Page 49 - KWAP_AR2022
P. 49
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI Laporan Tahunan 2022 47
UNTUK WARGA KERJA KAMI
PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN
Latihan
Kesedaran akan keperluan dalam memastikan tenaga kerja
tangkas dari segi pengetahuan dan kemahiran telah membawa
kepada pelaksanaan pelbagai infrastruktur pembelajaran. Pilihan
pembelajaran yang ditawarkan termasuk program awam,
persidangan, seminar, program latihan dalaman, perkongsian
pengetahuan jabatan dan Learning Zone, Learning Management
System (LMS) KWAP. Penawaran pembelajaran dilaksanakan
di dalam rancangan latihan tahunan yang komprehensif, yang
diumumkan kepada semua kakitangan setiap suku tahun. Beberapa
program juga melibatkan kaedah pembelajaran dalam bentuk
gamifikasi. Ini memastikan pembelajaran sentiasa pada tahap
tertinggi apabila peserta terlibat sepenuhnya.
Impak Latihan
i. Pada 2022, semua jabatan memenuhi sasaran hari pembelajaran yang ditetapkan;
ii. 65 program dalaman terdiri daripada program secara bersemuka dan maya telah diadakan, serta 402 program awam
berbayar telah dijalankan bagi memenuhi keperluan teknikal dan kepimpinan kakitangan; dan
iii. Secara keseluruhannya, purata hari pembelajaran bagi tahun 2022 adalah lebih banyak daripada 2021 iaitu 11.2 hari
berbanding 10.7 hari.
The Learning Zone, Learning Management System (LMS) KWAP
Dalam memenuhi permintaan berterusan terhadap pembelajaran
digital, KWAP mewujudkan LMS. LMS bertujuan melengkapi
penawaran latihan konvensional serta menjadi platform yang
menggalakkan fleksibiliti dalam pembelajaran di mana kakitangan
boleh mendapat pengetahuan dan kemahiran tanpa kekangan
tempat dan masa secara berterusan. LMS buat masa ini
menyediakan sehingga 60,000 kursus latihan untuk pengguna
menerusi laman LMS.
Impak Latihan
i. Pembelajaran sendiri jelasnya boleh menjadi satu cabaran untuk setiap orang. Oleh itu pada 2022, kami telah
memperkenalkan pendekatan baharu di mana penggerak pembelajaran telah dilantik dari setiap jabatan untuk
bertanggungjawab ke atas perjalanan pembelajaran jabatan mereka. Penggerak pembelajaran bersama-sama Ketua
Jabatan bukan sahaja mengenal pasti kursus-kursus teras di LMS yang dianggap penting dan relevan, mereka juga
perlu merangka perjalanan dan memeriksa kemajuan setiap ahli pasukan. Kempen ini berbentuk pertandingan, di
mana kadar penyelesaian dilaporkan setiap bulan. Sasaran kempen ini adalah untuk membantu kakitangan beralih
kepada pembelajaran sendiri sehinggalah ia menjadi kebiasaan;
ii. Hasil daripada kempen ini, dua kitaran pembelajaran di LMS telah diperkenalkan pada 2022, diketuai oleh 56 penggerak
pembelajaran, yang membawa kepada pengwujudan 28 perjalanan pembelajaran; dan
iii. Pada 2022 sahaja, 6,115 modul telah diselesaikan di LMS berbanding 4,060 modul pada 2021.