Page 44 - KWAP_AR2022
P. 44
42 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI
MENUJU HARI ESOK
YANG LEBIH MAMPAN
UNTUK KOMUNITI
Kasih KWAP 2022
Kasih KWAP merupakan program tahunan yang dianjurkan untuk
menyambut ketibaan bulan Ramadhan bersama golongan kurang
bernasib baik.
KWAP menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan pihak
berkepentingan serta masyarakat setempat. Ini termasuk:
• Agihan 1,680 kotak kurma kepada kakitangan KWAP, pesara,
persatuan pencen dan pihak berkepentingan lain.
• Menganjurkan lima sesi ‘Tazkirah Ramadhan’ berkenaan topik
semasa bersama Ustaz Dato’ Daud Che Ngah, Dr Zaharuddin
Abd Rahman, Ustaz Azri Abd Rajid, Ustaz Muhammad Harith
Md, dan Dato’ Mohd Fadzilah Kamsah.
• Aktiviti Membeli Belah Hari Raya bersama 60 kanak-kanak yang
berusia antara tiga tahun sehingga 20 tahun dari Pertubuhan
Warisan Suci dan Nur Kasih Bestari. 15 sukarelawan KWAP
turut hadir untuk membantu kanak-kanak ini memilih pakaian
serta keperluan mereka sempena Hari Raya yang seterusnya
disusuli dengan majlis berbuka puasa.
• Menganjurkan Ihya Ramadhan 2022 dengan sokongan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rembau. Lebih
daripada 20 sukarelawan KWAP dan ahli jawatankuasa
Pusat Aktiviti Warga Emas dari JKM mengambil bahagian
dalam penyediaan bubur lambuk dan dodol. Sejumlah 600
pek Ramadhan diagihkan kepada Hospital Rembau, Pejabat
Tanah dan Daerah, Masjid Rembau, Jabatan Pendidikan
Daerah, Kolej Komuniti Rembau, Pejabat Kesihatan Daerah
dan pesara yang menetap di kawasan sekitar.
• Sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Rumah Seri
Kenangan, Seremban sebagai sebahagian daripada usaha
amal KWAP. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu 13
warga emas dan pesara dalam membeli keperluan harian
mereka.