Page 46 - KWAP_AR2022
P. 46

44             KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN NILAI




                                                 MENUJU HARI ESOK
                                                YANG LEBIH MAMPAN



           UNTUK WARGA KERJA KAMI

          #KWAPSEJIWA – Sambutan Merdeka
          Sambutan Merdeka diadakan pada setiap tahun dengan pelbagai inisiatif yang berimpak tinggi yang bertujuan untuk
          memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan kakitangan. Salah satu daripada kemuncak sambutan 2021
          adalah pelancaran #KWAPSejiwa, yang menampilkan dua program penting iaitu Forum Seni yang diadakan secara serentak
          dengan sambutan kemerdekaan yang ke-64 Malaysia dan juga penganjuran kelas seni maya pertama untuk kakitangan.
          Bagi mengekalkan momentum #KWAPSejiwa, KWAP meneruskan inisiatif ini pada 2022.
          Dengan tema ‘Teguh Bersama’, #KWAPSejiwa 2022 dijalankan sepanjang tempoh sebulan dengan memberi peluang
          kepada kakitangan KWAP untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang bertemakan kemerdekaan. Objektif
          inisiatif ini adalah untuk melonjakkan semangat patriotisme, kebersamaan dan keceriaan di tempat kerja. Aktiviti-aktiviti
          yang diadakan adalah termasuk:

          •   Kelas Seni Batik 2.0, di mana empat sesi diadakan di kedua-dua
             pejabat KWAP

          •   Permainan Gamit Kenangan
             i.   Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:


                                      Peserta perlu meneka nama
                  1.  Teka Kuih Kita
                                      kuih-muih tradisional.


                                      Peserta mempelajari tarian
                  2.  Tarian Magunatip
                                      buluh tradisional.



                                      Peserta  diuji  mengenai
                  3.  BahasaKu        pengetahuan Bahasa Melayu,
                     Keramat          simpulan   bahasa   dan
                                      gambar-gambar bertemakan
                                      kemerdekaan.

                                      Peserta perlu mengarang
                  4.  Sayembara Pantun  dan menyampaikan pantun
                                      bertemakan kemerdekaan.

                                      Peserta perlu menunjukkan
                                      kehandalan mereka menebar
                  5.  Tebar Roti Canai  roti canai bersama Juara
                                      Penebar Roti Canai yang
                                      merupakan juri jemputan.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51