Page 157 - KWAP_AR2022
P. 157
DEMI PULANGAN YANG LEBIH BAIK Laporan Tahunan 2022 155
NOTA-NOTA KEPADA
PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2. POLISI PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)
2.7 Aset Kewangan (sambungan)
(b) Klasifikasi dan penilaian berikutan (sambungan)
1. Instrumen hutang (sambungan)
Penilaian model perniagaan
Kumpulan dan KWAP menilai objektif model perniagaan aset kewangan yang dipegang pada tahap
portfolio yang mencerminkan kaedah pengurusan dan laporan kepada pihak pengurusan yang terbaik.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan merangkumi polisi dan objektif portfolio dan amalan operasi polisi
tersebut. Secara terperinci, samada strategi pihak pengurusan adalah bagi penjanaan pendapatan
faedah kontrak, penyelenggaraan profil kadar faedah tertentu, padanan tempoh aset kewangan kepada
tempoh liabiliti kewangan yang membiayai aset tersebut atau penjanaan aliran tunai melalui penjualan
aset kewangan.
Faktor-faktor lain yang akan dipertimbangkan termasuk kekerapan, jumlah dan tempoh jualan terdahulu,
penilaian prestasi aset kewangan dan laporan kepada pihak pengurusan utama serta penilaian dan
pengurusan risiko.
Reklasifikasi instrumen hutang
Reklasifikasi instrumen hutang oleh Kumpulan dan KWAP dilaksanakan apabila dan hanya apabila
terdapat perubahan dalam model perniagaan yang menguruskan aset tersebut.
2. Instrumen ekuiti
Instrumen ekuiti adalah instrumen yang memenuhi definisi ekuiti dari perspektif penerbit; iaitu, instrumen
yang tidak mempunyai obligasi kontrak untuk membayar dan membuktikan kepentingan residual dalam
aset bersih penerbit.
Pada pengiktirafan asal, Kumpulan dan KWAP boleh memilih untuk mengklasifikasikan pelaburan ekuiti
yang tidak dipegang untuk tujuan dagangan sebagai FVOCI tanpa pilihan untuk ditarik balik. Klasifikasi
tersebut ditentukan atas dasar instrumen ke instrumen di mana nilai saksama untung atau rugi diiktiraf
dalam Pendapatan Komprehensif Lain dan tidak direklasifikasikan ke untung atau rugi, termasuk juga
semasa pelupusan. Dividen yang diperoleh ketika instrumen ekuiti berada dalam pegangan diiktiraf
sebagai Pendapatan Dividen dalam Penyata Pendapatan Komprehensif setelah hak untuk menerima
pembayaran ditentukan.
Keuntungan dan kerugian instrumen ekuiti pada FVTPL diiktiraf sebagai Keuntungan atau Kerugian
Daripada Jualan Pelaburan dalam Penyata Pendapatan Komprehensif selepas penyahiktirafan.