Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Notis Privasi

Prima Ekuiti (UK) Limited

Pengenalan

Rujukan kepada “our” (kami), “us” (kami), “we” (kami) atau “PEUK” dalam Notis Privasi ini adalah untuk Prima Ekuiti (UK) Limited dan syarikat-syarikat kumpulannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

 

Notis Privasi ini menentukan  pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi oleh PEUK. Untuk maklumat lanjut tentang kami, sila klik sini

 

Kami komited untuk melindungi privasi dan memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk maklumat peribadi anda. Notis Privasi ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang kami kumpul; bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut; dengan siapa kami kongsi; bagaimana kami melindungi maklumat; dan hak undang-undang anda. Kami komited untuk mematuhi Notis Privasi ini, serta kehendak undang-undang yang terpakai, dalam operasi perniagaan kami.

 

Anda harus membaca Notis Privasi ini bersama dengan mana-mana dasar privasi lain kami mungkin berikan kepada anda  pada masa tertentu apabila mengumpul atau memproses data peribadi tentang anda agar anda benar-benar mengetahui bagaimana dan mengapa kami menggunakan data anda. Notis Privasi ini melengkapi notis lain sepertinya dan tidak bertujuan untuk membatalkannya.

 

Bagi tujuan undang-undang perlindungan berkenaan, pengawal data ialah Prima Ekuiti (UK) Limited di Suite 2, Tingkat 2, Berkeley Square House, Berkeley Square, London, W1J 6DD.  Ini bermakna bahawa Prima Ekuiti adalah bertanggungjawab untuk  menentukan bagaimana dan mengapa data peribadi anda diproses.

 

Sila ambil perhatian bahawa laman web kami bukan untuk kegunaan kanak-kanak bawah umur dan kami tidak secara sengaja mengumpulkan data  berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur.

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi.  Dalam Notis Privasi ini, “data peribadi” data “maklumat peribadi” bermakna maklumat yang (sama ada secara pengasingan atau  penggabungan maklumat lain) membolehkan anda untuk dikenal pasti sebagai seorang  individu atau dikenali secara  langsung atau tidak langsung. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, nama syarikat, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, syarikat, lokasi, butiran pilihan yang dinyatakan kepada kami, komen kami dan soalan, dan maklumat teknikal daripada peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web kami.

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada anda apabila anda mengakses laman web kami, menghubungi kami, berkomunikasi dengan kami atau sebaliknya memberikan maklumat kepada kami, termasuk:
  • nama;
  • nama jawatan, nama syarikat;
  • maklumat untuk dihubungi (termasuk alamat e-mel, nombor telefon, alamat pos);
  • maklumat berkaitan dengan aktiviti pelayaran dalam talian anda di laman web PEUK;
  • pilihan komunikasi anda; dan
  • sebarang data peribadi lain yang terkandung dalam surat-menyurat dan komunikasi antara anda dan PEUK (yang mungkin termasuk nama, umur, jantina, dan sejarah pendidikan).
Dalam sesetengah kes, anda mungkin memberikan maklumat peribadi kepada kami tentang individu lain. Dalam kes sedemikian, tanggungjawab anda adalah untuk memastikan bahawa anda mendapat kebenaran orang tersebut untuk memberi kami maklumat tersebut.

Kami bekerja rapat dengan pihak ketiga (seperti rakan niaga dan subkontraktor), yang mungkin memberikan maklumat yang mungkin kami gabungkan dengan maklumat yang anda berikan kepada kami. Kami memproses semua data peribadi yang kami peroleh daripada sumber lain  selaras dengan Notis Privasi ini.


Apabila anda melawat laman web kami, mungkin kami menggunakan kuki atau teknologi lain untuk mengumpul secara automatik maklumat berikut:

  • Maklumat teknikal, termasuk alamat IP, jenis dan versi pelayar, pengecam peranti, tetapan lokasi dan zon waktu, jenis dan versi pasang masuk pelayar, sistem pengendalian dan platform, masa respons halaman dan ralat muat turun;
  • maklumat tentang lawatan anda, termasuk laman web anda lawati sebelum dan selepas laman web kami; dan
  • tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman (seperti menatal, klik dan alih tetikus) dan pelbagai kaedah yang digunakan untuk semak lalu daripada halaman.

Untuk butiran lanjut tentang bagaimana kami menggunakan kuki dan bagaimana mengawal kuki yang digunakan, sila lihat Dasar Kuki tersedia di [insert link once published].

