Page 47 - KWAP_AR2022
P. 47
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI Laporan Tahunan 2022 45
UNTUK WARGA KERJA KAMI
#KWAPSEJIWA – Sambutan Merdeka
• Seni@KWAP
i. Aktiviti berlangsung sepanjang bulan dengan objektif
utama untuk menzahirkan penghargaan dan pembelajaran
berhubung hasil seni KWAP yang bertemakan
kemerdekaan dalam kalangan kakitangan. Seramai 16
kakitangan memuat naik gambar swafoto mereka untuk
pertandingan ini.
• Bicara Seni
i. Bicara Seni diadakan pada 15 September 2022 di ruang
lobi, Aras 6, Menara Integra, dan
ii. Sesi perkongsian diadakan untuk kakitangan dalam
memahami seni dan perspektifnya. Sesi ini menumpukan
kisah di sebalik arca ‘Beringin Bebas’, yang dihasilkan oleh
artis tempatan, Jamil Zakaria.
Pemukiman Barisan Pengurusan
Dengan beberapa pelantikan baharu pasukan pengurusan KWAP,
program pemukiman dua hari pada 15 dan 16 Oktober 2022 telah
diadakan di Janda Baik, Pahang. Bertemakan ‘Off-Site but On
Track Road Trip’ yang melibatkan 20 orang pegawai tertinggi dan
ketua-ketua jabatan. Ianya merupakan satu platform yang sangat
berkesan untuk berhubung dan bekerjasama dalam persekitaran
santai, serta mengeratkan hubungan silaturrahim melalui
aktiviti-aktiviti yang menarik.