Page 51 - KWAP_AR2022
P. 51
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI Laporan Tahunan 2022 49
UNTUK WARGA KERJA KAMI
Skim Bantuan Pendidikan
Walaupun pembangunan kemahiran bagi menutup jurang
kecekapan segera adalah penting, landskap pekerjaan yang
berubah-ubah menandakan ketidaktentuan peranan akan datang.
KWAP percaya akan perlunya peningkatan kemahiran berterusan
untuk menyediakan tenaga kerjanya untuk masa akan datang,
di mana kakitangan sentiasa digalakkan untuk menambah kelayakan
profesional mereka dengan mendaftar Skim Bantuan Pendidikan
KWAP. Skim ini terus menghasilkan bakat dengan kelayakan
dipertingkatkan untuk kakitangan KWAP secara keseluruhannya.
Impak Program
i. Pada 2022, lapan kakitangan tamat pengajian berbanding 17 kakitangan pada 2021, menghasilkan tiga Penganalisis
Kewangan Berkanun (CFA), dua Juruaudit Dalam Bertauliah (CIA), seorang pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan
(BBA) dan dua dengan Ijazah Sarjana;
ii. Pada 28 Mei 2022, KWAP telah diiktiraf sebagai salah satu daripada rakan majikan CFA Society Malaysia bagi
Program Pengiktirafan Majikan oleh Institut CFA. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan komitmen untuk memupuk
perjalanan profesional kakitangan dalam usaha mendapatkan kelayakan CFA. Dua kakitangan KWAP diberikan
anugerah piagam CFA pada program ini kerana berjaya lulus semua peringkat program CFA, di mana ia merupakan
salah satu kecemerlangan dalam kerjaya pengurusan pelaburan; dan
iii. Sehingga kini, lebih 20 kakitangan menyambung pendidikan profesional dan tinggi di bawah skim secara aktif,
termasuk program CFA, Pensijilan dalam Jaminan Pengurusan Risiko® (CRMA®), Sijil Pasaran Kewangan Malaysia
(PKMC), Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan program pendidikan tinggi.
LIBAT URUS KAKITANGAN
KWAP percaya libat urus yang berkesan adalah elemen penting terhadap keupayaan KWAP untuk mencipta nilai kerana
kami memperakui bahawa kakitangan adalah aset paling berharga.
Keprihatinan melalui Kaji Selidik Libat Urus Kakitangan 2022
KWAP menghargai maklum balas kakitangannya serta memahami keperluan serta kegusaran dan dorongan mereka
boleh membawa kepada pengalaman kakitangan yang positif. Untuk mencapai semua ini, KWAP menjalankan Kaji Selidik
Libat Urus Kakitangan (EES) pada September 2022 yang memberi pandangan berguna kepada barisan kepimpinan
dan organisasi berhubung pengalaman kerja mereka. Kaji selidik ini mencatat kadar penyelesaian yang tinggi daripada
kakitangan pada kadar 97%. Ia menunjukkan kesediaan mereka untuk berkongsi pandangan dan idea.
Berdasarkan keputusan kaji selidik, KWAP mendapati bahawa “Erti dan Tujuan” adalah penggerak libat urus tertinggi dalam
organisasi. Ini bermakna bahawa kakitangan mendapati pekerjaan mereka penuh bererti dan mempunyai tujuan, yang
boleh membawa kepada peningkatan motivasi dan kepuasan kerja. KWAP telah memberi keutamaan terhadap tindakan
sasaran pada 2023 bagi menangani jurang yang dikenal pasti dalam kaji selidik dan menambah baik libat urus kakitangan.
Bagi memudahkan proses ini, pengurus modal insan dilengkapi dengan peralatan dan keperluan untuk perbincangan lebih
bermakna dengan pasukan mereka mengenai keputusan kaji selidik dan menentukan tindakan susulan.
KWAP percaya bahawa pandangan yang diperoleh daripada keputusan EES ini dapat memahami dan menangani jurang
yang dikenal pasti yang boleh membawa kepada pengalaman kakitangan yang lebih baik dan persekitaran kerja yang lebih
bermakna. Dengan mengutamakan maklum balas kakitangan, KWAP menyasar untuk mewujudkan budaya tempat kerja di
mana kakitangan berasa dihargai.