Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda
Hai! Selamat datang ke Talian Bantuan KWAP. Sila
pilih menu di bawah untuk memudahkan carian
anda.

Memilih pilihan...

Kenyataan Akhbar

KWAP Raih Anugerah Pelaburan bagi Inisiatif Dana Pemacu pada P&I WorldPensionSummit 2026

KUALA LUMPUR, 6 November 2026 – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meraih anugerah bagi kategori Pelaburan pada Pensions & Investments (P&I) WorldPensionSummit Excellence & Innovation Awards menerusi inisiatif Dana Pemacu bernilai RM6 bilion. Dilancarkan pada Mei 2024, Dana Pemacu menyalurkan modal institusi jangka panjang kepada syarikat tempatan yang berpotensi mencatat pertumbuhan tinggi serta sektor keutamaan negara, termasuk peralihan tenaga, penjagaan kesihatan dan ekonomi digital.

Anugerah itu disampaikan pada 5 November 2026 bersempena dengan persidangan tahunan P&I WorldPensionSummit yang berlangsung di The Hague, Belanda. Model rakan kongsi umum bersama (co-general partner atau co-GP) yang diterapkan menerusi Dana Pemacu, dengan menggabungkan kepakaran firma pelaburan antarabangsa dan pengurus dana tempatan, menjadi contoh kepada dana pencen lain dalam membangunkan keupayaan pelaburan domestik, di samping mengekalkan piawaian pelaburan yang ketat.

Dana Pemacu turut menyokong Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui Kementerian Kewangan, bertujuan meningkatkan pelaburan langsung domestik dalam sektor keutamaan negara. Pada tahun 2025, KWAP memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion kepada 12 pengurus dana di bawah inisiatif Dana Pemacu. Dato’ Jay Khairil, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP berkata, “Ketika kami mula membangunkan Dana Pemacu, kami berhasrat untuk menggabungkan kepakaran antarabangsa dan pengetahuan pasaran tempatan bagi memperluas keupayaan kami dalam pasaran swasta Malaysia. Ini bermakna kami perlu membangunkan keupayaan baharu dalam KWAP sambil terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab kami untuk menguruskan dana secara berhemat. Pengiktirafan terhadap usaha ini di peringkat global amat bermakna buat kami.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan KWAP yang telah membangunkan Dana Pemacu dan terus berusaha memajukan inisiatif ini. Saya berbangga dengan pencapaian mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas kepimpinannya dalam menghimpunkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan menerusi GEAR-uP serta menetapkan hala tuju yang jelas bagi pelaburan domestik. Kerjasama yang kami wujudkan menerusi Dana Pemacu membantu kami menterjemahkan hala tuju tersebut kepada tindakan melalui pelaburan dalam perniagaan dan projek di Malaysia. Ketika kami meneruskan pelaburan melalui kerjasama ini, kami akan terus berusaha mendapatkan pulangan mampan yang diselaraskan dengan risiko bagi membantu Kerajaan memenuhi obligasi pencen jangka panjangnya,” tambah beliau.

KWAP kekal komited untuk menguruskan Dana secara berhemat, telus dan bertanggungjawab dalam memenuhi mandat statutori untuk membantu Kerajaan Persekutuan memenuhi obligasi pencennya kepada pesara sektor awam.

– TAMAT –

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Membekal dan Melaksanakan Pembaharuan Tek...

Cadangan Membekal dan Melaksanakan Pembaharuan Teknologi ‘Solusi Security Validation’ (SV) dengan keupayaan ‘Breach Attack Simulation’ (BAS) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk perancangan, pengurusan, pengendali...

Cadangan untuk perancangan, pengurusan, pengendalian, produksi dan kerja-kerja kreatif serta publisiti bagi acara Karnival, Riadah &Anugerah MyPesara 2026 secara menyeluruh.

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.