Page 42 - KWAP_AR2022
P. 42
40 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI
MENUJU HARI ESOK
YANG LEBIH MAMPAN
UNTUK INDUSTRI
Sesi Dialog Tertutup mengenai Tadbir Urus Iklim
Majlis Pelabur Institusi (IIC) dan KWAP menjadi tuan rumah untuk
Sesi Dialog Tertutup mengenai Tadbir Urus Iklim - A Standing Item
in Board Agendas pada 24 Ogos 2022 di DoubleTree by Hilton
di mana pengasas dan pengerusi Inisiatif Tadbir Urus Iklim (CGI),
Karina Litvack, dijemput sebagai penceramah tetamu istimewa.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP diberi peluang menyampaikan
ucapan bertajuk ‘Climate Governance Moving Mainstream’ untuk
berkongsi pandangan dan mewujudkan kesedaran berhubungan isu
tadbir urus iklim. Sesi dialog ini membolehkan ahli-ahlinya berkongsi
idea yang mencabar pemikiran dan maklum balas terhadap tadbir
urus iklim, memahami isu-isu alam sekitar dan sosial serta peranan
Ahli Lembaga dalam membuat pertimbangan bijak antara pelbagai
konstituen dalam persekitaran di mana ia beroperasi.
Larian Kewangan 2022
Pada Oktober 2022, MOF di bawah Majlis Kebajikan dan
Anggota-Anggota Kementerian Kewangan (MKSAKK) mengadakan
Larian Kewangan 2022 bersempena Hari Sukan Negara. Program
ini berlangsung di Tasik Cyberjaya dan menyaksikan penyertaan
lebih 1,200 peserta daripada pelbagai agensi di bawah MOF,
termasuk 68 peserta daripada KWAP. KWAP juga membuka reruai
untuk mempromosi aplikasi mudah alih MyPesara dan mengambil
peluang untuk mengedarkan poskad MyPesara kepada para
peserta dan orang awam.
Bintang Kewangan
KWAP telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi
Bintang Kewangan 2022, yang merupakan pertandingan nyanyian
yang menampilkan penyanyi berbakat daripada semua agensi di
bawah MOF. Acara ini diadakan di INSPEN, Bangi pada 20 Julai,
dan dihadiri oleh 600 wakil daripada agensi termasuk Menteri
Kewangan sebagai tetamu kehormat. KWAP diwakili oleh Moh
Busyrol Kariim Kholil, manakala wakil daripada MOF telah muncul
sebagai juara dalam pertandingan nyanyian ini. Dua kategori baharu
telah diperkenalkan di mana Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam (LPPSA) membawa pulang hadiah Kumpulan Sorak
Agensi Terbaik manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(HASiL) telah memenangi hadiah untuk Pakaian Kumpulan Sorak
Agensi Terbaik.