Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Tuntutan Perubatan / Perjalanan

Tuntutan Perubatan / Perjalanan

Peraturan pembayaran balik perubatan kepada oleh Kerajaan Persekutuan kepada pesara adalah tertakluk kepada Perintah Am Bab F Tahun 1974 yang menetapkan bahawa pesara dan tanggungannya yang layak boleh diberikan kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan, pesara boleh mendapatkan kemudahan tersebut di hospital/klinik/agensi swasta atas. Perbelanjaan akan dibayar balik oleh Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan

Penerima Yang Layak:

  • Pesara
  • Suami atau isteri
  • Anak*

* berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun; atau anak kurang upaya disebabkan oleh kelemahan mental atau fizikal (tiada had umur)

Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan Dan Rawatan Buah Pinggang

 

Tatacara Permohonan Rawatan Kepakaran Syarat-syarat Permohonan
Tatacara Permohonan Ubat, Alat, Perkhidmatan Perubatan dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang Tatacara Permohonan
  1. Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan
  2. Kemudahan perubatan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan
  3. Perakuan/Pengesahan Oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan; dan
  4. Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya)
Terma & Syarat Pembekalan Ubat

Kelulusan permohonan perbelanjaan ubat adalah terhad kepada keperluan penggunaan untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Pembayaran balik untuk pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement) adalah tidak dibenarkan.
Pembayaran balik perbelanjaan bagi alat perubatan seperti berikut:
  1. Alat ortopedik
  2. Anggota palsu
  3. Kerusi roda
  4. Alat bantuan pendengaran
  5. Alat rawatan jantung, alat bantuan pernafasan, koklea implan, colostomy bagurine bag dan intraocular lens
  6. Alat-alat selain daripada senarai di atas tertakluk kepada:
    • sekiranya tidak digunakan boleh memudaratkan nyawa pesakit; atau
    • alat yang diperlukan tidak mempunyai alternatif dalam rawatan penyakit; atau
    • kecederaan yang dialami

Permohonan perbelanjaan untuk tujuan baik pulih atau menggantikan sebarang alat yang rosak akibat kecuaian adalah tidak dibenarkan.

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan.

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan/penggantian/baik pulih bagi tujuan selain dari tujuan rawatan kepada penyakit yang dihidapi adalah tidak dibenarkan.

Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan.
Perkhidmatan Perubatan

Permohonan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan dengan syarat diperakukan dan disahkan oleh pegawai/pakar perubatan Kerajaan bahawa keperluan perkhidmatan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.
Rawatan Penyakit Buah Pinggang

Permohonan perbelanjaan bagi rawatan haemodialisis dan CAPD boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa Pakar Nefrologi Kerajaan memperakukan keperluan rawatan tersebut dan mengesahkan ia tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.

Terhad kepada perbelanjaan rawatan sahaja iaitu berdasarkan perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM200.00 bagi setiap sesi rawatan.

Tatacara dan Syarat-Syarat Permohonan 

Jenis Rawatan Tatacara Permohonan Rawatan Kepakaran Syarat-syarat Permohonan
Rawatan Kepakaran Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan

Rawatan Kepakaran tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan

Pengesahan Oleh Pakar Perubatan Kerajaan; dan

Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya)
Keperluan rawatan diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
  • Kos rawatan;
  • Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 80%.
Kos yang ditanggung oleh Pesara :
  • Bayaran wad melebihi kelayakan;
  • Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 20%;
  • Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya.
Rawatan Kecemasan Mendapat rawatan di hospital/klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kerana tiada hospital/klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan

Rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan

Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta; dan

Borang Perubatan 2/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya)
Rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); Disahkan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
  • Kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke hospital/klinik Kerajaan;
  • Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 80%.
Kos yang ditanggung oleh Pesara :
  • Bayaran wad melebihi kelayakan;
  • Bayaran makanan dan wad mengikut kelayakan sebanyak 20%;
  • Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya.
Permohonan perlu disertakan dengan laporan klinikal terperinci daripada Pakar Perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit.
Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. Mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan

Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB; dan

Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya)
Pesakit telah mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan Dirujuk Oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB.
Rawatan Kemandulan Mendapat Rawatan Di Hospital/Klinik Kerajaan atau Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan

Kemudahan perubatan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan atau LPPKN; dan

Perakuan/Pengesahan keperluan kemudahan perubatan oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan/LPPKN; dan

Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya)
Bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja – tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk   mengandung.