BAGAIMANA KAMI GUNA MAKLUMAT PERIBADI
Selalunya, kami akan menggunakan data peribadi anda dalam keadaan berikut:
  • Apabila kami perlu melaksanakan kontrak yang kami akan atau telah meterai dengan anda.
  • Jika perlu untuk kepentingan sah kami (atau pihak ketiga) dan kepentingan dan hak asasi anda tidak mengatasi kepentingan tersebut.
  • Apabila kami perlu mematuhi kewajipan undang-undang.
  • Dengan persetujuan anda jika dikehendaki oleh undang-undang perlindungan data.
  • Tujuan
  • Maklumat
  • Justifikasi
  • menjawab komen, pertanyaan dan surat-menyurat lain
  • memaklumkan kepada anda tentang perubahan pada syarat kami atau Notis Privasi ini.
Kami menghendaki maklumat peribadi tertentu (seperti nama, alamat e-mel, alamat pos, nombor telefon, alamat IP, maklumat penggunaan laman web, lokasi (negara), nama syarikat, dan sebarang data peribadi tambahan anda berikan menerusi emel atau telefon) untuk menguruskan hubungan kami dengan anda.
  • Perlu untuk kepentingan sah kami (untuk mengendalikan perniagaan kami dengan berkesan dan menjawab pertanyaan anda).
  • Prestasi kontrak, apabila kami mempunyai kontrak dengan anda atau akan mengadakan kontrak dengan anda.
Kami menyimpan rekod maklumat peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat dan pilihan komunikasi agar dapat mentadbir perniagaan kami.
  • Perlu untuk kepentingan sah kami (untuk mengendalikan perniagaan kami).
  • Mematuhi kewajipan undang-undang apabila kami dikehendaki menyimpan maklumat mengikut undang-undang.
Kami perlu memproses maklumat peribadi anda agar dapat untuk memastikan laman web kami selamat dan terjamin serta melindungi daripada aktiviti haram atau penipuan seperti serangan siber
  • Perlu untuk kepentingan sah kami (untuk mengesan dan mencegah penipuan, jenayah lain, dan salah guna laman web).
  • Pematuhan kepada kewajipan undang-undang.
Kami mungkin menyimpan maklumat peribadi seperti jenis dan versi pelayar, pengecam peranti, tetapan lokasi dan zon waktu, jenis dan versi pasang masuk pelayar, sistem pengendalian dan platform, masa respons halaman dan ralat muat turun, laman web anda lawati sebelum dan selepas laman web kami, tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman dan pelbagai kaedah yang digunakan untuk semak lalu daripada halaman agar dapat memahami bagaimana orang ramai menggunakan laman web kami supaya kami dapat membuat penambahbaikan.
  • Perlu untuk kepentingan sah kami (untuk menyemak prestasi laman web kami agar dapat meningkatkan fungsinya).
Kami memahami bahawa anda mungkin memilih untuk tidak menghubungi dengan dengan butiran produk, perkhidmatan atau promosi kami. Kami menyimpan rekod pilihan anda untuk memastikan bahawa kami tidak menghubungi anda sekiranya anda telah meminta agar kami tidak berbuat demikian. Kami mungkin perlu untuk memproses maklumat peribadi anda tertentu  (seperti nama dan alamat e-mel) agar dapat melakukannya.
  • Perlu untuk kepentingan sah kami (untuk mengekalkan).
DENGAN SIAPA KAMI KONGSI MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi anda adalah untuk PEUK, dan mungkin dikongsi dengan pihak ketiga dalam keadaan tertentu.

 

Laman web kami mungkin dari semasa ke semasa mengandungi pautan ke dan dari laman web rakan niaga atau eksekutif kami. Sekiranya anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila  ambil perhatian bahawa laman web ini mempunyai notis privasi masing-masing dan bahawa kami tiada kawalan terhadap bagaimana mereka mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi anda. Anda seharusnya menyemak notis privasi laman web pihak ketiga sebelum mengemukakan apa-apa maklumat peribadi kepada mereka.

  • Kumpulan syarikat-syarikat PEUK. Kami mungkin kongsikan  maklumat peribadi anda dengan kumpulan syarikat atau syarikat-syarikat eksekutif agar dapat mentadbir perniagaan kami, menjawab persoalan anda, dan  mengendalikan aktiviti lain yang dinyatakan dalam Notis Privasi.
  • Pembekal kami. Kami menggunakan syarikat-syarikat atau kontraktor-kontraktor lain (“Pembekal Perkhidmatan“) untuk memberikan perkhidmatan bagi pihak kami.  Kami mungkin kongsi maklumat peribadi dengan kategori-kategori Pembekal Perkhidmatan berikut:
  • Pembekal perkhidmatan infrastruktur dan teknologi maklumat (IT);
  • Syarikat insurans;
  • Penasihat undang-undang;
  • Juruaudit; dan

Semasa menyediakan perkhidmatan sedemikian,  Pembekal Perkhidmatan mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi. Bagaimanapun, kami hanya memberi Pembekal Perkhidmatan maklumat yang perlu untuk mereka menjalankan perkhidmatan, dan meminta mereka agar tidak menggunakan maklumat anda untuk sebarang tujuan lain. Kami akan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan bahawa semua Pembekal Perkhidmatan yang bekerja dengan kami menyimpan maklumat peribadi dengan selamat.

