tetap (POTPAT)
- Penerima Bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP: WP6.3 – Pengurusan Wang Awam, Ex-Gratia Terbitan PP 17/ 2008 dan Ex- Gratia Kematian Sekaligus PP 11/2019 sahaja.
- Pesara yang tarikh persaraannya pada 02 Disember 2024 dan selepasnya.
- Pesara dan penerima pencen yang telah meninggal dunia pada dan sebelum 30 November 2024.
FASA 2
- Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran
- Setiausaha Politik
- Hakim
- Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS)
- Penerima Pencen Orang Tanggungan/ Pencen Angkatan Tetap (POTPAT)
- Penerima Bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP: WP6.3 – Pengurusan Wang Awam, Ex-Gratia Terbitan PP 17/ 2008 dan Ex- Gratia Kematian Sekaligus PP 11/2019 sahaja