Tidak dibenarkan :

Proses mengandung bukan secara semulajadi
  • In Vitro Fertilisation(IVF)
  • Gamete Intra-Fallopian Transfer (GIFT)
  • Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
  • Secondary infertility.
Rawatan sampingan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan perbuatan tersebut disahkan oleh KKM tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan :
  • Hysterosasphingogram (HSG)
  • X-ray atau pembedahan yang dijalankan di hospital/klinik swasta atas rujukan oleh pegawai/pakar perubatan hospital/klinik Kerajaan/LPPKN
Rawatan Di Luar Negeri Mendapat Rawatan Di Hospital Kerajaan; dan

Rawatan khas diperlukan oleh pesakit dan ia tidak dapat diperolehi di dalam negeri; dan

Pengesahan oleh Lembaga Perubatan; dan

Perakuan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa rawatan yang diperlukan oleh pesakit tiada pada Kerajaan; dan

Borang 3/09 dikemukakan kepada Bahagian Saraan JPA berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya); dan

Permohonan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan Di Luar Negeri
Permohonan perbelanjaan bagi pengiring boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa keperluan pengiring diperakukan oleh Lembaga Perubatan. Kos yang ditanggung oleh Kerajaan :
  • Kos rawatan;
  • Kos sara hidup (makan dan sewa hotel/lojing) untuk tempoh tidak melebihi 5 hari setelah sampai di negara berkenaan dan 5 hari sebelum kembali ke Malaysia bagi pesakit dan pengiring.
Tambang kapal terbang kelas ekonomi bagi pesakit dan pengiring. Kos yang ditanggung oleh Pesara :
  • Bayaran wad bersamaan dengan kadar yang dikenakan kepada Pesara sekiranya dimasukkan ke hospital Kerajaan;
  • Bayaran-bayaran lain – makanan di luar daripada komponen caj wad biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya.

Pembiayaan Perkhidmatan untuk Bekalan Rawatan Perubatan dan Kelengkapan Perubatan kepada Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Tanggungan yang Layak

Kerajaan telah melantik Oratis Services Sdn Bhd menerusi tender terbuka untuk memproses pembayaran balik untuk bekalan dan peranti perubatan yang dibekalkan kepada para Pesara Kerajaan Persekutuan melalui Sistem Automasi Bekalan Perubatan Elektronik (e-MASS).

 

Dengan e-MASS, Pesara Kerajaan Persekutuan boleh mendapatkan ubat dan peranti perubatan yang tidak dibekalkan oleh hospital / klinik Kerajaan di farmasi berdaftar tanpa sebarang bayaran.

 

Kaedah Pelaksanaan e-MASS

Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Kerajaan persekutuan dapat memperoleh bekalan ubat dan peranti perubatan daripada mana-mana hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services Sdn Bhd tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada terma & syarat)
Pesara Kerajaan Persekutuan perlu mengemukakan Borang Perubatan 1/09 (lengkap dengan pengesahan daripada pegawai perubatan atau pakar perubatan Kerajaan) dan preskripsi sah daripada hospital / klinik Kerajaan untuk memperoleh bekalan ubat atau peranti perubatan menerusi kaedah berikut:

  1. Memperoleh terus daripada sebuah hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services Sdn Bhd. (Senarai hospital / klinik / farmasi / agensi persendirian yang berdaftar dengan Oratis Services tersedia di laman sesawang www.oratis.com.my.); atau
  2. Hubungi talian bebas tol Pusat panggilan e-MASS di 1-800-88-6627 dan penghantaran akan dibuat terus oleh Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Kerajaan Persekutuan atau hospital; atau
  3. Lakukan pesanan anda secara dalam talian melalui Portal e-MASS di www.emass.com.my dan penghantaran akan diuruskan oleh Oratis Services Sdn. Bhd.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supp...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supply, Deliver, Install, Test and Commission Integrated Contribution Management System (iCOMS)’ untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan penggantian Sistem Pengurusan Sumber Manu...

Cadangan penggantian Sistem Pengurusan Sumber Manusia untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami