Page 164 - KWAP_AR2022
P. 164

162            KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)  DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK



                                                 NOTA-NOTA KEPADA
                                                PENYATA KEWANGAN
                                          BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


          2.  POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
             2.13  Peruntukan (sambungan)

                 Peruntukan dinilai pada nilai semasa anggaran terbaik bagi perbelanjaan yang dijangka diperlukan untuk
                 menyelesaikan obligasi menggunakan kadar pra-cukai yang mencerminkan penilaian pasaran semasa bagi nilai
                 masa wang serta risiko yang khusus untuk obligasi tersebut. Peningkatan dalam peruntukan yang disebabkan
                 oleh peredaran masa diiktiraf sebagai kos kewangan.
                 Peruntukan disemak semula pada setiap tarikh laporan dan diselaraskan untuk mencerminkan anggaran terbaik
                 semasa. Penyataan semula peruntukan dilaksanakan sekiranya tiada kebarangkalian pengaliran keluar sumber
                 ekonomi untuk tujuan peyelesaian obligasi.

             2.14  Kos Pinjaman
                 Kos pinjaman dipermodalkan sebagai sebahagian daripada kos aset layak sekiranya kos tersebut berkait secara
                 langsung dengan pengambilalihan, pembinaan atau pengeluaran aset tersebut. Permodalan kos pinjaman
                 bermula  dengan pelaksanaan  aktiviti  penyediaan  aset  bagi  tujuan kegunaan  aset  tersebut  atau  berlakunya
                 perbelanjaan dan kos pinjaman semasa jualan sedang dilaksanakan. Kos pinjaman dipermodalkan sehingga
                 sebahagian besar aset telah siap dibina untuk tujuan kegunaan atau jualan aset tersebut.

                 Keuntungan pelaburan yang diperoleh daripada pelaburan sementara pinjaman tersebut sebelum perbelanjaan
                 ke atas aset layak, adalah ditolak daripada kos pinjaman yang layak untuk dipermodalkan.

                 Kos pinjaman lain diiktiraf dalam untung atau rugi dalam tempoh kos ditanggung. Kos pinjaman terdiri daripada
                 faedah dan kos lain yang ditanggung berhubung dengan pinjaman dana.

             2.15  Pengiktirafan Hasil Dan Pendapatan

                 Hasil dan pendapatan diiktiraf pada tahap di mana terdapat kebarangkalian besar bahawa faedah ekonomi
                 masa hadapan akan dialirkan masuk dan boleh dinilai dengan yakin. Hasil dan pendapatan dinyatakan pada nilai
                 saksama bagi pertimbangan yang diterima atau akan diterima.

                 (a)  Pendapatan dividen

                     Pendapatan dividen diiktiraf apabila terdapat hak untuk menerima pembayaran.
                 (b)  Pendapatan faedah

                     Pendapatan faedah bagi aset kewangan diklasifikasi sebagai FVOCI diukur dengan mengguna pakai kadar
                     faedah efektif ke atas nilai dibawa kasar aset kewangan kecuali aset kewangan yang menghadapi rosot nilai
                     kredit. Bagi aset kewangan yang menghadapi rosot nilai kredit, kadar faedah efektif diguna pakai keatas nilai
                     dibawa bersih aset kewangan (selepas ditolak peruntukan kerugian).

                     Pendapatan faedah bagi aset kewangan diklasifikasi sebagai FVTPL diiktiraf berdasarkan pengaturan
                     kontrak.
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169