Page 168 - KWAP_AR2022
P. 168
166 KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN) DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.17 Mata Wang Asing (sambungan)
(b) Transaksi dan baki dalam mata wang asing (sambungan)
Item-item bukan monetari yang didenominasi dalam mata wang asing yang dinyatakan pada kos sejarah
diterjemahkan menggunakan kadar tukaran mata wang pada tarikh asal transaksi. Item-item bukan monetari
yang didenominasi dalam mata wang asing yang dinyatakan pada nilai saksama diterjemahkan menggunakan
kadar tukaran mata wang pada tarikh nilai saksama tersebut ditentukan.
Perbezaan tukaran yang berikutan daripada terjemahan item bukan monetari yang dibawa pada nilai
saksama diiktiraf dalam Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun tersebut, kecuali bagi perbezaan
yang berikutan daripada terjemahan item bukan monetori di mana keuntungan dan kerugian yang berkaitan
diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain.
(c) Kendalian asing
Hasil kewangan dan kedudukan kewangan kendalian asing yang mempunyai mata wang fungsian yang
berbeza dengan mata wang persembahan Ringgit Malaysia dalam Penyata Kewangan digabungkan adalah
diterjemahkan kepada mata wang persembahan seperti berikut:
• Aset dan liabiliti kendalian asing diterjemahkan pada kadar tukaran mata wang penutup pada tarikh
laporan;
• Pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap Penyata Pendapatan Komprehensif diterjemahkan pada
kadar tukaran purata bagi tahun kewangan tersebut; dan
• Semua perbezaan kadar tukaran mata wang diiktiraf secara langsung dalam Pendapatan Komprehensif
Lain melalui rizab pertukaran mata wang asing.
Sekiranya sesuatu kendalian asing dilupuskan, perbezaan kadar tukaran mata wang terkumpul terdahulu
berkaitan dengan kendalian asing tersebut yang diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain dan
dikumpulkan dalam komponen ekuiti yang berasingan, direklasifikasi daripada ekuiti kepada Penyata
Pendapatan Komprehensif (sebagai pelarasan reklasifikasi) apabila keuntungan atau kerugian pelupusan
diiktiraf.
Bagi pelupusan separa syarikat subsidiari yang melibatkan kendalian asing, bahagian bersekadar untuk
perbezaan pertukaran mata wang terkumpul terdahulu yang diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain
disalurkan kepada Kepentingan Tak Mengawal kendalian asing tersebut. Bagi pelupusan separa kendalian
asing yang lain, bahagian bersekadar perbezaan pertukaran mata wang terkumpul terdahulu yang diiktiraf
dalam Pendapatan Komprehensif Lain direklasifikasi kepada Penyata Pendapatan Komprehensif.
Muhibah dan pelarasan nilai saksama yang berikutan daripada pengambilalihan kendalian asing diiktiraf
sebagai aset dan liabiliti kendalian asing tersebut dan diterjemahkan mengikut kadar tukaran mata wang
penutup pada tarikh laporan. Perbezaan pertukaran yang berikutan daripada pengiktirafan muhibah dan nilai
saksama diiktiraf dalam Pendapatan Komprehensif Lain.