Page 53 - KWAP_AR2022
P. 53
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI Laporan Tahunan 2022 51
UNTUK WARGA KERJA KAMI
HR Excellence Awards 2022 daripada Human Resources Online
yang mengiktiraf KWAP dengan:
i. Anugerah Gangsa untuk ‘Most People-Focused CEO’ kepada
Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed
ii. Anugerah Gangsa untuk ‘HR Leader of the Year’ kepada
Siti Ilmiah Binti Ramli
iii. Anugerah Gangsa untuk ‘Excellence in Workforce Mobility’
KWAP juga diiktiraf antara 50 peneraju majikan graduan di
bawah Graduate Brands Award 2022 di Malaysia. Pencapaian ini
membolehkan KWAP meningkatkan dan membina reputasi sebagai
majikan pilihan.
Anugerah-anugerah ini adalah bukti kepada usaha bersepadu
tenaga kerja KWAP yang berbakat dan sumbangan mereka dalam
mewujudkan persekitaran kerja di mana semua ahli mempunyai
keazaman untuk terus cemerlang. Pencapaian ini diterima ketika
pemulihan global daripada pandemik yang menunjukkan ketahanan
dan komitmen KWAP untuk membangunkan tenaga kerja dan serta
amalan pekerjaan.
Mengukuhkan Pengurusan Tindakan
Pada Mac 2023, KWAP menjalankan program Tatacara Berkerja yang bertujuan memberi pencerahan kepada kakitangan
mengenai jangkaan KWAP berhubung prestasi, tatalaku dan tata kelola. Program ini juga termasuk panduan tentang
cara-cara menangani isu-isu disiplin di tempat kerja. Inisiatif ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan
kakitangan akan kepentingan mematuhi dasar dan garis panduan KWAP serta tindakan yang dikenakan akibat daripada
sebarang bentuk salah laku atau prestasi kurang memuaskan.
Selain daripada program di atas, KWAP telah mengundang pelatih luaran bagi menjalankan latihan dalaman untuk
pengurus-pengurus tentang cara-cara mengurus salah laku, ketidakhadiran dan prestasi lemah kakitangan secara efektif.
Latihan ini menunjukkan betapa besarnya komitmen KWAP dalam mewujudkan persekitaran kerja sihat dan mengekalkan
standard yang tinggi daripada segi tatalaku kakitangan.
KWAP baru-baru ini melaksanakan Dasar Vaksinasi COVID-19, yang menggalakkan kakitangannya untuk divaksinasi
daripada virus tersebut. Dasar ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai orang mendapat vaksinasi
bagi melawan penularan virus ini. KWAP berharap bahawa menerusi dasar ini, ia boleh menyokong usaha vaksinasi negara
dan mewujudkan persekitaran kerja lebih selamat bagi semua kakitangannya.
Tambahan lagi, KWAP telah menerima Akta Pekerjaan (Pindaan) 2022, yang melanjutkan cuti paterniti daripada tiga hari
kepada tujuh hari. Oleh yang demikian, KWAP menunjukkan dedikasinya terhadap menggalakkan kesaksamaan antara
jantina dan keseimbangan kerjaya dan kehidupan dalam kalangan kakitangannya dan pada masa sama menjajarkan
dasarnya dengan matlamat kerajaan untuk menambah baik standard pekerjaan Malaysia. Lanjutan cuti paterniti ini
membolehkan golongan bapa untuk lebih melibatkan diri dalam kehidupan anak mereka pada peringkat awal.
Semua inisiatif ini menunjukkan pendekatan proaktif KWAP dalam memastikan persekitaran kerja yang sihat, pengurusan
kakitangan yang berkesan dan pematuhan kepada keperluan undang-undang.