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan atau berkongsi maklumat untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau peraturan (sebagai contoh, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak polis, pengawal selia, agensi kerajaan atau, kehakiman atau pentadbiran). Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi apabila pendedahan adalah perlu untuk kepentingan sah bagi melindungi atau mempertahankan hak undang-undang atau apabila dikehendaki untuk melakukannya dengan pihak berkuasa tempatan Malaysia.

Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga  berkaitan dengan penyusunan semula, penstrukturan semula,  penggabungan, perolehan atau pindahan aset.  Dalam keadaan perubahan sedemikian, kami akan meminta pihak yang menerima untuk menyifatkan maklumat peribadi anda secara konsisten dengan Notis Privasi ini.

DI MANA KAMI SIMPAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda mungkin akan dipindahkan kepada, dan disimpan di destinasi di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA“) dan/atau U.K. Maklumat peribadi juga mungkin akan diproses oleh staf yang beroperasi di luar EEA dan/atau U.K. dan mereka yang bekerja dengan kami atau salah satu Pembekal Perkhidmatan.

 

Sekiranya PEUK menghantar maklumat anda ke sebuah negara yang bukan dalam EEA dan/atau U.K., kami akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi menurut undang-undang perlindungan data yang dikenakan, termasuk, sekiranya perlu, memasuki klausa kontrak piawaian E.U. (atau langkah yang setara) dengan pihak di luar EEA dan/atau U.K. (sekiranya berkenaan) menerima maklumat peribadi.

BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami hanya akan menyimpan data peribadi selagi secara munasabahnya perlu bagi tujuan mengumpul data dan setakat undang-undang yang berkenaan (termasuk untuk tujuan memenuhi kehendak undang-undang, peraturan, cukai, perakaunan atau pelaporan) membenarkannya. Kami mungkin menyimpan data peribadi anda untuk tempoh lebih lama sekiranya berlaku aduan atau jika kami secara munasabahnya percaya terdapat prospek litigasi berkenaan dengan hubungan kami dengan anda. Apabila kami tidak lagi perlu untuk menggunakan maklumat anda, kami akan mengeluarkannya daripada sistem dan rekod kami dan/atau mengambil langkah-langkah untuk segera mengekalkan ketanpanamaan supaya anda tidak lagi dapat dikenal pasti daripadanya.

Bagi menentukan tempoh penyimpanan data peribadi adalah wajar, kami mengambil kira amaun, sifat semulajadi dan sensitiviti data peribadi, potensi risiko bahaya daripada kegunaan tanpa kebenaran atau pendedahan data peribadi anda, tujuan kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami dapat mencapai tujuan-tujuan tersebut menerusi cara lain, dan undang-undang, peraturan, cukai, perakaunan berkenaan atau kehendak lain.

KESELAMATAN

Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam usaha untuk melindungi maklumat peribadi dalam kawalan kami, termasuk mengehadkan akses kepada maklumat peribadi hanya kepada kakitangan dan Pembekal Perkhidmatan yang dibenarkan serta yang perlu mengetahui tentang maklumat sedemikian untuk tujuan dinyatakan dalam Notis Privasi, serta perlindungan teknikal, pentadbiran dan fizikal.

 

Manakala kami berusaha untuk sentiasa melindungi sistem, laman, operasi dan maklumat daripada akses, penggunaan, pengubahsuaian dan pendedahan yang tidak dibenarkan, disebabkan oleh sifat semulajadi Internet sebagai alat komunikasi global terbuka dan faktor risiko lain, kami tidak dapat menjamin sebarang maklumat,  semasa penghantaran atau semasa disimpan dalam sistem kami, akan benar-benar selamat daripada pencerobohan oleh individu lain, seperti penggodam.

PILIHAN ANDA/HAK PRIVASI ANDA (SEKIRANYA ANDA DI EEA ATAU UK)

Sekiranya anda berada di  EEA atau U.K., anda mempunyai pelbagai hak berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi anda, setiapnya diterangkan di bawah.

Anda mempunyai hak untuk meminta salinan maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda. Bagi privasi dan keselamatan peribadi anda, kami mungkin menghendaki anda untuk membuktikan identiti anda sebelum memberikan maklumat yang diminta mengikut budi bicara kami.

Anda berhak untuk mendapatkan maklumat peribadi yang tidak lengkap atau tidak tepat yang kami proses tentang anda diperbetulkan.

