Page 43 - KWAP_AR2022
P. 43

MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI  Laporan Tahunan 2022  41










           UNTUK KOMUNITI

          Sesi Libat Urus Berkaitan Persaraan

          Sesi ceramah dan taklimat telah diadakan sepanjang tahun ini untuk penjawat awam dan bakal pesara mengenai manfaat
          persaraan mereka dan hal-hal lain berkaitan pencen.

          KWAP telah berjaya mengendalikan sejumlah 36 ceramah di seluruh negara sepanjang 2022. Sebagai perbandingan,
          34 program telah dikendalikan pada 2021. Libat urus ini terdiri daripada 10 program yang dijalankan secara maya
          sementara 26 lagi adalah sesi bersemuka yang berlangsung di seluruh Malaysia. Program bersemuka telah diadakan
          sekali untuk setiap negeri di Kelantan, Terengganu, Putrajaya, Labuan dan Sarawak; manakala Johor, Negeri Sembilan
          dan Perak pula sebanyak dua kali; Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor sebanyak tiga kali; dan enam program telah
          dijalankan di Melaka.

          Ini merupakan tambahan kepada tujuh program penglibatan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perancangan
          Kewangan Seminar untuk Pesara 2022 dan Seminar Perancangan Kewangan untuk Bakal Pesara 2022.
          Pada masa yang sama, KWAP terus menjalankan dan mengambil bahagian dalam program penglibatan secara terus
          untuk para pesara dan bakal pesara yang ingin mendapatkan maklum balas yang jelas dalam hal-hal berkaitan pencen.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48