Page 172 - KWAP_AR2022
P. 172
170 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.19 Rosot Nilai Aset Kewangan (sambungan)
(a) Instrumen kewangan yang diperakaunkan pada nilai Kos Yang Dilunaskan dan FVOCI (sambungan)
Definisi penjejasan dan rosot nilai kredit aset kewangan (sambungan)
(b) Kriteria Kualitatif:
Memenuhi kriteria kebarangkalian besar hutang tidak dibayar oleh pihak berkaitan yang menggambarkan
kesulitan kewangan yang signifikan oleh penghutang seperti:
• melanggar perjanjian kewangan;
• konsesi dari peminjam berkaitan dengan kesulitan kewangan penghutang;
• kebarangkalian besar bankrupsi atau penyusunan semula kewangan;
• penghutang yang insolven; dan
• kehilangan pasaran utama bagi aset kewangan disebabkan oleh kesulitan kewangan.
Kumpulan dan KWAP menilai rosot nilai kredit bagi setiap instrumen kewangan atas dasar individu.
(b) Hapuskira aset kewangan
Aset kewangan bagi Kumpulan dan KWAP dihapuskira, secara keseluruhan atau sebahagiannya, apabila
segala usaha pemulihan tidak berhasil dan berkesimpulan bahawa pemulihan adalah tidak munasabah.
Jangkaan pemulihan yang tidak munasabah dinilai berdasarkan ketiadaan sumber pendapatan atau aset
yang boleh menjana aliran tunai masa hadapan yang mencukupi bagi membiayai amaun pembayaran oleh
penghutang. Aset kewangan yang masih lagi tertakluk kepada aktiviti penguatkuasaan boleh dihapuskira
oleh Kumpulan dan KWAP.
2.20 Derivatif Instrumen Kewangan
Derivatif pada asalnya diiktiraf pada tarikh kontrak derivatif dimenterai dengan menggunakan nilai saksama dan
dinilai semula menggunakan nilai saksama pada setiap tarikh laporan. Perubahan pada nilai saksama instrumen
derivatif yang tidak layak untuk perakaunan lindung nilai diiktiraf dengan serta merta dalam untung atau rugi
termasuk untung atau rugi bersih atas perubahan nilai saksama derivatif tersebut.
2.21 Manfaat Pekerja
(a) Manfaat jangka pendek
Upah, gaji, bonus, caruman keselamatan social (PERKESO), caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) atau caruman pencen dan bayaran gratuiti kepada pekerja kontrak diiktiraf sebagai perbelanjaan
dalam tahun di mana perkhidmatan tersebut dilaksanakan oleh pekerja Kumpulan. Pampasan ketidakhadiran
jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar diiktiraf apabila perkhidmatan dilaksanakan oleh pekerja
yang kemudiannya meningkatkan kelayakan pekerja untuk pampasan ketidakhadiran yang akan datang.
Sementara itu, pampasan ketidakhadiran jangka pendek tidak terkumpul seperti cuti sakit diiktiraf apabila
ketidakhadiran berlaku.