Page 41 - KWAP_AR2022
P. 41
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI Laporan Tahunan 2022 39
UNTUK INDUSTRI
Hari Terbuka GLC
Hari Terbuka GLC 2022 dengan tema ‘Aspirasi Negara Inspirasi
Rakyat’ telah dianjurkan oleh MOF dari 11 sehingga 13 Mac 2022
di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Acara ini telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, yang menyasarkan lebih
10,000 pengunjung. Objektifnya adalah untuk mewujudkan peluang
pekerjaan, mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi pasca
pandemik, mencapai piawaian global untuk pembangunan ekonomi
negara dan meningkatkan kesedaran awam tentang peranan dan
sumbangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan/syarikat-syarikat
pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) kepada negara. KWAP
mengambil bahagian dalam acara ini sebagai pempamer beserta
agensi-agensi lain. Kakitangan KWAP turut berkhidmat sebagai
sukarelawan bagi memberi maklumat mengenai fungsi KWAP,
mempromosi aplikasi mudah alih MyPesara, menjalankan klinik
curriculum vitae (CV), mengadakan temuduga kerja serta mengambil
bahagian dalam sesi ceramah.
Persidangan Tadbir Urus SIDC 2022
Pada 23 September 2022, Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC)
dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC)
menganjurkan persidangan yang dinamakan ‘IIC – SIDC Corporate
Governance Conference 2022: Investment Stewardship in Times of
Heightened Sustainability Demands’ yang berlangsung di Dewan
Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ketua Pegawai
Eksekutif KWAP telah dijemput sebagai salah seorang penceramah
untuk berkongsi pandangan beliau mengenai pencapaian karbon
sifar bersih menjelang 2050. Persidangan ini juga menampilkan
wakil-wakil dari GLIC, sektor korporat dan pakar industri sebagai
penceramah dari dalam mahupun luar negara, serta ahli panel bagi
berkongsi pandangan mereka mengenai usaha tadbir urus dan
kemampanan.
Siri Ceramah Kepimpinan Pintar 2022
KWAP bersama-sama Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF) menjadi
tuan rumah untuk 5 Smart Leadership Talk Series 2022 yang
th
menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP dengan topik
‘Embracing Sustainability via Diversity’ pada 25 November 2022
di pejabat utama KWAP di Kuala Lumpur. Ia merupakan sesi
perkongsian pengetahuan yang disambut baik oleh lebih 50 tetamu
jemputan yang terdiri daripada individu-individu penting daripada
industri, mentor dan mentee WLF serta kakitangan KWAP.