Page 48 - KWAP_AR2022
P. 48

46             KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI




                                                 MENUJU HARI ESOK
                                                YANG LEBIH MAMPAN



           UNTUK WARGA KERJA KAMI

          PENGURUSAN BAKAT
          KWAP terus meningkatkan dan melaksanakan program perancangan penggantian yang kukuh untuk mengenal pasti dan
          membangunkan bakat dalaman untuk tugas-tugas penting dan jawatan kepimpinan. Ini memastikan kami mempunyai
          calon pemimpin berwibawa yang boleh memenuhi jangkaan TERAS 5 dan terus membantu KWAP melalui penstrukturan
          semula organisasi (OGS). Antara usaha dan pencapaian pada 2022 melalui inisiatif Pengurusan Bakat KWAP dan program
          perancangan penggantian adalah seperti yang berikut:
          1.  Penambahbaikan program Kumpulan Bakat, dilaksanakan untuk mengenal pasti dan membentuk kumpulan kakitangan
             berpotensi tinggi yang berupaya memikul peranan kepimpinan pada masa akan datang dalam organisasi;
          2.   Penggantian Kumpulan Bakat ke dalam jawatan penting di KWAP. Buat masa ini, 67% daripada jawatan penting telah
             diisi melalui penggantian bakat dalaman;
          3.   Penilaian Kepimpinan Pengurusan Kanan telah dijalankan pada 2022 untuk mengenal pasti jurang kepimpinan dan
             seterusnya meningkatkan keseluruhan penjajaran kepimpinan untuk penambahbaikan prestasi dan libat urus antara
             kakitangan dan barisan pengurusan di KWAP;
          4.   Peminjaman bakat berpotensi tinggi ke anak syarikat KWAP, Prima Ekuiti (UK) Limited (Prima Ekuiti) di UK sebagai
             inkubasi dan platform pembangunan untuk pengalaman intensif dan mendalam untuk pembangunan kepimpinan;
          5.   Penempatan bakat-bakat kepada syarikat-syarikat rakan strategik, pengawal selia dan pihak berkepentingan seperti
             LTAT, MOF dan SC untuk inisiatif kerajaan iaitu PERKUKUH dalam berkongsi kepakaran dan pada masa yang sama,
             membangunkan dan memberi pendedahan kepada bakat-bakat KWAP; dan
          6.   Bimbingan Kepimpinan Eksekutif terus menyediakan bimbingan yang diperibadikan kepada bakat-bakat bagi
             membantu mereka dalam membangunkan kemahiran kepimpinan. Jurulatih eksekutif yang bertauliah dari industri
             menawarkan sesi bimbingan yang mengambil masa tiga sehingga enam bulan bagi tujuan penambahbaikan
             kemahiran kepimpinan.

          Program KWAP Young Talent (KYT) 2022
          Program KYT adalah program pelatih pengurusan yang diperkenalkan
          pada 2014. Program ini menyediakan peningkatan kerjaya dan
          peluang pembelajaran melalui pelbagai intervensi untuk meningkatkan
          kecekapan bakat muda serta pengetahuan perniagaan dan
          kepimpinan dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi pakar dan
          pemimpin pada masa akan datang di KWAP.
          Sejumlah 28 bakat baharu telah mengambil bahagian dalam Program
          KYT pada 2022. Bakat-bakat ini terdiri daripada graduan tempatan
          dan luar negara meliputi pelbagai disiplin. Secara keseluruhan,
          KWAP melalui program ini telah mengambil 128 bakat muda sejak
          2014.
          Kami mengalu-alukan kemasukan KYT 2022 yang pertama pada Ogos
          2022 diikuti dengan kemasukan kedua pada Oktober dan seterusnya
          pada Disember. Bakat-bakat KYT kami menjalani latihan bersemuka
          selama sebulan termasuk program pengenalan untuk membangunkan
          kemahiran  interpersonal dan kemahiran  insaniah,  dan pengenalan
          kepada organisasi sebelum ditugaskan ke jabatan masing-masing.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53