Jelajah MyPesara
Home Jelajah MyPesara
Mengenai Jelajah MyPesara
Program Jelajah MyPesara merupakan satu inisiatif hasil usaha sama KWAP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang bertujuan untuk mendekati para pesara dan bakal pesara di samping menjadikan platform program ini sebagai medium perkongsian maklumat dan kesedaran berhubung hal-hal berkaitan persaraan. Program Jelajah MyPesara ini juga adalah satu platform yang strategik dalam meningkatkan kesedaran pesara dan bakal pesara tentang perkhidmatan yang disediakan oleh KWAP secara khususnya, serta Kementerian, agensi, Badan Berkanun dan penyedia perkhidmatan yang berkaitan dalam ekosistem Persaraan.
Program Jelajah MyPesara ini dijalankan dengan tiga tema yang berbeza iaitu pengurusan kewangan, kesihatan dan keusahawanan. Ketiga-tiga tema ini dipilih berdasarkan kepada keperluan semasa para pesara dan bakal pesara dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan mereka semasa meniti alam persaraan. Pelbagai topik dan pengisian dengan penglibatan beberapa Kementerian dan Agensi dirangka bagi memastikan pesara dan bakal pesara memperoleh maklumat, pengetahuan dan panduan berguna untuk dimanfaatkan oleh mereka. Program yang menyasarkan pesara dan bakal pesara berumur 50 tahun dan ke atas ini dilaksanakan di seluruh negara dengan jalinan kolaborasi Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Maklumat lanjut tentang program Jelajah MyPesara dan lokasi program boleh dirujuk melalui laman media sosial rasmi KWAP yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
