Page 52 - KWAP_AR2022
P. 52
50 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI
MENUJU HARI ESOK
YANG LEBIH MAMPAN
UNTUK WARGA KERJA KAMI
Model Kerja Hibrid sebagai Pekerjaan Masa Hadapan
KWAP komited dalam menyediakan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat kepada kakitangannya serta memahami
kepentingan fleksibiliti dalam persekitaran pekerjaan yang bergerak pantas pada masa kini. Berikutan daripada pandemik,
KWAP telah mengambil inisiatif memperkenalkan model kerja hibrid yang membenarkan kakitangannya untuk bekerja dari
jauh sebanyak dua hari seminggu sementara mengekalkan tiga hari untuk berkerja dari pejabat. Bagi menggalakkan lagi
nilai kolaborasi dalam pejabat, KWAP memperkenalkan Blackout Wednesday, di mana semua kakitangan mesti bekerja
dari pejabat pada setiap hari Rabu dalam setiap minggu.
KWAP percaya bahawa interaksi secara bersemuka adalah penting dalam membina hubungan kukuh dan mengekalkan
penglibatan kakitangan. Bagi menyokong matlamat ini, KWAP melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyokong pekerjaan
hibrid, termasuk program utama seperti HR Marketplace and Victory Team Mingling at Department (VITAMIN D). VITAMIN
D telah berjaya dilaksanakan buat kali keduanya dengan tahap penyertaan lebih besar daripada tahun sebelumnya di mana
20 jabatan mengambil bahagian. Program-program ini memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi antara
satu sama lain dan mengukuhkan perhubungan serta membolehkan KWAP menjadi organisasi berkendiri yang kreatif dan
membuka ruang untuk sesi jalinan antara pasukan.
Dengan mengutamakan kesejahteraan kakitangan dan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, KWAP terus
mewujudkan budaya kerja yang menyokong dan melibatkan semua kakitangan yang menghargai fleksibiliti, kolaborasi
dan produktiviti.
Menyokong Kesihatan Mental
KWAP komited dalam menyediakan persekitaran prihatin dan sihat untuk kakitangannya. Kelayakan Rehat Daripada
Kerjaya (Career Break) adalah antara penawaran manfaat KWAP. Ia membolehkan kakitangan mengambil masa rehat,
meneruskan minat peribadi atau mendapatkan kemahiran baharu.
Bagi memastikan proses pelaksanaan yang lancar, KWAP telah menetapkan garis panduan jelas yang meliputi kriteria
kelayakan, proses permohonan serta terma dan syarat Rehat Daripada Kerjaya. Kakitangan KWAP menerima baik inisiatif
ini dan empat orang kakitangan telah memanfaatkan peluang ini untuk berehat seketika daripada bekerja pada 2022.
Sebagai tambahan kepada kelayakan Rehat Daripada Kerjaya, KWAP menawarkan sesi terapi menerusi program Amity
Wellness, yang merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Kakitangan (EAP). Inisiatif ini membuktikan komitmen
KWAP terhadap kesejahteraan fizikal dan mental kakitangannya dan juga bukti kepada pelaburannya dalam mengekalkan
tenaga kerja yang sihat dan produktif. Menurut laporan yang disediakan oleh rakan EAP kami, program Amity Wellness
dimanfaatkan oleh seramai 14 kakitangan pada 2022.
KWAP percaya bahawa melabur dalam kesejahteraan warga kerja akan mendatangkan manfaat jangka panjang untuk
organisasi dan kakitangannya. Dengan menawarkan pakej manfaat komprehensif, KWAP mencipta persekitaran yang
menyokong dan mendorong kakitangannya untuk melaksanakan kerja mereka dengan cemerlang, seterusnya menghasilkan
produktiviti dan kepuasan kerja yang lebih tinggi.
Pengiktirafan sebagai Majikan Pilihan
Penyertaan KWAP dalam anugerah pengiktirafan majikan sepanjang 2022 menunjukkan
komitmen kami untuk menanda aras terhadap amalan terbaik industri. KWAP adalah penerima
lima anugerah yang mengiktiraf pelaburan kami dalam warga kerja dan amalan sumber manusia
yang kukuh. Anugerah ini merupakan penghargaan atas komitmen tidak berbelah bahagi KWAP
dalam membangunkan budaya bertumpukan modal insan dan dalam menyediakan peluang
hebat untuk kemajuan dan pembangunan kakitangan.
MIHRM 22 Malaysia-International HR Awards 2022 daripada Malaysian Institute of Human
nd
Resource Management (MIHRM) telah memberi pengiktirafan kepada:
i. Anugerah Perak untuk ‘Employer of Choice (Public Sector Category)’
ii. Anugerah Emas untuk ‘Young HR Talent Award’ yang memberi pengiktirafan kepada
Siti Sabariah Binti Ahmad Murtazam