Page 159 - KWAP_AR2022
P. 159
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 157
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.8 Liabiliti Kewangan (sambungan)
FVTPL
Liabiliti Kewangan pada FVTPL merangkumi derivatif kewangan yang tidak memenuhi kriteria perakaunan
lindung nilai. Derivatif kewangan dinyatakan pada nilai saksama, di mana keuntungan atau kerugian diiktiraf
dalam untung atau rugi. Perbezaan pertukaran mata wang adalah termasuk dalam keuntungan atau kerugian
bersih derivatif tersebut.
Liabiliti Kewangan Lain
Pinjaman dinyahiktiraf dari Penyata Kedudukan Kewangan apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak
dilepaskan, dibatalkan atau tamat tempoh. Perbezaan antara nilai dibawa liabiliti kewangan yang telah dinyahiktiraf
atau dipindahkan kepada pihak lain dan pertimbangan yang dibayar, termasuk sebarang aset bukan tunai yang
dipindahkan atau liabiliti yang diambil alih, sekiranya ada, diiktiraf dalam untung atau rugi.
Yuran yang dibayar atas penubuhan fasiliti pinjaman diiktiraf sebagai kos transaksi bagi pinjaman tersebut yang
terhad kepada kebarangkalian besar sebahagian atau kesemua fasiliti tersebut akan digunakan. Dalam kes ini,
yuran ditangguhkan sehingga berlakunya pengeluaran pinjaman. Sekiranya tiada bukti bahawa kebarangkalian
besar atau kesemua fasiliti itu akan digunakan, yuran tersebut akan dipermodalkan sebagai pra-bayaran bagi
perkhidmatan kecairan dan dilunaskan sepanjang tempoh fasiliti tersebut.
2.9 Penyahiktirafan Aset Dan Liabiliti Kewangan
Kumpulan dan KWAP menyahiktiraf aset kewangan apabila aliran tunai kontrak aset kewangan tersebut tamat
tempoh atau hak terimaan aliran tunai kontrak telah dipindahkan kepada pihak lain di dalam transaksi yang
melibatkan pemindahan sebahagian besar risiko dan ganjaran pemilikan. Faedah hasil daripada pemindahan
aset kewangan yang diwujudkan atau dikekalkan oleh Kumpulan dan KWAP diiktiraf sebagai aset atau liabiliti
yang berasingan.
Liabiliti kewangan dinyahiktiraf dari Penyata Kedudukan Kewangan Kumpulan dan KWAP setelah pelepasan,
pembatalan atau tamat tempoh obligasi yang dinyatakan dalam kontrak.
2.10 Tunai dan Kesetaraan Tunai
Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di tangan, tunai di bank dan deposit yang ditempatkan di
institusi kewangan yang mempunyai kecairan yang tinggi yang tidak tertakluk kepada risiko perubahan nilai
yang ketara selepas ditolak overdraf bank. Kesetaraan tunai termasuk pelaburan jangka pendek dengan tempoh
matang tidak kurang 90 hari dari tarikh pembelian.