Page 45 - KWAP_AR2022
P. 45

MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI  Laporan Tahunan 2022  43










           UNTUK WARGA KERJA KAMI

          Townhall Bulanan Bersama Ketua Pegawai Eksekutif
          Townhall  bulanan  diadakan  sebagai  platform  untuk  Ketua
          Pegawai Eksekutif berkongsi perkembangan terkini organisasi
          dan aktiviti-aktiviti yang akan datang. Ia memberi peluang untuk
          kakitangan untuk mengajukan soalan dan berkongsi pendapat.
          Sesi libat urus yang aktif ini merupakan unsur penting bagi
          budaya KWAP yang menggalakkan keterbukaan, keikhlasan
          dan keterangkuman dalam organisasi. Melalui sesi  townhall ini,
          ia menggalakkan persekitaran kerja yang positif di kalangan
          kakitangan.




          Majlis Hari Raya KWAP
          Selepas dua tahun program ini dihentikan berikutan pandemik,
          KWAP kembali mengadakan Majlis Hari Raya pada Mei 2022 bersama
          warga kerja KWAP, pihak berkepentingan serta tetamu-tetamu
          korporat. Majlis ini menyediakan satu platform untuk mengeratkan
          hubungan antara satu sama lain, mengukuhkan tali persahabatan
          antara rakan sekerja baharu serta lama dan memupuk budaya kerja
          positif di KWAP.




          Majlis Makan Malam Tahunan

          Majlis Makan Malam KWAP dianjurkan pada 30 September 2022
          dengan tema  ‘Rock of All Ages.’ Program ini menyaksikan 665
          warga kerja mengenakan pakaian mengikut tema sambil menikmati
          pelbagai aktiviti menarik sepanjang malam tersebut. Selain
          mengukuhkan perhubungan, program ini memberi peluang untuk
          mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang tahun lalu
          dan bersama-sama berganding bahu untuk mencapai masa hadapan
          yang lebih baik. Secara keseluruhannya, ia merupakan satu program
          istimewa yang dihargai oleh semua kakitangan KWAP.
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50