Page 50 - KWAP_AR2022
P. 50

48             KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI




                                                 MENUJU HARI ESOK
                                                YANG LEBIH MAMPAN



           UNTUK WARGA KERJA KAMI

         Learning, Engagement and Advisory Programme (LEAP) KWAP
         LEAP KWAP adalah inisiatif untuk membina kerangka formal bagi
         mengukuhkan  perhubungan dengan pengurus dana luar (EFM) yang
         mengurus portfolio KWAP, disamping menekankan tambahan nilai dan
         perkongsian pengetahuan untuk dimanfaatkan oleh kakitangan KWAP.

         Impak Program
         i.   Pada 2021, enam sesi telah dijalankan oleh EFM, dan kehadiran
             disambut baik bagi semua sesi secara konsisten. Susulan
             daripada kejayaan LEAP pada 2021, ianya diteruskan pada 2022
             dengan merangkumi topik mengenai ‘Factor Investing’, ‘Sovereign
             Asset Management’,  ‘ESG Integration into Factor Investing’,
             dan juga ‘the Future of ESG’;
         ii.   Lima sesi berlangsung pada 2022 yang dikendalikan oleh
             penceramah berpengalaman daripada dua EFM yang dilantik
             oleh KWAP melalui platform dalam talian iaitu MS Teams; dan
         iii.   Purata 60 peserta mengambil bahagian dalam setiap sesi.
         Program Peningkatan Kemahiran KWAP

         Program Peningkatan Kemahiran KWAP yang dilancarkan pada
         Oktober 2020 adalah salah satu daripada kualiti yang diutamakan
         oleh KWAP, iaitu semangat pembelajaran sepanjang hayat dan
         peningkatan kemahiran. Program ini direka untuk kakitangan bukan
         eksekutif dengan kerjasama Sekolah Perniagaan Antarabangsa
         Azman Hashim (UTM-AHIBS)  yang membolehkan tenaga kerja
         kami memenuhi piawaian industri, mengorak laluan bagi kemajuan
         kerjaya dan menghasilkan bakat yang cekap dan sedia masa
         hadapan secara berterusan. Program Peningkatan Kemahiran KWAP
         membuka laluan kepada perancangan penggantian yang ditambah
         baik bagi kakitangan dalaman KWAP, termasuk pada peringkat
         bukan eksekutif.
         Susulan tamatnya program UPSKILL 1.0 dengan UTM-AHIBS,
         KWAP menerima pengiktirafan industri di Employee Experience
         Awards 2022. KWAP adalah antara tiga finalis untuk kategori ‘Best
         Organisational Upskilling and Reskilling Strategy’ pada Jun 2022.

         Impak Program
         i.   Daripada kejayaan ini, KWAP meneruskan usaha sama dengan
             UTM-AHIBS, yang kini dikenali sebagai UPSKILL 2.0. 16
             kakitangan  yang  berdedikasi  telah  didaftarkan  dan  program
             dijadualkan berakhir pada Disember 2023.
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55