Anda berhak untuk meminta agar kami memadam maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda, kecuali kami tidak diwajibkan untuk berbuat demikian sekiranya kami perlu menyimpan data tersebut untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau bagi tujuan penetapan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang.

Anda mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda apabila anda percaya data tersebut tidak tepat, pemprosesan kami menyalahi undang-undang atau kami tidak perlu lagi memproses data tersebut untuk tujuan tertentu, tetapi apabila kami tidak dapat memadamkan data tersebut disebabkan oleh kewajipan undang-undang atau lain-lain, atau kerana anda tidak mahu kami memadamkannya. Dalam kes sedemikian, kami akan menandakan maklumat peribadi yang disimpan dengan tujuan mengehadkan pemprosesan tertentu untuk tujuan tertentu mengikut permintaan anda, atau sebaliknya menyekat pemprosesannya.

Anda mempunyai hak untuk memperoleh maklumat peribadi kami simpan mengenai anda, dalam

format berstruktur, elektronik, dan untuk menghantar data tersebut kepada pengawal data lain, yang ini merupakan (a) maklumat peribadi yang anda telah berikan kepada kami, dan (b) jika kami memproses data tersebut berdasarkan persetujuan anda atau untuk melaksanakan kontrak dengan anda dan (c) data tersebut diproses secara automatik. Selain itu, anda mempunyai hak untuk menghendaki kami menghantar data peribadi tersebut terus kepada pengawal lain, jika dapat dilaksanakan secara teknikal. Hak ini tidak terpakai jika ia menjejaskan hak dan kebebasan orang lain.

Apabila justifikasi undang-undang untuk pemprosesan maklumat peribadi anda merupakan kepentingan sah kami, anda berhak untuk membantah pemprosesan sedemikian atas alasan yang berkaitan dengan situasi tertentu bagi anda. Kami akan mematuhi permintaan anda melainkan kami mempunyai alasan sah yang kukuh untuk pemprosesan yang mengatasi kepentingan dan hak anda, atau jika kami perlu terus memproses data bagi tujuan penetapan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang.

Jika anda telah bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, secara percuma. Ini termasuk apabila anda ingin memilih untuk tidak terlibat dalam mesej pemasaran.

Anda boleh mengemukakan permintaan untuk menggunakan mana-mana hak ini berhubung dengan maklumat peribadi anda dengan menghantar permintaan melalui pos kepada Prima Ekuiti (UK) Limited, Suite 2, Tingkat 9, Berkeley Square House, Berkeley Square, London, W1J 6DD atau emel kepada privacy@primaekuiti.co.uk. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menghendaki anda untuk membuktikan identiti anda sebelum memberikan maklumat yang diminta. Ini adalah langkah keselamatan untuk memastikan data peribadi tidak didedahkan kepada mana-mana orang yang tidak berhak menerimanya. Kami juga mungkin menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan permintaan anda untuk mempercepat respons kami.

 

Anda juga berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan sekiranya anda percaya bahawa kami tidak mematuhi kewajipan perlindungan data kami. Jika anda berpangkalan di U. K. atau isu tersebut berkaitan dengan U.K., Pejabat Pesuruhjaya Penerangan boleh dihubungi seperti berikut:

      Telefon: +44 0303 123 1113
      Emelcasework@ico.org.uk
      Laman Webwww.ico.org.uk
      Borang Webwww.ico.org.uk/concerns/
      Alamat: Wycliffe House, Water Lane, Wilmslow, Cheshire, SK9 5AF

 

Jika anda berpangkalan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau isu yang anda ingin aduan berlaku di tempat lain dalam EEA, sila klik sini: http://ec.europa.eu/ bagi senarai pihak berkuasa perlindungan data tempatan di negara-negara dalam EEA kami beroperasi.

 

Ambil perhatian bahawa hak yang digariskan di atas hanya meliputi maklumat peribadi.

PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI

Notis Privasi ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi terjemahan notis ini, versi bahasa Inggeris hendaklan diguna pakai.

 

Kami berhak untuk mengubah Notis Privasi kami dari semasa ke semasa. Jika kami memutuskan untuk mengubah Notis Privasi kami, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan ini melalui makluman pada halaman utama laman web global kami.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Notis Privasi ini dan/atau dasar-dasar dan amalan-amalan privasi pembekal perkhidmatan kami, sila hubungi privacy@primaekuiti.co.uk, atau : Prima Ekuiti (UK) Limited, Suite 2, Tingkat 9, Berkeley Square House, Berkeley Square, London, W1J 6DD.

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Men...

Cadangan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Centralised Application Monitoring Tools (CAMT) untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pen...

Cadangan Rangka Kerja Perancangan, Pengurusan, Pengendalian Teknikal, Produksi dan Kerja-Kerja Kreatif untuk keseluruhan acara KWAP Inspire Conference 2024

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami